Monday, January 24, 2011

Cerita Ikan Darat

Rasanya dah lama aku tak dan nak update blog aku. Almaklumlah, laptop aku dah "kong kalio" angkara dok download masuk macam-macam, hehehehe. Member aku yang baiki laptop aku habaq mai kata board laptop aku out terus. Ni cerita dia duit la. Nak kena beli laptop baru. Mau tak mau terpaksala aku update blog aku melalui ofis punya PC. Tu ja pilihan yang aku ada...

Ok kali ni aku tertarik pada suatu cerita. Cerita mengenai ikan darat. Ikan darat ni ikan yang hidup dalam air tawar la senang cakap. Semua orang faham. Selalunya istilah ikan darat ni orang-orang kampung ja pakai. Kalau orang pekan, kadang-kadang depa tak paham pun apa tu ikan darat. 

Cerita ni boleh terkeluar masa aku dengan sorang hamba Allah ni dok lepak-lepak dekat R&R Bukit Gantang menghala balik ke Utara. Masa tu aku baru balik dari Putrajaya, ada urusan sikit kat sana. Kami dua dok lepak dekat sebuah meja tepi stall buah kat kawasan rehat tu sambil dok perati kenderaan dok meluncur laju atas highway. Aku gelarkan hamba Allah tu "Mat Ikan" la senang dalam blog aku ni. Untuk nak rahsiakan identiti dia.

Bermula dengan balutan rokok daun yang Mat Ikan bawa, dia cerita, musim-musim macam ni memang seronok kalau dapat pi memukat ikan. Aku tanya Mat Ikan kat mana dia selalu dok pi memukat? Mat Ikan kata selalunya dia  pi memukat tak jauh dari kampungnya, belah-belah Kedah nu. Tambahan pulak la ni banyak tali air kat sana di keringkan. Jadi takda masalah la untuk geng-geng penangkap ikan ni nak pi memukat. Memang ikan timbul gila-gila.

Aku tanya Mat Ikan lagi. Mana lebih seronok di antara memukat dengan memancing? Mat Ikan menjawab, baginya memukat lebi mendatangkan kepuasan. Aku tanya lagi kepada Mat Ikan, kepuasan yang macam mana? Mat Ikan kata kepuasan sewaktu mengumpul ikan yang terlekat pada pukat dan dimasukkan ke dalam baldi. Mat Ikan memberitahu aku lagi, pernah suatu ketika dengan hanya sekali memukat, dia memperolehi hasil sebanyak 6 baldi! Perghhh memang lumayan. Aku tanya lagi, dia nak buat apa dengan hasil tangkapan yang dia perolehi tu. Banyak sangat tu...

Mat Ikan kata selalunya hasil tangkapan tu dia akan keringkan. Jadi ikan darat kering. Ada juga yang dibikin pekasam. Favourite orang Utara ni. Ada juga yang dijual hidup-hidup kepada peraih ikan darat di sekitar kawasan tempat Mat Ikan tinggal. Selalunya peraih akan membeli sekilo ikan darat hidup dengan harga RM 8. Aku fikir kalau sehari Mat Ikan dapat 10 kilo ikan dah RM80 pendapatan dia perolehi melalui hasil tangkapannya. Lagipun memukat bukan perlukan masa sampai sehari suntuk, hanya beberapa jam saja. Gaji aku pun baru RM40 sehari. Tu pun kena kerja sampai 9 jam. Baru dapat banyak tu. Memang lumayan.

Mat Ikan kata pernah dalam satu bulan tu, dia memperolehi pendapatan cecah RM4000. Dengan hanya menjual ikan darat kepada peraih ikan darat. Dan Mat Ikan menerangkan lagi, ada kawannya yang bekerja menangkap ikan darat dah hampir 20 tahun! Ini memang fakta yang menarik. Bagi aku, nilai ikan darat memang tinggi di pasaran sekarang. Mungkin rasanya yang sedap (walaupun aku tak makan ikan) dan permintaan yang tinggi menyebabkan harganya juga melambung tinggi.

Dasyat jugak penangan ikan darat ni. Siapa sangka, ikan yang habitatnya di sungai, sawah dan kawasan berlumpur ni boleh mendatangkan rezeki yang berbaloi kepada penangkap-penangkapnya, antaranya ialah Mat Ikan. Jadi kepada penggemar-penggemar puyu, haruan dan sepat, apa tunggu lagi ayuh lakukan.....


Tuesday, January 4, 2011

Selamat Tahu Baru 2011

Selamat datang 2011. Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkannya. Hari ni baru masuk hari keempat tahun 2011. Biasanya ramai di antara kita akan berlumba-lumba senaraikan azam untuk tahun baru ni, walaupun hakikatnya azam tahun lepas belum lagi tercapai. Apa pun bagi aku, 2010 telah banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis bagi aku. Kenangan pahit aku rasa tak payahla aku ceritakan dalam ni, biarlah aku simpan ia sebagai kenangan.

Kenangan manis yang aku alami sepanjang tahun 2010 ialah menyaksikan Pasukan Kebangsaan kita berjaya membawa pulang Piala Suzuki ke tanah air kita. Ia merupakan pertama kali Skuad Kebangsaan kita menjuarainya di bawah kendalian K. Rajagobal. Kemenangan itu juga merupakan titik tolak kebangkitan Skuad Kebangsaan dalam dunia bolasepak Asia Tenggara selepas mengalami zaman suram berdekat lamanya. 
Kejayaan menjulang Piala Suzuki 2010 merupakan penghormatan untuk negara kita

Rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong jatuh bangun skuad kebangsaan
Selain itu, tahun 2010 juga meninggalkan kenangan yang tak dapat aku lupakan selepas buat pertama kalinya aku merasakan bagaimana keperitan rumah aku digenangi air banjir pada 2 November 2010 tiga hari sebelum perayaan Hari Deepavali. Baru aku tahu bagaimana keperitannya menyelamatkan harta benda dan makan nasi bungkus yang cuma cukup-cukup syarat ja. Selain itu, Bandar Kangar juga lumpuh akibat banjir tersebut.

Bandar Kangar digenangi air selama 2 hari

Air dari Empangan Timah Tasoh terpaksa dilepaskan menjadi penyebab Bandar Kangar digenangi air

Keadaan banjir di sekitar Bandar Kangar
Selain itu, bidang automotif negara juga telah mencatatkan sejarahnya, apabila Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) berjaya melahirkan model terbarunya, Proton Inspira. Walaupun ramai yang beranggapan model ini sebenarnya model yang disalin dari Mitsubishi Lancer, bagi aku ia tidak mendatangkan masalah besar. Apa yang penting teknologi enjin yang dibangunkan oleh Proton sendiri.

Pandangan hadapan Proton Inspira
Pandangan belakang Proton Inspira

Itulah antara peristiwa penting tahun 2010 yang masih segar di dalam minda aku. Aku berharap kehadiran 2011 dapat menjadikan aku sebagai manusia yang bersyukur dengan apa yang aku miliki. Aku juga berharap dapat menyumbangkan sesuatu yang bererti kepada masyarakat di sekeliling aku. Semoga aku memperolehi apa yang aku inginkan. Insya Allah. Amin.

Selamat datang 2011. Welcome to my life!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...