Thursday, October 21, 2010

Perpindahan Wayne Rooney Dari Manchester United

Minggu ini desas desus mengenai perpindahan ayam tambatan Manchester United bertiup kencang. Banyak berita-berita mengenai perpindahan penyerang itu disiarkan oleh pihak media. Punca berlakunya situasi tersebut adalah disebabkan perselisihan faham di antara Rooney dan juga bos Manchester United iaitu Alex Ferguson.

Rooney yang memulakan kariernya di United telah dibawa masuk ke Old Trafford dari Everton pada tahun 2004. Telah mula memainkan peranan sebagai penyerang utama United sejak 2005. Semuanya gara-gara kenyataan terbuka Wayne Rooney untuk bersedia berpindah di dalam sebuah media di England. Perbuatan itu didorong oleh kritikan Ferguson ke atas diri beliau ekoran prestasinya yang agak kurang memberangsangkan sejak akhir-akhir ini. Khabar angin bertambah kuat apabila Wayne Rooney tidak disenaraikan oleh Ferguson di dalam dua perlawanan terakhir United.

Sehubungan dengan itu perpindahan Wayne Rooney telah dikaitkan dengan pasukan jiran United yang berpengkalan di Eastland iaitu Manchester City. City yang juga musuh utama United adalah pasukan yang disebut-sebut oleh Wayne Rooney semasa beliau mengeluarkan kenyataannya pada media. Beliau mungkin akan mengikut jejak bekas rakan sepasukannya di United iaitu Carlos Tevez.

Sementara itu, di kem United, ramai penyokong-penyokong setia United telah melabelkan Wayne Rooney sebagai 'pengkhianat'. Kerana sebelum ini beliau telah memberi jaminan tidak akan tunduk kepada kuasa wang demi kesetiaannya kepada United. Tetapi perkara sebaliknya telah berlaku.

Tottenham Hotspur merupakan pasukan pertama yang memberi kenyataan mereka akan membida untuk mendapatkan penyerang utama United itu. Spurs melalui bos mereka iaitu Harry Redknapp telah menyatakan keinginan untuk membawa masuk Rooney ke White Hart Lane bagi mengukuhkan pasukan mereka dan mereka bersedia untuk membida bagi mendapatkan khidmat Rooney sekiranya United membuka peluang bagi pasaran perpindahan baru Januari ini. 

Pasukan Chelsea yang berpengkalan di London pula telah mengambil sikap tunggu dan lihat dalam usaha mereka untuk mendapatkan penyerang utama United itu. Melalui bos mereka, Carlo Ancelotti menyatakan, sekiranya United meletakkan Rooney di pasaran perpindahan, sudah pasti ia akan menjadi rebutan banyak pasukan.

Jadi sama-samalah kita tunggu bagaimana berakhirnya krisis terbaru yang melanda pasukan dari Utara England ini

Sumber :

Utusan Malaysia
www.guardian.com.uk

Penyerang yang menimbulkan kontroversi terbaru di Old Trafford

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...