Tuesday, April 26, 2011

Warung Pak Ghani Padang Katong


Bagi depa yang masih dok tercari-cari tempat breakfast yang tenang, sunyi, tak kalut dan jauh dari hiruk pikuk pekan tang ni tempat dia. Warung yang terkenal sejak beberapa generasi yang terletak di Padang Katong memberikan sajian masakan kampung dan kuih muih tradisional yang agak jarang diperolehi di tempat-tempat lain.

Dengan kadar harga yang berpatutan, tidak hairanlah warung ini sentiasa dipenuhi oleh pelbagai pelanggan yang datang dari pelbagai lapisan. Dari yang masih sekolah sehinggalah yang sudah bekerja 'makan gaji' selalu dok buat 'port' tang ni.

Warung yang boleh dianggap 'legend' ini jugak terkenal di kalangan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putra. Kerana kat sini juga bekas pelajar tersebut sentiasa menjalankan pelbagai 'aktiviti' diorang. Kalau ditanya pasal Warung Pak Ghani mesti ramai di antara mereka mempunyai 'kenangan' di warung tersebut.

Jadi kepada mereka yang ingin ke sana, warung ini terletak di Jalan Padang Katong. Berada di kawasan lapang bersebelahan Masjid Padang Katong dan berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Putra.

Sunday, April 24, 2011

Char Koey Teow Tanah Merah




Petang tadi, dalam dok mencari 'arah tuju' apa yang aku nak 'membuat', aku telah 'terlajak' hinggap ke Tanah Merah bersama Moderno aku. Tapi, jangan silap, bukan Tanah Merah, Kelantan tapi Tanah Merah, Jitra, Kedah. Apa tujuan aku ke sana? Dengar dari cerita ramai 'penglipur lara', diberitakan ada satu tempat yang char koey teow dia sedap dimakan. Memang la sedap 'dimakan' tak kan sedap 'diluah' kot hehehe.

Cerita daripada 'hikayat purba kala' yang aku dengar tu memang ada kebenarannya. Setelah aku sampai di lokasi, bukan saja satu tempat, tapi dok ada tiga tempat dok jual char koey teow tang tu. Memang betoila orang-orang kot tu 'menggila' makan char koey teow. Semua gerai char koey teow yang ada kot tu semunya 'full house'. Dasat...dasat.

Akhirnya aku dapat tempat duduk kat satu gerai ni. Nama gerai tu 'Marvellous'. Apa yang marvellous tu? Kalau nak tau, hampa boleh mai cari apa yang marvellous kat gerai tu. Yang marvellous dia mesti la char koey teow hok depa 'bikin' tu la. Dengan harga RM 3 sepinggan aku rasa char koey teow dia amat 'berbaloi', cuma kuantiti yang aku tak leh 'blah'. Almaklumlah, saiz badan aku ni kecik sikit ja dari Alex Raja Lawak tu. Korang bayangkan la...
Untuk sapa-sapa yang tak besa mai lagi tempat ni, ia terletak berhampiran lampu isyarat Tanjung Pauh. Berada sebaris dengan Pasaraya Yawata, Tanah Merah dan terletak dekat selekoh berhadapan dengan Secret Recipe. Dengaq kata resipi char koey teow 'Penang Kia'. Establish sejak 1988 lagi. Dah lama dah tu...haaa lagi satu cari gerai yang alas meja dia jalur-jalur hijau putih. Gerai Marvellous la tu.....

Sweetheart Oh Sweetheart Episode 5 : The Last Touch Up

Mat Krie tengah dok buat last checking pada part-part yang tak berfungsi
Dah hampir seminggu dah 'nadi baru' tersisip rapi dalam ruang enjin Moderno aku. Bermakna dah hampir ' seminggu jugak la aku dok 'test run' enjin baru tu kat atas jalanraya. Walaupun enjin 'lantai' namun ia tidak mengecewakan aku. Thanks to "Rasputin" a.k.a Mat Krie, sebab bagi sentuhan yang 'superb' pada kereta kesayangan aku, walaupun pada mulanya aku agak was-was sama ada projek kali ni menjadi atau tak. Hasilnya memang 'bombastic'.

Kerja-kerja 'bleeding' sedang dilakukan
Semalam, aku dok bertapa kat workshop Mat Krie hampir suku hari. Tujuannya untuk last touch up dan check balik apa-apa yang patut sebelum nak masuk test PUSPAKOM untuk kerja-kerja 'mengendorse'kannya. Antara bahagian yang Mat Krie bagi tumpuan utama ialah bahagian brek. Mat Krie dah buat 'bleeding' balik kedua-dua brek disc depan dan belakang. Semuanya dah ok. Cuma kekadang lampu brake Moderno aku menyala dan lambat padam. Kena tekan padel sket baru lampu brek belakang akan padam semula. Ada 'readers' yang tahu apa yang perlu aku buat untuk atasi masalah tu? Kalau ada leave kat ruangan komen. Setiap komen anda amat dialu-alukan.

Kalau takdak aral melintang 26 April 2011 aku akan hantar Moderno aku untuk 'test'di PUSPAKOM. Kemudian Moderno aku akan 'halal' di atas jalanraya. Nanti aku try create entri keadaan Moderno aku masuk test. Apapun selama seminggu aku test run hasilnya memang superb....waduh...waduh...


Saturday, April 23, 2011

The Nite I Try To Play Tennis....

Kali pertama dalam sejarah seumur hidup aku...aku main tenis

"Red Hot Mun"
Tenis. Bila sebut ja nama sukan tu dalam kepala otak aku teringat servis bola yang lajunya mencecah hampir 200 km/j. Kalau kena kepala, boleh 'biol' untuk seketika waktu hehehe.

Tapi...macam mana aku boleh join untuk main malam ni? Bertempat dekat court tenis perkarangan Stadium Utama Negeri, aku, Mat Imam, Red Hot Mun, Rio, Mat Bagero, Padil dan sahabatnya telah membuat pukulan bola tenis tak 'ketahuan hala' kat atas court tu. Mananya tak jadi lagu tu, semua pakat-pakat baru pegang raket tenis. Dalam erti kata lain, memang kami takdak basic langsung dalam dunia tenis ni. Takat dok tengok kat dalam TV ja. Yang boleh cerita.

Rio bersama raket barunya
Tolak Red Hot Mun, hok lain memang dok belajaq pukui bola slow-slow la. Pastu penat. Penat bukan apa, sebab dok belari kutip bola tenis di keliling gelanggang nu. Malam ni aku rasa nak join sangat-sangat sebab aku nak belajaq serba sedikit macam mana nak pukui bola tenis disamping aku nak rasa pukui bola tenis ni best atau tak best. Nasib baik Red Hot Mun sudi nak ajaq aku main. Mengkalu tidak, aku pi sajaaaa la. Thanks to Rio dan Mat Imam sebab bagi aku pinjam raket hangpa. Aku mai 'goyang' ja...hehehehe. 

Aku main tak lama. Ada kot dalam 40 minit. Tapi kira sempatla aku pukui-pukui bola. Almaklumlah "saya budak baru belajar". Pasni aku dah rasa gatai-gatai tangan dah nak beli raket. Apapun bergantung jugak la pada bajet yang aku ada. Kalau duit ada RM10 ja dalam beg duit nak beli panamanya. Tapi, InsyaAllah kot, nak janji tak berani, takut takleh nak tunai, lepas-lepas ni aku akan join main tenis ni dengan Kelab Kaslis. Terima kasih di atas usaha keras Mat Imam dan Red Hot Mun untuk jayakan sesi 'latihan bebas' malam ni. Keep it up bro....

Maharaja Lawak Minggu Ke 4


Pada minggu ini aku tak sempat menyaksikan dari permulaan rancangan. Ada kerja sket. Aku cuma berkesempatan menonton persembahan dari Alex, Balas dan Jambu. Bagi aku persembahan oleh Alex dan Balas hanya berada pada tahap minima sahaja tapi mereka masih mampu membuat penonton terhibur. Jambu pula tampil dengan persembahan yang agak mantap pada minggu ini.

Kisah seorang jejaka yang sedang berjogging di sebuah taman rekreasi sambil mencari cikaro akhirnya terjumpa Nora Danish telah menjadi modal persembahan kumpulan Jambu. Seperti kata-kata Apek yang menilai persembahan kumpulan Jambu pada minggu ini "Terbaik, terganas, terbaik, terganas, terbaik, terganas....."

Untuk lain-lain peserta aku tak dapat nak bagi gambaran sebab aku tak sempat nak tengok dari bahagian permulaan rancangan. Untuk minggu ini, Alex telah tersingkir dan sekali lagi Jihan, Man dan Amir mampu menarik nafas lega kerana masih bertahan dalam Maharaja Lawak.

Friday, April 22, 2011

Selamat Hari Bumi....Earth Day

"Selamatkan Bumi Kita"

Senator Gaylord Nelson
Selamat Hari Bumi kepada semua pembaca. Hari Bumi atau Earth Day ni ialah hari yang mengingatkan kita tentang betapa pentingnya menjaga dan memulihara kesejahteraan bumi ini. Hari Bumi ini telah diasaskan di Amerika Syarikat oleh Senator Gaylord Nelson. Ia bermula apabila Senator Gaylord Nelson telah menyertai forum mengenai alam sekitar yang telah diadakan pada 22 April 1970. Sejak dari itu, 22 April setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari Bumi. Begitula serba sedikit mengenai sejarahnya.

Pada masa sekarang, Hari Bumi adalah dikoordinasikan oleh satu badan yang dikenali sebagai Earth Day Network. Hari Bumi juga diraikan dihampir lebih kurang 175 buah negara di seluruh dunia. Pada Hari Bumi ini pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan alam sekitar telah dijalankan bagi menimbulkan kesedaran kepada manusia betapa pentingnya memelihara bumi sebagai tempat tinggal kita.

Thursday, April 21, 2011

Sweetheart Oh Sweetheart Episode 4 : The New Engine

Nadi baru pilihan aku dari jenis L2s jugak
Sweetheart aku dah siap dipasang dengan 'nadi' baru lepas kejadian enjin lama aku tenggelam dalam ayaq bah baru-baru ni. Enjin lantai pulak jadi taruhan aku kali ni. Nampak macam takdak masalah la setakat ni. Enjin lantai pun lantailah. Tapi betapa sayangnya aku pada enjin lama hanya sweetheart aku saja yang mengetahui.



Gambaran keseluruhan 'nadi' baru sweetheart aku yang telah siap dipasang oleh Mat Krie
Kalau takdak apa-apa halangan lepas sesi 'berpantang'ni boleh la bawa sweetheart aku 'check perut' kat PUSPAKOM. Hehehe. Bunyi macam pregnant pulak. PUSPAKOM kena pi la beb sebab no enjin dah bertukar. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Aku dah tak mau pening-pening dah. 'Berabih' banyak dah aku kat sweetheart aku ni.



Life in Black & White

Monday, April 18, 2011

Separuh Warga Kota Miskin?

Tertarik aku bila baca tajuk ni dalam suratkhabar Utusan Malaysia hari ni. Menurut perangkaan, gaji di bawah RM3000.00 dah dikategorikan sebagai golongan 'miskin' dah di bandar. Ada betoinya. Dengan situasi persekitaran ekonomi sekarang dan keadaan harga barang yang sangat-sangat 'melambung' cerita ini bukanlah cerita dongengan semata-mata. Untuk nak tahu apa cerita sebenar, korang bacalah artikel yang aku attachkan kat bawah ni....


KUALA LUMPUR - Jika melihat kepada jumlah pengunjung pusat beli-belah terkemuka di bandar raya ini, pasti ramai yang tidak menyangka bahawa separuh daripada mereka sebenarnya tergolong sebagai 'miskin'. Walaupun rata-rata pengunjung memakai barangan berjenama, namun percaya atau tidak, kebanyakan mereka tidak mempunyai wang. Untuk berbelanja, golongan ini terpaksa bergantung kepada kad kredit.

Jika miskin desa membabitkan golongan yang tiada pekerjaan tetap, 'miskin' bandar pula lebih banyak membabitkan golongan berpendapatan pertengahan tetapi menanggung hutang. Mereka tinggal di rumah batu, mempunyai kereta, motosikal selain pekerjaan tetap dengan gaji sekitar RM3,000 sebulan. Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan, taburan peratus isi rumah mengikut kelas pendapatan Malaysia menunjukkan 43.1 peratus atau kira-kira 7.9 juta daripada 18.47 juta penduduk yang tinggal di bandar berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.

Dengan gaji sebanyak itu, banyak kos terpaksa ditanggung antaranya hutang kad kredit, ansuran pinjaman peribadi, pinjaman kereta, sewa rumah, bil elektrik, air dan telefon, tol, meletak kenderaan, cukai pendapatan selain perbelanjaan anak-anak. Menurut Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Muhammad Sha'ani Abdullah, penggunaan kad kredit kini melebihi 10 juta dan daripada jumlah tersebut lebih 70 peratus pemiliknya adalah penduduk bandar.

Hasil temu bual Utusan Malaysia dengan beberapa warga kota mendapati, gaji bulanan mereka sering tidak mencukupi untuk menampung kos hidup bagi sebuah keluarga. Kenaikan harga barang keperluan asas turut menghimpit kehidupan. Golongan ini yang mahu mencari wang dengan cara mudah bagi menampung keperluan hidup di kota dipercayai antara yang paling ramai tertipu dengan skim- skim cepat kaya.

Pensyarah Ekonomi Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Amir Hussein Baharuddin berpendapat, satu kajian terperinci perlu dilakukan segera bagi mencari jawapan sebenar kepada masalah 'miskin' di bandar yang masih dipandang sepi ini.

"Boleh dikatakan semua barang mengalami kenaikan harga yang semakin menghimpit kewangan golongan pertengahan."

"Namun takrif miskin bandar yang dikeluarkan oleh kerajaan masih jauh daripada realiti sebenar kehidupan dan ia perlu dikaji secara konsisten mengikut keadaan ekonomi semasa agar segala masalah ini dapat diselesaikan segera," katanya.

Menurut Amir Hussein, kenaikan pelbagai harga barangan keperluan lebih memberi kesan kepada golongan berpendapatan sederhana dan bawah.

"Sebab itu satu kajian menyeluruh perlu dilakukan bagi membela nasib golongan berpendapatan pertengahan kerana mereka ini semakin terhimpit dengan desakan peningkatan kos sara diri yang terlalu membebankan," katanya.

Golongan pertengahan di Malaysia masih lagi mampu mengharungi kehidupan walaupun cabaran hidup kian getir kebelakangan ini



Kepada pihak yang bermatlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang berpendapatan tinggi suatu hari nanti, memang satu pencapaian yang amat dinanti-nantikan. Bagi aku biarlah semua 'kekayaan' itu diagihkan sama rata untuk semua rakyat. Jangan hanya 'kroni-kroni' sahaja yang 'kenyang' tapi 'suara' kelaparan. Oleh itu sesuatu perlu dilakukan oleh pihak kerajaan bagi menangani isu ini. Jangan dibiarkan perkara yang berlaku di Timur Tengah terjadi di negara kita. Itulah sebab jika terjadinya keadaan 'rakyat dibiarkan menderita'.

Saturday, April 16, 2011

Maharaja Lawak Minggu Ke 3



Maharaja Lawak telah memasuki minggu ketiga. Bererti untuk minggu ini program realiti tersebut tidak disiarkan di Astro Prima. Jadi kena langgan pakej Mustika la kalau sapa-sapa nak tonton program ni. Kena la tambah lagi bayaran dalam bil Astro masing-masing yang telah sedia membebankan kita. Tapi takpa, nak tengok lawak made in Malaysia punya pasal.

Minggu ni, ada penyingkiran berlaku. Tiga kumpulan telah disingkirkan pada minggu ini. Kumpulan-kumpulan tersebut adalah Kumpulan Wai, Kumpulan XN3 dan Kumpulan R2. Mereka telah memperolehi markah yang terendah pada penghujung persembahan untuk minggu ketiga.

Keseluruhannya, pada minggu ini, persembahan Nabil adalah yang 'termantap' pada pandangan aku. Ini kerana pada minggu ini peserta terikat dengan tema muzikal bagi setiap persembahan mereka. Manakala persembahan kumpulan kegemaran aku iaitu Kumpulan Jambu agak 'kehilangan bisa' walaupun boleh dianggap menarik. Persembahan dari Kumpulan Jozan dan Sepah juga tidak menghampakan para menonton yang berada di studio mahupun di rumah.

Apa yang menarik, pada minggu ini, para juri sendiri telah 'performed' di atas stage di mana Mamat Khalid telah menunjukkan bakatnya dengan bermain keyboard, manakala Ahmad Idham pula bermain harmonika di samping Saiful Apek sebagai vokal. Kemunculan istimewa Usup Wilcha pada awal program ini juga amatlah menarik. Persembahan yang begitu mantap. 

Harap-harapnya persembahan para peserta semakin meningkat untuk minggu hadapan terutamanya Kumpulan Jambu. I vote for Jambu.....


KLIP PILIHAN MAHARAJA LAWAK MINGGU KETIGA

video

Klip persembahan Nabil dalam Maharaja Lawak minggu ketiga

Friday, April 15, 2011

"No Turn Right, No Entry"



Pagi tadi macam biasa, aku ambik kona kat persimpangan dalam gambar di atas macam Valentino Rossi dengan skuter kecil aku. Sambil ambik kona, sambil itu jugak la mata aku melirik kat tiga batang signboard yang dok terpacak 'tang' kepala persimpangan tu. Kepala aku ligat dok pikiaq, bila masa yang ketiga-tiga batang signboard tu boleh terpacak kat situ?

Tapi, bila pikiaq-pikiaq balik, baguih jugak diletakkan signboard No Entry tang tu. Bukan apa, area tu agak sesak 'luar biasa' bila tiba hari Jumaat. Disebabkan area tu adalah kawasan komersial dan terdapat beberapa buah bank maka banyaklah umat manusia dok pi buat urusan kat area tu. Di tambah pulak dengan lorong kat area tu pulak luasnya hanyalah 'sekangkang kera' jadi, kesesakan yang 'tak masuk akal' pun berlaku lah.

Kadang-kadang boleh lihat kelibat Pakcik Polis berbaju putih dan Abang MPK berbaju biru gelap dok sibuk 'berkawad' pi mai-pi mai dok saman kenderaan yang parkir sesuka hati kat area tu. Keadaan itu juga merupakan antara penyebab terjadinya kesesakan 'luar biasa' itu. Dalam celah-celah tu, ada jugak pemandu kenderaan yang berotak 'lembu' pi dok menunggu sebelah petak-petak parkir yang telah dipenuhi dengan kenderaan, apa lagi dah 'tertutup' la satu lorong....mana tak sesaknye tempat tu.

Pasni, nak tengok apakah yang akan berlaku hasil daripada 'terpacak'nya signboard tiga beradik ni. Berkesan ka tak berkesan. Kalau takat nak pi Jalan Seruling tu kena pusing kot jauh takdernyer masalah aihhh...berapa jauh sangat ntah kalau kona kot Pasaraya Aneka nun dari lama dok menunggu 'jammed' kat jalan tu.

Thursday, April 14, 2011

Pulut Sambal


Pulut sambal. Entri kali ni aku terasa macam nak cerita pasal pulut sambal. Agak menarik jugak. Kisahnya disebabkan tadi aku sempat 'breakfast' dengan Azril Darkmatters sambil makan pulut sambal kat Warung P.G. Pulut sambal ni adalah antara kuih tradisional Melayu yang menjadi 'pujaan hatiku'. Diperbuat daripada pulut dan ditambah sedikit serunding pada bahagian 'topping'. Dibalut pula bersama daun pisang. begitu mengujakan bila mengunyah sedikit demi sedikit. Sambil kunyah tu minum teh panas 'kaw' gelas pulak, alamak apa nak dikata beb! Hehehe. 

Kat tempat aku ni, pulut sambal dibungkus dengan daun pisang dan berbentuk piramid panjang. Kat tempat korang aku tak tahulah macam mana rupa bentuknya. Tapi aku percaya, terdapat pelbagai bentuk pulut sambal di Malaysia ni. Betul tak? Apa pun, bentuk tak penting, yang penting isinya sama dan rasanya sedap. Agak lama dah aku tak 'pekena' pulut sambal ni. Tadi bila dah 'kena' terasa nikmatnya hingga aku rasa nak buat entri pasal kuih ni. Hehehehe......

Tadika...Bermulalah Era Pelajaran Secara Formal

Salah satu bangunan tadika masa kini
Tadika atau tabika? Bagi aku kedua-duanya adalah sama. Tempat pertama aku menerima pelajaran secara formal. Di sini juga la tempat aku mula mengenali ABC dan 123. Tadika merupakan tempat yang mula-mula melatih diri aku berpisah dari penjagaan keluarga walaupun hanya setakat separuh hari. Perasaan aku ketika mula-mula masuk tadika agak takut. Sebab pertama kali aku cuba bergaul dengan kawan-kawan yang aku tidak ketahui asal usul mereka. Itu cerita 28 tahun yang dulu

Sijil graduation aku beb!
Korang semua masih ingat di mana lokasi terletaknya tadika korang dulu-dulu? Adakah tadika tersebut masih wujud ataupun telah hilang di telan arus pembangunan semasa? Tadika aku telah tenggelam ditelan arus pembangunan. Yang masih tinggal hanyalah tapak tadika tersebut. Nama tadika aku ialah Tadika Perpaduan Cempaka II. Tapak asal tadika aku telah menjadi Bangunan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Kemudian tadika tersebut dipindahkan ke kuarters kerajaan yang terletak berhampiran persimpangan Jalan Penjara dan Jalan Sekolah Derma. Tapak tu sekarang kalau korang tau dah jadi tempat semaian pokok-pokok Majlis Perbandaran Kangar (MPK). Kalau sesiapa tahu kat mana tapak baru Tadika Perpaduan Cempaka II boleh info aku. Sebab aku dok melilau dalam Kangar dok cari dekat mana tapak baru dia tapi tak jumpa-jumpa. Saja nak imbas balik memori lama.



Tuesday, April 12, 2011

Telur Oh Telur

Beberapa minggu lepas, negara kita digemparkan dengan isu telur tiruan dari China yang berada di pasaran. Pembongkaran isu tersebut oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) itu telah membawa kepada rampasan telur-telur tiruan oleh pihak PPDNKK Pulau Pinang di dalam satu operasi bersama pihak Makmal Kualiti Makanan Cawangan Pulau Pinang.

Susulan dari isu tersebut, Kementerian Kesihatan juga telah menghantar sampel telur ke Jabatan Kimia bagi memastikan sama ada telur-telur yang berada di pasaran betul-betul tulen atau tidak. Satu pengumuman melalui media menyatakan tiada telur-telur tiruan berada di pasaran di negara kita setelah keputusan dari Jabatan Kimia diperolehi.

Apa yang berlaku di Pulau Pinang sebenarnya adalah telur yang bergred rendah dan juga telur rosak. Tetapi apa yang kembali menjadi persoalan, ada lagi pengguna dari Pulau Pinang membawa sampel-sampel telur kepada pihak CAP dan memaklumkan telur yang dibeli oleh beliau di Pasar Jelutong mula berubah dari segi fizikalnya dan disiarkan di dalam Berita TV9 malam ini.

Erm, nampaknya isu telur di Pulau Pinang belum lagi selesai. Harap-harap apa yang telah diumumkan oleh 'bapak menteri' dapat meyakinkan rakyat bahawa tiada telur tiruan di pasaran dan harap-harap tiadalah perkara yang 'upset' akan berlaku hanya mengenai telur, produk harian pengguna di Malaysia.


Perbezaan di antara telur tiruan dan telur tulen

Sumber gambar : Perak Today Portal

Sunday, April 10, 2011

Antara Formula 1 Dan Pemuliharaan Alam Sekitar

Hari ni, hari kemuncak Malaysia Grand Prix Formula 1 yang sedang berlangsung di Litar F1 Sepang. Sebastian Vettel telah bermula dari petak utama. Aku antara berjuta penonton yang sedang berada di hadapan skrin televisyen untuk menonton siaran langsung menerusi Astro sebab tak boleh nak ke sana. Nak tengok siapa pemenang kali ni.

Semalam Petronas Dagangan Berhad juga melancarkan produk terbaru mereka. Primax 95 Xtra yang dikatakan berasaskan dari teknologi Formula 1. Dijual mulai hari ini di semua 955 buah Stesen Minyak Petronas di seluruh negara bagi menggantikan produk RON 95 yang sedia ada. Pelancaran dilakukan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan ia masih dijual pada harga RM1.90 seliter.

Selain itu, Jabatan Taman Laut Malaysia juga sedang merancang untuk membawa replika kereta Formula 1 yang pernah dipamerkan di Petrosains untuk dijadikan tukun tiruan di perairan Pulau Perhentian. Nanti kepada para penyelam yang menyelam di sana jangan terkejut jikalau anda terjumpa kereta Formula 1 di dasar laut. Buat masa sekarang, dah ada 3 buah mesin ATM Bank Rakyat dah kat dasar laut nun.

Tak percaya? Nanti kita pi menyelam sama-sama


Saturday, April 9, 2011

Sweetheart oh Sweetheart Episode 3 : After Banjir

Disebabkan kereta kesayangan aku 'shut down' depan Hospital Tuanku Fauziah banjir bebaru ni....

Enjin L2s RS aku dah jadi kolam takungan air

Batang dekat tepet ada 'crack' sket

"Moderno" aku bersama 'nadi' penggeraknya kat sebelah tepi...huhuhu
La 'Moderno' aku dok tersadai kat umah Mat Krie. Jawapannya kena masukkan nadi baru. Tengah tunggu quatation dari Mat Krie ari Isnin ni. Duit, duit, di mana kau duit. Huhuhuhu. Lagu sedih lepas banjir.

Thursday, April 7, 2011

Kisah Guru Kena Belasah

Petang tadi Azril Darkmatters ada hantar sms kat aku. Dia maklumkan kat aku ada satu kes, seorang cikgu wanita kena pukul oleh anak muridnya sendiri sehingga patah hidung. Dah pulak. Baru ja minggu lepas Perlis digemparkan dengan kejadian seorang Ustaz pukul anak muridnya sampai mati. Timbul pulak kisah baru. 

Bila aku menonton berita di TV9, baru aku dapat tau kisah tersebut secara lebih dekat. Rupanya Si Cikgu ni nak  meleraikan pergaduhan di antara dua orang pelajarnya. Dengar cerita dalam berita tu lagi, sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Dato Jaafar Hassan. Lepas kisah murid kena pukul sampai mati, kisah cikgu pulak kena belasah dek murid. Ingat kot dah tamat kisah tu....rupanya ada sambungan...apa nak jadi budak-budak sekolah zaman la ni...

p/s : Thanx bro Azril Darkmatters for da info.....hehehe

Lagi 'Port' Ikan Pening

Hari ni, aku dan Mat Imam sekali lagi dapat information tentang 'port' ikan mati. Jadi apa lagi, zasssss...kami pi tengok lokasi bersama bos aku. Tapi tak meriah macam kat Terusan Arau semalam. Mungkin ikan-ikan tu dah dikebas oleh penangkap-penangkap ikan. Lokasinya ialah tali air Kampung Kota Keran, Pengkalan Assam.

Kunci air Kampung Kota Keran, lokasi tempat ikan mati yang terbaru

Longgokan bangkai ikan lampam yang terapungan di kawasan kunci air tersebut

Kenapa kejadian ni berlaku lagi? Firasat aku merasakan kemungkinan ia berpunca dari banjir yang melanda Negeri Perlis bebaru ni. Mungkin jugak kot. Aku pun tak pasti.... 

Wednesday, April 6, 2011

Pesta Ikan Pening Di Simpang Empat

Siang tadi aku dimaklumkan ada kejadian ikan air tawar sedang 'pening-pening lalat' di permukaan Terusan Arau berhampiran Pekan Simpang Empat. Aku bersama Mat Imam sempat bergegas ke kawasan yang dimaklumkan dan ternyata kejadian itu benar. Bagaikan pesta menangkap ikan, penduduk tempatan telah keluar beramai-ramai untuk menangkap 'rezeki anugerah Allah' itu. Sepanjang pemerhatian aku, ikan lampamlah yang banyak tercungap-cungap di permukaan air. Kejadian tersebut menandakan kurangnya oksigen terlarut (DO) di dalam air. Tetapi mengapa hanya ikan lampam sahaja? Mengikut sumber maklumat yang aku perolehi, ikan lampam merupakan ikan yang 'kurang lasak' dalam kategori ikan air tawar. Sebab itulah banyak ikan spesis lampam ni timbul di permukaan air. Ramai juga yang mengatakan bahawa lampam enak kalau dibakar. Patutlah ramai yang serbu kawasan tersebut.


Kelihatan ikan lampam tercungap-cungap di permukaan air

Beberapa ekor lagi lampam tercungap-cungap di permukaan air

Kaki-kaki pancing menyerbu kawasan tersebut


Kawasan berhampiran rumah pam inilah lokasi hidupan akuatik yang dikatakan
'pening-pening lalat' itu 

'Tandop D' lokasi di mana banyak ikan-ikan timbul dipermukaan

Lokasi 'Tandop D' dari rumah pam milik Taliworks

Ikan Lampam yang sebesar hampir satu tapak tangan kelihatan tercungap-cungap
di permukaan air

Ikan Lampam yang beratnya hampir satu kilogram berjaya dijaring oleh
seorang penangkap ikan yang hadirke lokasi

Tuesday, April 5, 2011

Tekanan Kepada Rakyat Malaysia

Naik skuter pi kerja rileks beb...cool
Tadi, aku telah ditahan oleh pihak polis dalam satu sekatan jalanraya ketika aku pulang dari mengeluarkan duit ASB aku. Pihak polis telah menjalankan tugas mereka dengan baik sekali. Lesen dan cukai jalan skuter yang aku naiki diperiksa. Tanpa berselindung, aku memberi tahu bahawasanya cukai jalan skuter aku telah tamat tempoh. Mengetahui hal demikian, anggota polis yang menjalankan pemeriksaan ke atas aku lantas mengeluarkan buku samannya. Tujuannya aku rasa korang pun tahu kan...hehehe. Aku dengan selambanya memberitahu anggota polis itu, memang aku mahu pergi memperbaharui cukai jalan tersebut. Itu sebabnya aku pergi mengeluarkan duit daripada simpanan ASB aku (sambil aku menunjukkan buku pelaburan ASB aku...hehehe). Lagipun cukai jalan skuter aku baru sahaja tamat tempoh. Aku tak dapat memperbaharuinya kerana baru-baru ni Kangar telah pun dilanda banjir. Kemudian, anggota polis tersebut menyuruh aku menerangkan situasi tersebut kepada in charge nya. Nasib aku baik, in chargenya memahami masalah yang aku hadapi. Lagipun sebagai warganegara Malaysia, aku memang tahu apa yang aku lakukan itu adalah salah di sisi undang-undang. Apa pun aku sangat-sangat berterima kasih kepada in charge polis tadi yang telah menggunakan budi bicaranya. Aku amat hargai sangat-sangat, kalau tak terbang duit aku kena bayar saman. Dah la time la dok tengah 'kering' ni.....aku lepas.

Begitulah serba sedikit pengalaman yang aku lalui disebabkan oleh cukai jalan tamat tempoh. tapi apa kaitannya pulak dengan tajuk entri blog aku kali ini. Ok, seperti yang sedia maklum, untuk memperbaharui cukai jalan, kita perlu juga untuk memperbaharui insurans sekali untuk perlindungan kenderaan sekiranya apa-apa berlaku ketika kita sedang menggunakannya di atas jalanraya. Aku berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana menurunkan harga cukai jalan, tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Di kala harga cukai jalan kenderaan berjaya dikurangkan oleh pihak kerajaan, harga premium untuk perlindungan insurans pula naik mendadak. Aku rasa isu ini telah pihak kerajaan sedia maklum dan aku pernah terbaca di dalam suratkhabar isu ini telah diangkat ke Parlimen untuk dibahaskan.

Cukai jalan walaupun murah tapi sebaliknya....
Kalau tahun lepas aku telah belanjakan sebanya RM 170 untuk bayaran insurans skuter aku, tapi tahun ini aku terpaksa membayar RM 220 untuk bayaran premium insurans skuter aku. Bayangkanlah kenaikan RM 50 yang begitu membebankan terpaksa ditanggung oleh kita sebagai rakyat Malaysia. Selama ini kita telah turut dibebankan oleh kenaikan harga barang yang melampau-lampau, kenaikan harga makanan yang turut dirasai, kenaikan harga bahan api dan juga yang terbaru kenaikan harga insurans.

Mungkin ramai yang mengatakan kenaikan RM 50 tidaklah sebanyak mana, tapi bagi aku yang bergaji rendah ia tetap dirasai. Sebab itulah banyak pemilik motosikal-motosikal yang berada di kawasan luar bandar tidak memperbaharui cukai jalan mereka bertahun lamanya disebabkan oleh kenaikan premium insurans yang tidak masuk akal. Aku amat menyokong tindakan mereka sebagai tanda protes.



So, aku berharaplah agar pihak kerajaan khususnya Bank Negara Malaysia mengkaji semula kadar premium insurans kenderaan di negara kita. Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur baru nak bertindak  sudahlah. 



Thankx AKUBIOMEDDOTCOM...aku pinjam gambaq cukai jalan sat...hehehe

Murid Mati Di Dera Ustaz

Semalam aku ada dengar, orang-orang kat ofis aku dok riuh pasal cerita ni. Melalui pendengaran telinga aku, kejadian ni berlaku di sebuah sekolah agama rakyat di Jejawi. Kisahnya, seorang murid telah didera oleh seorang ustaz yang juga merangkap penyelia asrama sekolah tersebut. Selain itu, di laman-laman Facebook juga tengah 'top' dok bincang pasal tragedi ni. Melalui input-input yang aku baca dan aku pun tak pasti, dengar cerita tragedi ini bermula dengan kehilangan wang RM 7. Kalau nak difikir-fikirkan balik, macam tak relevan ja, kerana RM 7 nyawa melayang. Dah tu bukan disebabkan dibunuh oleh penyamun ke apa ke tapi disebabkan dipukul penyelia. Aduh! Semakin brutal masalah-masalah dalaman sekolah-sekolah di Malaysia ni. Dari kes video lucah pelajar, buli-membuli sehinggalah hukuman Cikgu sekolah yang melampau. Dah complete dah masalah dalaman sekolah di negara kita ni. Cuma tinggal pelajar tak bawa pistol ja pi sekolah macam kat Amerika nun. Ntah-ntah dah ada, cuma ia tidak diketahui oleh umum. Apa pun aku melahirkan rasa simpati dan aku nak ucapkan takziah kepada keluarga 'mangsa' dan berharap mereka tabah menghadapi dugaan. Alfatihah kepada arwah..... 


Apa perasaan anda jika ia terjadi kepada anak anda sendiri

Monday, April 4, 2011

Banjir Kembali Melanda

Dah hampir seminggu aku tak update entri dalam blog aku. Bukan aku tak sempat atau apanya, cuma aku letih sebab rumah aku dilanda banjir baru-baru ini. Hujan lebat luar biasa yang melanda Perlis adalah punca berlakunya banjir di sebahagian kawasan utara Negeri Perlis termasuklah ibu negerinya iaitu Kangar. Selain itu, faktor banjir dari Selatan Thai juga adalah penyumbang kepada banjir yang tidak sepatutnya berlaku di musim kemarau seperti kebiasaannya. Mungkin ini adalah takdir yang harus diterima oleh mereka-mereka yang terlibat dan juga mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku.

Empat bulan baru berlalu, kali terakhir banjir belaku di Perlis adalah pada 2 November 2010. Tapi akhirnya malapetaka yang tidak diundang ini hadir lagi dan memberikan musibah kepada mereka yang terlibat. Kawasan-kawasan seperti Padang Melangit, Abi, Behor Empiang, Kurong Batang, Kampung Pondok, Kampung Bakau dan lain-lain lagi menyaksikan musibah yang ditakdirkan oleh Allah SWT hadir merosakkan harta benda, mujurlah kali ini tiada nyawa yang terbang akibat dari banjir yang melanda. Kampung Bakau adalah antara kawasan yang terawal menerima musibah ini.


Pintu air Empangan Timah Tasoh terpaksa dibuka

Penanda aras air berhampiran kawasan pintu air Empangan Timah Tasoh
Akibat kebimbangan berlakunya banjir, sehari sebelum kawasan tempat tinggal aku dinaiki air, aku telah melakukan tinjauan sendiri berhampiran Empangan Timah Tasoh. Tujuan aku adalah untuk mengetahui situasi sebenar keadaan di kawasan pintu empangan tersebut. Kebiasaannya, apabila pintu empangan dibuka sepenuhnya menandakan kapasiti takungan air di dalam empangan tersebut adalah melebihi paras biasa. Apa yang aku jangkakan sememangnya betul-betul terjadi. Pintu empangan dibuka kesemuanya. Air menderu mengalir turun ke kawasan bawah.

Salah satu kunci air di Padang Melangit telah ditenggelami air
Pemantauan aku tidak berakhir di situ. Setelah aku pulang ke rumah dan sejurus selepas solat Asar, aku kembali meronda di dalam renyai-renyai hujan. Menyusuri ke kawasan-kawasan yang selalu dinaiki air di dalam kawasan Bandar Kangar. Antaranya ialah kawasan Repoh, Jalan Padang Behor (jambatan selepas Taman Fauziah) dan Kampung Bakau. Tanda-tanda positif untuk berlakunya banjir memang jelas kelihatan di kawasan-kawasan tersebut.

Tebing Sungai Repoh berhampiran Taman Fauziah telah dilimpahi air

Salah sebuah rumah kediaman ditenggelami air di Kampung Bakau

Keadaan air banjir sedalam satu meter telah menenggelamkan Kampung Bakau

Air Sungai Perlis telah melebihi paras berjaga-jaga

Selain Kampung Bakau, kawasan-kawasan yang berhampirannya seperti Kampung Tok Paduka, Taman Ira dan rumah-rumah kediaman yang terletak sejajar dengan Jalan Kampung Bakau juga telah mula ditenggelami dengan air yang mula mengalir masuk dari limpahan air Sungai Perlis yang telah penuh. Menurut seorang individu yang begitu mahir dengan aliran air di Negeri Perlis ini memberitahu aku, sekiranya air dari pintu Empangan Timah Tasoh dibuka, hanya 6 jam sahaja diperlukan untuk air tersebut sampai ke Bandar Kangar dan menenggelamkannya. Fuhhh! Begitu cepat sekali aliran air itu sampai.


Rumah salah seorang penduduk berhampiran Jalan Kampung Bakau telah ditenggelami air

Keadaan air pada titi Kampung Tok Paduka

Limpahan air dari sungai di kawasan Kampung Tok Paduka

Pemantauan aku diteruskan lagi. Kali ini aku menyusuri lorong berhampiran Sungai Repoh menghala ke Kampung Tanjung Gorah. Walaupun keadaan agak kritikal, tetapi suasana dipersisiran sungai tersebut agak meriah dengan aktiviti-aktiviti menjaring ikan dan juga bermain air oleh penduduk tempatan. Selain itu, mereka juga tidak menghiraukan keadaan arus sungai yang begitu deras pada ketika itu. Ataupun mungkin penduduk tempatan di kawasan tersebut sudah biasa dengan keadaan tersebut. Apa yang sempat aku perhatikan, terdapat beberapa orang memperolehi hasil tangkapan ikan yang lumayan hasil daripada aktiviti menjala dan memukat yang dilakukan oleh mereka.


Keadaan Sungai Repoh arah ke Kampung Tanjung Gorah

Paras air Sungai Repoh begitu hampir dengan kawasan perumahan berdekatan

Keadaan arus Sungai Repoh yang deras begitu membahayakan
Setelah menyusuri lorong kecil di sepanjang Sungai Repoh, aku melintasi Jalan Kangar Arau menuju ke Bulatan Jubli Emas. Keadaan di sekitar kawasan tersebut juga semakin kritikal dan tanda-tanda air akan terus naik begitu jelas kelihatan. Stesen minyak Esso di Jalan Kangar Arau juga telah ditenggelami air sedalam lebih kurang 1 meter dan tidak ketinggalan juga kawasan komersial di Taman Sena Indah turut dinaiki air dan ditutup untuk aktiviti perniagaan.


Stesen minyak Esso Repoh ditenggelami air sedalam satu meter

Kenderaan terperangkap terpaksa ditunda keluar oleh trak penunda
Aku juga berkesempatan meninjau keadaan banjir di sekitar kawasan Jalan Sekolah Derma. Air banjir dihadapan Sekolah Menengah Teknik Kangar juga telah dinaiki sedalam lebih kurang 0.5 meter. Pada ketika itu, aku masih dapat melihat terdapat beberapa buah kenderaan ringan masih cuba untuk mengharungi jalan tersebut walaupun arus air yang menyusuri begitu deras.


Keadaan banjir di persimpangan lampu isyarat Jalan Sekolah Derma
Kawasan Taman Bukit Kayangan juga adalah antara lokasi tinjauan aku. Kawasan Taman Bukit Kayangan ini pada kejadian banjir yang lepas telah menyebabkan banyak kerosakan pada kenderaan disebabkan terperangkap di kawasan lembah yang terdapat di jalan masuk ke taman tersebut. Tapi hakikatnya, tahap air bolehlah dilihat pada gambar yang sempat aku inter framekan di bawah.


Keadaan papan tanda di kawasan Taman Bukit Kayangan yang ditenggelami air

Kawasan perumahan di Taman Bukit Kayangan yang ditenggelami air

Aktiviti ekonomi di sekitar Jalan Kaki Bukit juga terganggu akibat banjir yang melanda. Jalan Kaki Bukit merupakan kawasan kritikal sekiranya berlaku banjir di kawasan Bandar Kangar. Ini kerana sekiranya berlaku banjir, kawasan ini akan ditenggelami air begitu dalam sekali dan kenderaan-kenderaan ringan tidak dapat melalui jalan tersebut.


Ceri Corner turut ditenggelami air

Shell Jalan Kaki Bukit dinaiki air

Petronas Jalan Kaki Bukit juga turut dinaiki air

Pasaraya Seri Utama terpaksa ditutup akibat ditenggelami air

Ketika banjir melanda, aku tertarik pada satu aktiviti yang sering kali dilihat. Aktiviti meredah air menggunakan motosikal secara berkumpulan. Apa yang membuatkan aku tertarik adalah pengubahsuaian pada sistem ekzos motosikal yang digunakan. Jika dahulunya aku jarang melihat ke'kreatif'an mat-mat motor ni, tapi sekarang ia telah menjadi budaya yang harus dilakukan oleh kumpulan mat-mat motor tersebut.


Stail ekzos cungit yang tidak memberikan air masuk ke dalam enjin melalui ekzos

Akhir sekali, kepada mangsa-mangsa yang terlibat dengan banjir diharap TABAHlah menghadapi DUGAAN dariNya. Segala yang berlaku ada HIKMAH di sebaliknya. Sebagai insan yang bertakwa kita harus bersyukur dengan ketentuan ILLAHI. Kepada pihak yang BERWAJIB sesuatu HARUS dilakukan bagi mengoptimakan kekerapan banjir yang berlaku akibat KECUAIAN manusia sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...