Monday, October 11, 2010

Weekend Time At Penang Part 2

Seawal pagi aku keluar merayau di sekitar Tanjung Bungah
untuk mencari nasi lemak berbungkus daun pisang macam kat tempat aku
aku berjumpa...tapi yang menjualnya adalah Cina
bila ditanya adakah orang Melayu yang buat nasi lemak tu
Cina itu menjawab nasi lemak tu dibuat oleh orang India
memang 1 Malaysia...hehehe
aku tersenyum dan blah dari situ
mahu tak mahu...nasik kandaq jugak la menu untuk breakfast kami pada pagi Ahad tu
terpaksalah aku pi kat Subaidah Nasi Kandaq, Tanjung Tokong (berhadapan dengan Caltex)
untuk beli bungkuih

Lebih kurang sejam aku lepak-lepak kat situ
aku balik ke resort...hujan turun ketika itu
abisla kereta aku...dah la baru basuh petang semalam kat mesin
murah ja basuh keta kat sana guna mesin....hanya RM 3 + wax tayar jadila RM 4
dan kualiti basuhan juga adalah baik berbanding tempat aku
yang boleh disamakan kualitinya ibarat dibasuh dengan menggunakan kaki

Takpala...pi berjalan...keta tak boleh lah bersih-bersih sangat
dah nama pun berjalan
lepas family aku layan nasi kandaq kat apartment...ada di antara mereka layan swimming pool
sementara nak tunggu check out time pukul 12.00 tengah hari

Tepat jam 12.40 tengah hari baru family aku check out
biasa la bila ada 'gerabak' ni segala-galanya slow
banyak benda nak kena urus...so ketepatan masa memang outla kiranya
nasib baik la Encik Azni ni faham orangnya...bukan apa cuma takut kena charge lebih masa ja
hehehehe


Logo koporat TM terpampang megah di resort tersebut

Lepas check out...family plan nak pi ke Toy Museum
lokasinya tak jauh dari resort...cuma 500 meter ja...aku estimate
terletak kat tepi jalan...boleh nampak kalau dari Jalan Tanjung Bungah
berdekatan dengan The Cove
sempoi jugak tempat dia...nanti aku review detail pasal tempat ni
next entry


Pintu masuk ke Toy Museum

Dalam Toy Museum ni macam-macam ada
memang tak rugila kalau masuk terutamanya kepada pencinta figura-figura animasi dan filem
bagi aku ia merupakan tempat yang mesti pergi kalau dah sampai ke Penang ni


Mat Hook berposing bersebelahan figura Terminator

Abis ja masuk Toy Museum...Abang Fadzhil nyatakan hajat nak beli jeruk
aku pun bawala family pi shopping jeruk terus kat kilang dia di Relau
memang separuh harga kat kilang dia
aku tengok family aku borong stok jeruk punyala banyak
jeruk kelubi, jeruk kedondong, jeruk salak dan banyak lagila
memang stok betahun-tahun ni...hehehehe

Dah selesai memborong, Abang Fadzhil ajak pekena Pasembor Penang kat Padang Kota
aduh terpaksalah patah balik dari hujung ke hujung Pulau Mutiara
tapi takda masalah...sebab Jelutong Expressway tak mengalami kesesakan
maybe sebab hari Ahad kot...jadi orang tak ramai lalu
ramai yang dok berehat kat rumah...pendapat aku saja tu

Lebih kurang jam 4 petang kami dah dok ada di Padang Kota
sebenaqnya aku pun dah lama tak mai Padang Kota ni
aku dah tak ingat...berapa tahun dah aku tak mai
dah jadi lain dah permandangan kat Padang Kota
banyak transformation yang telah dijalankan kat kawasan ni

Padang Kota la ni sesuai dijadikan tempat riadah bersama keluarga
sambil kena tiupan angin laut yang sepoi-sepoi bahasa
dalam pada aku dok lepak-lepak tu...aku terpandang kat seorang peniaga ais krim bermotosikal
memang banyak orang beli aiskrim kat dia...termasuklah family aku
mungkin ada keistimewaan kat dia ni...nanti aku nak pi siasat tengok


Pakcik penjual aiskrim kat Padang Kota

Rupa-rupanya...pakcik penjual aiskrim ni ada jual aiskrim yang special
patutla orang ramai dok pi kerumun
ada aiskrim kembaq tiga dia jual...harga aku tak tau
sebab aku pun orang belanja free...hehehe
tapi ada satu lagi keistimewaan kat pakcik ni
dia bagi free ja aiskrim dia kat orang yang kurang upaya yang ada kat area tu
baguslah pakcik ni....keep it up pakcik
tak percaya...cuba tengok picture kat bawah ni


Cuba tengok notis yang ada kat motosikal pakcik aiskrim tu

Lepas layan aiskrim...layan pulak Pasembor Penang
lokasi tak jauh dari tempat aiskrim tu...ada food court
Abang Fadzhil cuba tunaikan hajat dia dengan order sepinggan Pasembor Penang
aku tengok ada ketam, ada udang dan macam-macam lagila
aku just layan koey teow kerang ja...
nak tau berpa RM Abang Fadzhil kena 'sembelih' tang tu...
RM 38.00...terkejut gila aku....tapi nak wat gena...benda dah ada depan mata dah
bayaq jer la....


Pasembor Penang yang berharga RM 38 tu

Aku rasa harga makanan kat sini macam tak masuk akal ja
harap pihak yang berwajib jalankan pemantauan harga makanan kat area ni
patutla aku perati tak ramai sangat orang layan Pasembor Penang...depa just minum-minum saja
memang mamak tu dah pakai pedang samurai kat Abang Fadzhil

Dah selesai makan...kami bergerak balik
Abang Fadzhil masih perlu menempuh perjalanan yang jauh untuk balik ke KL
kami lak masih ada 200 kilometer sebelum sampai ke rumah
kami memilih untuk menggunakan laluan feri...sebab rasa lebih rileks sambil bersantai
ramai gak orang guna laluan alternatif ni untuk ke seberang


Sayup-sayup kelihatan Jambatan Pulau Pinang

Dari atas feri...aku sempat captured beberapa view yang aku rasa menarik
antaranya ialah Jambatan Pulau Pinang...ia kelihatan sayup-sayup ja dari tempat aku duduk
nampak kenderaan yang menggunakan jambatan tu macam semut-semut melintas ja
kecil sangat...


Perkhidmatan feri merupakan trademark untuk Pulau Pinang

Salah sebuah feri yang aku berjaya capture ketika melintasi perairan Selat Melaka
untuk ke Butterworth
kalau tak silap aku perkhidmatan feri ni memang dah lama dah kat Penang ni
sebelum kewujudan Jambatan Pulau Pinang lagi...kalau tengok condition
feri-ferinya pun dah tau ia agak berusia...tetapi ia merupakan suatu tarikan
pelancongan yang menarik


Kapal dagang yang menggunakan perairan ini sebagai laluan

Penang Port dari feri yang aku naik

Lebih kurang jam 7 petang...kami pun sampai di Butterworth
sebelum Abang Fadzhil bergerak ke KL...kami bersalaman di Caltex Seberang Jaya
selepas tu kami bergerak mengikut destinasi masing-masing

.   .   .

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...