Sunday, October 24, 2010

Chicharito Harapan Baru The Red Devil

Tadi aku sempat tengok game antara Stoke City menentang Manchester United
kat Astro channel 812 kot kalau tak silap aku....ESPN
aku tengok sebab nak tahu perkembangan corak permainan Man United
tanpa kelibat penyerang kontroversi mereka iaitu Wayne Rooney

Apa yang dapat aku tengok pada game tu
Alex Ferguson telah menggandingkan Javier Hernandez atau dikenali sebagai Chicharito
dengan pemain tinggi lampai dari Bulgaria iaitu Dimitar Berbatov
bagi menggerakkan jentera serangan Man United

Corak permainan Man United malam ni tidak terlalu pincang
kerana Chicharito berjaya menjadi playmaker yang berkesan kepada Man United
dibantu oleh umpanan-umpanan yang baik dari Nani dan Berbatov
cuma...seperti biasa kelemahan penguasaan di bahagian tengah
masih belum dapat di atasi oleh Alex Ferguson
juga tidak ketinggalan di bahagian pertahanan
yang menyaksikan Tuncay berjaya membolosi Edwin Van De Saar dengan rembatan jarak jauh

Sesuatu harus difikirkan oleh Alex Ferguson
bagi mengekalkan momentum kemenangan ini agar Man United tidak jauh
ditinggalkan oleh pendahulu liga setakat ini iaitu Chelsea
yang juga menang pada game semalam dengan jaringan 2-0
serta harus diingat kebangkitan jiran setempat mereka iaitu Manchester City
yang semakin memberangsangkan sejak kebelakangan ini

Dua gol jaringan Chicharito yang memberikan kemenangan mutlak kepada Man United
telah memberikan sinar baru kepada penyokong-penyokong setia Red Devil
kerana dibimbangi keadaan yang tidak menentu kepada kebangkitan Man United
selepas kontroversi yang dicetuskan oleh Wayne Rooney baru-baru ini


Javier Chicharito Hernandez menjaringkan gol kemenangan untuk Man Utd

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...