Wednesday, August 18, 2010

MMC Bersama Hari Talesemia Di UiTM Arau

Antara ahli MMC yang hadir
Pada 24 Julai 2010 lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjemput pihak Myvi Motorsport Club  (MMC) untuk bersama-sama memeriahkan Hari Talesemia Negeri Perlis yang telah diadakan di perkarangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Arau. Hari Talesemia tersebut telah dirasmikan oleh Y.B Encik Bakri bin Ali. Pelbagai acara telah dijalankan sepanjang Hari Talesemia tersebut. Antaranya ialah sukaneka, pameran, pemeriksaan kesihatan percuma, kempen menderma darah, cabutan bertuah dan lain-lain lagi. Pihak MMC dijemput untuk memeriahkan acara sukaneka bersama kanak-kanak yang mengidap talesemia. Para peserta tidak kering gusi melihatkan gelagat Abang Lan dan Abang Nasir mengacarakan pelbagai aktiviti sukaneka. Pelbagai acara sukaneka telah diadakan oleh pihak penganjur bagi memeriahkan suasana. Hadiah bagi acara sukaneka telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Pediatrik, Hospital Tuanku Fauziah, Dr. Haji Jamaluddin bin Haji Mohamad. Beliau amat mengalu-alukan penyertaan dari badan-badan bukan kerajaan untuk bersama memeriahkan acara sebegini bagi masa-masa akan datang. Tidak ketinggalan juga ucapan setinggi terima kasih kepada semua ahli MMC yang hadir untuk memeriahkan suasana. Kepada Abang Nasir dan Kak Asma diharap kerjasama di antara kita akan terus berkekalan.

Antara kenderaan myvi yang berada ditempat pertemuan sebelum bergerak ke UiTM, Arau


Barisan Myvi di dalam kawasan UiTM Arau

Mantoro (MMC) menyertai acara bowling buah kelapa


Acara mengisi air dalam botol yang melibatkan kanak-kanak talesemia


Antara posing istimewa wakil MMC sebelum mereka memulakan acara


Wakil MMC dan kanak-kanak talesemia berada di garisan permulaan bagi acara bawa bola pingpong

Acara Lambung Kasih di antara urusetia dan wakil MMC


Abang Lan dan Abang Nasir sedang menjulang 'piala' kemenangan.


Para pengunjungberpeluang menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...