Sunday, October 17, 2010

Sweetheart oh Sweetheart Episode 2 : Story of Exhaust System

Semalam aku pi kat Abang Im
pomen aku yang paling sempoi...merangkap 'otai' lama bab-bab kereta
tujuan aku satu ja...nak amik khidmat nasihat dari Abang Im
nak setting sistem ekzos sweetheart aku

Sebenaqnya dah lama dah sweetheart aku dok kat Abang Im
ada benda yang Abang Im 'bikin' sket pada nadi sweetheart aku tu
bukan apa...nak kasi 'sedap' bila memandu ja...

Lepas aku dok sembang-sembang dengan Abang Im pasal ekzos tu
teruih Abang Im ajak aku pi kedai ekzos kawan dia
tak jauh dari bengkel Abang Im...aku pandu sweetheart aku follow Vitara Abang Im

Sampai ja kat kedai ekzos kawan Abang Im
depa teruih lift up sweetheart aku
dapatla aku tengok downside sistem ekzos sweetheart aku tu
dan...sempat gak aku interframe sistem ekzos sweetheart aku dari bawah

Sweetheart dilift up sambil diperhatikan oleh Abang Im dan tukang ekzos

Sistem asal ekzos aku sebelum ditambah flexible dan tabung uji hehehe

Selepas sweetheart dilift up...Abang Im suruh tukang ekzos tu pasang flexible dan "tabung uji"
aku tak berapa tau sangat tang mana tempat sesuai untuk pasang "tabung uji" tu
jadi...aku serahkanlah kepada yang pakar untuk tentukan di mana kedudukan yang sesuai
selepas berbincang dan bersetuju...tukang ekzos tu pun menjalankan kerja-kerjanya

Mula-mula sekali aku perati...tukang ekzos tu dok pasang flexible lepas daripada downpipe
lama gak kerja-kerja pemasangan dia...sebab kena buka bumper depan sweetheart aku
tapi apa yang aku perati...tukang ekzos ni buat kerja penuh cermat dan hati-hati
excellent la...

Kerja-kerja welding tapak flexible sebelum ia diskrukan pada batang ekzos

Setelah kerja pemasangan flexible selesai...tukang ekzos buat kerja pasang "tabung uji" pulak
mula-mula dia canai dulu kedua-dua mulut "tabung uji"
tujuan dia nak bagi lead welding lekat kat dua-dua belah hujung "tabung uji"
pastu baru dia pi ukoq tang mana dia nak welding "tabung uji" tu pada batang ekzos
bila selesai ukoq...baru dia potong batang ekzos guna welding gak

Tukang ekszos dok potong batang ekzos guna welding

"Tabung Uji" dipasang pada sistem ekzos

Selepas batang ekzos dipotong...barulah "tabung uji" diletakkan di kawasan yang telah ditetapkan
aku tengok...ngam-ngam ja "tabung uji" tu masuk...perghh memang cekap la tukang ekzos ni
bila dah masuk elok-elok...barulah "tabung uji" tu diweldingkan pada batang ekzos
maka selesai lah kerja-kerja pemasangan flexible dan "tabung uji"

Lepas abis tu...tukang ekzos pun start enjin sweetheart aku...
merdu ja bunyi yang terhasil dari sistem ekzos tu...aku pun tersenyum
bukan apa...tersenyum sebab berapa RM nak kena...hehehe
tapi Abang Im bawa masuk dalam akaun dia dulu...nanti lump sump sekali
dengan kerja-kerja yang telah dia buat kat sweetheart aku
senang cerita

Ada satu benda yang menarik perhatian aku masa kat kedai ekzos ni
go kart handmate tukang ekzos ni sendiri
aku sempat interframe go kart tu....hehehe

Memang kreatif dan inovatif tukang ekzos ni

Patut la Abang Im terketaq-ketaq nak buat projek buggy car
dalam entry aku bertajuk Pajero Tergantung ada cerita pasal tu...
rupanya-rupanya dia dah tengok prototype kat kedai ekzos ni
memang aku salute tukang ekzos ni...sebab ada something dia produce
dari bahan-bahan terbuang...keep it up!

Lepas aku cakap dengan Abang Im...aku terus balik
dan seperti biasa bawa sweetheart aku pi mandi
hehehehehe

Basuh dan siap vacuum dalam lagi...hehehehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...