Thursday, October 28, 2010

Tugu 1 Malaysia

Semalam time aku nak balik kerja
aku terpandang satu tugu...located depan pejabat aku
sebenaqnya tugu ni dah lama dah siap
dulu asalnya tapak tugu ni ada pokok besaq
tapi pokok tu dah tumbang...kena pukui dek ribut

Apa yang menarik pada tugu ni ialah logo "1 Malaysia"
logo yang dari budak-budak hingga ke warga veteran tau
tapi aku tak pastila sama ada depa ni ada hayati tak maksudnya


Besarnya "1 Malaysia" hehehehe

Kiranya lokasi kedudukan ni memang amat strategik
sebab terletak kat lokasi tumpuan ramai
mungkin ada sebab pihak yang bertanggungjawab bina tugu ni kat kawasan tu
apa pun sumbangan anda amatlah dihargai

Wednesday, October 27, 2010

Futsal Team Caca Marba

Petang tadi Zul dah calling semua ahli-ahli team futsal caca marba
Caca Marba nama rasmi yang Zul bagi kat team ni
puncanya aku tak tau kenapa...tapi rasanya sempoi nama tu
hehehehehe
Zul ni kira merangkap captainla untuk team ni

Kedatangan ahli-ahli untuk team ni petang tadi agak memberangsangkan
kira bleh buat 3 team kecil la untuk main bergilir-gilir
cikgu, din, li, aboh, shukri, imam, zul (c), kawan shukri, eddy muz, padil
khairul, kemey, adibayor (mai sat ja...ajak kemey balik...ada on call) dan aku
rancak gak game  petang tadi...kiranya aku tak rasa letih sangat time main tu
tu bila lepas main...sakit abih paha dengan urat keting ni...macam biasa
hehehehehehe

Suasana biasa sebelum game nak start

Court keramat team Caca Marba

Ni kat mana sebenaqnya...Everton ka Batu Dua ka?

Siap dengan warm up lagi...memang nak score betoi-betoi ni

Kasut keramat ni...paling kurang 6 bijik masuk dalam gol

Kapten Team Caca Marba yang berdedikasi tinggi

Macam lampu reban ayam ja....hehehehe

Gaya-gaya star player dok main kat atas pitch ni...hehehe

Scenery ni saja ja aku interframe...aku suka tengok awan tu...hehehehe

Tuesday, October 26, 2010

Kematian Paul Si Sotong Peramal

Tadi masa aku dok tengok Buletin Utama kat TV3
tetiba aku terbaca berita kaki yang dok lalu kat bawah screen TV
yang menarik perhatian aku
ia adalah berita mengenai kematian Paul Si Sotong Peramal

Paul menjadi terkenal setelah dengan tepat meramalkan keputusan membabitkan 
pasukan Jerman ketika Piala Dunia 2010 yang diadakan di Afrika Selatan
Paul disahkan mati di Sea Life Aquarium, Jerman
tempat di mana Paul tinggal
Paul yang berusia 2 tahun setengah itu ditemui mati di dalam akuariumnya
dan kematiannya tidak dikaitkan dengan unsur-unsur khianat
kematian Paul adalah disebabkan penyakit biasa di mana usia sotong kurita
pada kebiasaannya hanyalah dalam tempoh dua tahun

Paul Si Sotong Peramal  pada ketika usianya

Sunday, October 24, 2010

Chicharito Harapan Baru The Red Devil

Tadi aku sempat tengok game antara Stoke City menentang Manchester United
kat Astro channel 812 kot kalau tak silap aku....ESPN
aku tengok sebab nak tahu perkembangan corak permainan Man United
tanpa kelibat penyerang kontroversi mereka iaitu Wayne Rooney

Apa yang dapat aku tengok pada game tu
Alex Ferguson telah menggandingkan Javier Hernandez atau dikenali sebagai Chicharito
dengan pemain tinggi lampai dari Bulgaria iaitu Dimitar Berbatov
bagi menggerakkan jentera serangan Man United

Corak permainan Man United malam ni tidak terlalu pincang
kerana Chicharito berjaya menjadi playmaker yang berkesan kepada Man United
dibantu oleh umpanan-umpanan yang baik dari Nani dan Berbatov
cuma...seperti biasa kelemahan penguasaan di bahagian tengah
masih belum dapat di atasi oleh Alex Ferguson
juga tidak ketinggalan di bahagian pertahanan
yang menyaksikan Tuncay berjaya membolosi Edwin Van De Saar dengan rembatan jarak jauh

Sesuatu harus difikirkan oleh Alex Ferguson
bagi mengekalkan momentum kemenangan ini agar Man United tidak jauh
ditinggalkan oleh pendahulu liga setakat ini iaitu Chelsea
yang juga menang pada game semalam dengan jaringan 2-0
serta harus diingat kebangkitan jiran setempat mereka iaitu Manchester City
yang semakin memberangsangkan sejak kebelakangan ini

Dua gol jaringan Chicharito yang memberikan kemenangan mutlak kepada Man United
telah memberikan sinar baru kepada penyokong-penyokong setia Red Devil
kerana dibimbangi keadaan yang tidak menentu kepada kebangkitan Man United
selepas kontroversi yang dicetuskan oleh Wayne Rooney baru-baru ini


Javier Chicharito Hernandez menjaringkan gol kemenangan untuk Man Utd

Thursday, October 21, 2010

Perpindahan Wayne Rooney Dari Manchester United

Minggu ini desas desus mengenai perpindahan ayam tambatan Manchester United bertiup kencang. Banyak berita-berita mengenai perpindahan penyerang itu disiarkan oleh pihak media. Punca berlakunya situasi tersebut adalah disebabkan perselisihan faham di antara Rooney dan juga bos Manchester United iaitu Alex Ferguson.

Rooney yang memulakan kariernya di United telah dibawa masuk ke Old Trafford dari Everton pada tahun 2004. Telah mula memainkan peranan sebagai penyerang utama United sejak 2005. Semuanya gara-gara kenyataan terbuka Wayne Rooney untuk bersedia berpindah di dalam sebuah media di England. Perbuatan itu didorong oleh kritikan Ferguson ke atas diri beliau ekoran prestasinya yang agak kurang memberangsangkan sejak akhir-akhir ini. Khabar angin bertambah kuat apabila Wayne Rooney tidak disenaraikan oleh Ferguson di dalam dua perlawanan terakhir United.

Sehubungan dengan itu perpindahan Wayne Rooney telah dikaitkan dengan pasukan jiran United yang berpengkalan di Eastland iaitu Manchester City. City yang juga musuh utama United adalah pasukan yang disebut-sebut oleh Wayne Rooney semasa beliau mengeluarkan kenyataannya pada media. Beliau mungkin akan mengikut jejak bekas rakan sepasukannya di United iaitu Carlos Tevez.

Sementara itu, di kem United, ramai penyokong-penyokong setia United telah melabelkan Wayne Rooney sebagai 'pengkhianat'. Kerana sebelum ini beliau telah memberi jaminan tidak akan tunduk kepada kuasa wang demi kesetiaannya kepada United. Tetapi perkara sebaliknya telah berlaku.

Tottenham Hotspur merupakan pasukan pertama yang memberi kenyataan mereka akan membida untuk mendapatkan penyerang utama United itu. Spurs melalui bos mereka iaitu Harry Redknapp telah menyatakan keinginan untuk membawa masuk Rooney ke White Hart Lane bagi mengukuhkan pasukan mereka dan mereka bersedia untuk membida bagi mendapatkan khidmat Rooney sekiranya United membuka peluang bagi pasaran perpindahan baru Januari ini. 

Pasukan Chelsea yang berpengkalan di London pula telah mengambil sikap tunggu dan lihat dalam usaha mereka untuk mendapatkan penyerang utama United itu. Melalui bos mereka, Carlo Ancelotti menyatakan, sekiranya United meletakkan Rooney di pasaran perpindahan, sudah pasti ia akan menjadi rebutan banyak pasukan.

Jadi sama-samalah kita tunggu bagaimana berakhirnya krisis terbaru yang melanda pasukan dari Utara England ini

Sumber :

Utusan Malaysia
www.guardian.com.uk

Penyerang yang menimbulkan kontroversi terbaru di Old Trafford

Tuesday, October 19, 2010

Kenapa Aku Sukakan Kei Car (Kereta Kompak)

Arini aku sempat surf laman web YouTube...memandangkan aku dah settle kerja aku
aku pun taip Daihatsu Mira kat column search tu...pastu keluarla senarai video yang berkaitan
aku amat tertarik pada satu klip dalam list tu
tajuk klip tu...3 Small 1991 Car From Japan Reviewed & Driven
antara kei car yang terlibat ialah Mitsubishi Dangan, Daihatsu Mira dan Honda Beat
yang paling aku tertarik sekali adalah scene di mana 
Jeremy Clarkson (tukang review tu) pandu Daihatsu Mira pi shopping
di dalam sebuah pasaraya...pergh memang menarik
rileks dan cool...kalaula di Malaysia dibenarkan buat macam tu
aku rasa pasaraya-pasaraya seperti Tesco, Giant dan Carrefour...memang sah-sah jammed
disebabkan pemilik-pemilik kei car akan drive thru di dalam pasaraya-pasaraya tersebut
sepertimana Si Jeremy Clarkson tu lakukan
sebenarnya tujuan Si Jeremy Clarkson tu buat macam tu untuk menunjukkan
betapa kei car ni boleh menyusup di ruang-ruang yang sempit
senang cakap....bijak ruang

Ermmmm...tu sebabla aku sukakan kei car ni
walaupun fizikalnya kecil...tapi ia sebuah kereta yang rileks dan cool
tapi kalau kena cara tunednya...kei car ni mampu membaham kereta-kereta yang lebih besar
kapasiti daripada kelasnya...hehehehe
aku juga berkesempatan download klip video tu dari YouTube
kalau korang free...layan-layanlah...
terutamanya kat scene yang aku cakapkan tadi...
enjoy watching!!!!


video

Monday, October 18, 2010

Koeyteow Iman Taman Pandan

Erm...sepatutnya aku masuk entry ni semalam
tapi sebab aku balik dan mengantuk...teruih aku lena
ok...kali ni entry pasai satu tempat makan kat Aloq Setaq
orang-orang hok dok kat Aloq Setaq mesti tau tempat ni
kat sini salah satu port koey teow kerang yang terbaekkkk....

Nama kedai ni Iman....kat area Taman Pandan
Taman Pandan ni kat tepi Lebuhraya Sultanah Bahiyah...Aloq Setaq
senang cerita jalan nak pi Shahab Perdana
kedai Iman ni boleh nampak dari tepi jalan ja...

Kat kedai ni macam-macam menu ada...
dari eastern hingga western...semua ada
tapi aku suggest...try koey teow kerang dan nasi ayam dia dulu...
pastu baru bleh cerita

Cerita pasai kedai Iman ni....mula-mula dia start meniaga dulu
hanya cuma sebuah warung kecil ja...yang mana meja makan hanya placing kat kaki-kaki lima
macam gambar kat bawah ni

Warung kecik yang kat ujung tu la gerai Iman yang mula-mula

Lama kelamaan bisnes Iman ni semakin maju...
sehinggalah Iman berjaya membuka sebuah restoran
memang aku salute la usahawan bumiputra macam dia ni
orang-orang yang mai lepak...semua mai bawa kereta canggih-canggih
BMW 3 series....Merc CLK...MPV mewah semua pakat-pakat mai
tak ketinggalan jugak yang mai
bawa kancil...proton first model...dan kereta-kereta mampu milik yang lain

Restoran Iman yang terbaru...tak jauh dari kiosk lama dia

Harapan aku...agar perniagaan Iman ni terus maju
InsyaAllah...aku akan terus support peniaga-peniaga bumiputera macam dia
walaupun aku nak pi situ amik masa lebih kurang sejam
hehehehehehe

Sunday, October 17, 2010

Sweetheart oh Sweetheart Episode 2 : Story of Exhaust System

Semalam aku pi kat Abang Im
pomen aku yang paling sempoi...merangkap 'otai' lama bab-bab kereta
tujuan aku satu ja...nak amik khidmat nasihat dari Abang Im
nak setting sistem ekzos sweetheart aku

Sebenaqnya dah lama dah sweetheart aku dok kat Abang Im
ada benda yang Abang Im 'bikin' sket pada nadi sweetheart aku tu
bukan apa...nak kasi 'sedap' bila memandu ja...

Lepas aku dok sembang-sembang dengan Abang Im pasal ekzos tu
teruih Abang Im ajak aku pi kedai ekzos kawan dia
tak jauh dari bengkel Abang Im...aku pandu sweetheart aku follow Vitara Abang Im

Sampai ja kat kedai ekzos kawan Abang Im
depa teruih lift up sweetheart aku
dapatla aku tengok downside sistem ekzos sweetheart aku tu
dan...sempat gak aku interframe sistem ekzos sweetheart aku dari bawah

Sweetheart dilift up sambil diperhatikan oleh Abang Im dan tukang ekzos

Sistem asal ekzos aku sebelum ditambah flexible dan tabung uji hehehe

Selepas sweetheart dilift up...Abang Im suruh tukang ekzos tu pasang flexible dan "tabung uji"
aku tak berapa tau sangat tang mana tempat sesuai untuk pasang "tabung uji" tu
jadi...aku serahkanlah kepada yang pakar untuk tentukan di mana kedudukan yang sesuai
selepas berbincang dan bersetuju...tukang ekzos tu pun menjalankan kerja-kerjanya

Mula-mula sekali aku perati...tukang ekzos tu dok pasang flexible lepas daripada downpipe
lama gak kerja-kerja pemasangan dia...sebab kena buka bumper depan sweetheart aku
tapi apa yang aku perati...tukang ekzos ni buat kerja penuh cermat dan hati-hati
excellent la...

Kerja-kerja welding tapak flexible sebelum ia diskrukan pada batang ekzos

Setelah kerja pemasangan flexible selesai...tukang ekzos buat kerja pasang "tabung uji" pulak
mula-mula dia canai dulu kedua-dua mulut "tabung uji"
tujuan dia nak bagi lead welding lekat kat dua-dua belah hujung "tabung uji"
pastu baru dia pi ukoq tang mana dia nak welding "tabung uji" tu pada batang ekzos
bila selesai ukoq...baru dia potong batang ekzos guna welding gak

Tukang ekszos dok potong batang ekzos guna welding

"Tabung Uji" dipasang pada sistem ekzos

Selepas batang ekzos dipotong...barulah "tabung uji" diletakkan di kawasan yang telah ditetapkan
aku tengok...ngam-ngam ja "tabung uji" tu masuk...perghh memang cekap la tukang ekzos ni
bila dah masuk elok-elok...barulah "tabung uji" tu diweldingkan pada batang ekzos
maka selesai lah kerja-kerja pemasangan flexible dan "tabung uji"

Lepas abis tu...tukang ekzos pun start enjin sweetheart aku...
merdu ja bunyi yang terhasil dari sistem ekzos tu...aku pun tersenyum
bukan apa...tersenyum sebab berapa RM nak kena...hehehe
tapi Abang Im bawa masuk dalam akaun dia dulu...nanti lump sump sekali
dengan kerja-kerja yang telah dia buat kat sweetheart aku
senang cerita

Ada satu benda yang menarik perhatian aku masa kat kedai ekzos ni
go kart handmate tukang ekzos ni sendiri
aku sempat interframe go kart tu....hehehe

Memang kreatif dan inovatif tukang ekzos ni

Patut la Abang Im terketaq-ketaq nak buat projek buggy car
dalam entry aku bertajuk Pajero Tergantung ada cerita pasal tu...
rupanya-rupanya dia dah tengok prototype kat kedai ekzos ni
memang aku salute tukang ekzos ni...sebab ada something dia produce
dari bahan-bahan terbuang...keep it up!

Lepas aku cakap dengan Abang Im...aku terus balik
dan seperti biasa bawa sweetheart aku pi mandi
hehehehehe

Basuh dan siap vacuum dalam lagi...hehehehe

Thursday, October 14, 2010

Ken Block Gymkhana Two The Informercial

Mesti ramai yang tertanya-tanya...apa dia maksud tajuk entry aku kali ni?
Ken Block...erm...aku pun sebenaqnya baru tau pasai dia ni
tu pun bila aku tertengok satu commercial clip yang diuploadkan oleh member aku dalam FB
teruja sebenaqnya aku tengok clip tu...kat sini aku nak credit to Khairul Jasmi
sebab dia dah kenalkan aku dengan clip tu...aku suka

Ok...lepas aku tengok clip tu..aku pun search la dalam internet
sapa itu Ken Block...thru Wikipedia...aku dan dapat info tentang dia
Ken Block ni rupanya seorang pemandu rally antarabangsa
dah banyak team dah beliau sertai...merupakan seorang pemandu rally yang berjaya gak la
di lahirkan pada 21 November 1967...so la ni beliau baru 42 tahun
Sekarang beliau bersama team Monster World Rally Team
banyak la anugerah dah beliau gondol di peringkat negara beliau...dan antarabangsa
DC Shoes la ni lantik beliau sebagai Chief Brand Officer untuk syarikat diorang

Tak banyak aku leh cerita pasal Ken Block ni
sebab aku pun baru nak mengenali beliau...sebab aku jatuh hati kat clip yang aku tengok tu
nanti aku cuba mengenali beliau dengan lebih rapat
time tu baru aku le cerita lebih detail
tapi...apa-apa pun...aku tinggalkan kalian dengan clip yang betul-betul buat aku teruja
sempoi abis.....

video

Wednesday, October 13, 2010

Toy Museum, Penang

Seperti yang aku janjikan
entry kali ni aku nak review pasal Toy Museum yang aku pi kat Penang aritu
aku ambil masa sket nak buat review ni
sebab aku kena compile gambar-gambar yang aku snap aritu

Lokasi Toy Museum ni tak la susah sangat nak cari
cuma ikut jalan nak pi Batu Feringghi ja
bangunan Toy Museum ni terletak kat depan Copthorne Orchid Hotel ja
parkir percuma...cuma letak kat depan muzium tu saja

Toy Museum ni dibuka setiap hari
dari jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam...termasuklah hari cuti
tiket masuk pulak hanya RM 10 untuk dewasa dan RM 6 untuk kanak-kanak

Pintu masuk utama ke Toy Museum

Di dalam Toy Museum ni...ia dibahagikan kepada beberapa kawasan pameran
antaranya ialah pameran permainan seram, pameran permainan gergasi
pameran permainan fantasi, pameran permainan dari komik superhero, pameran permainan dinosaur
pameran permainan suasana peperangan dan bermacam-macam lagi lah

Antaranya ada yang aku snap gambaq untuk tatapan readers sekalian
kat bawah ni...so kalian leh la judge sendiri...adakah ia berbaloi untuk dilawati

A Bugs Life display

Alien display

Replika watak Anakin Skywalker dalam cerita Star Wars

Darth Vader display

Replika watak Darth Vader dalam cerita Star Wars

Doraemon...favourite childhood cartoon series

Lord of  The Rings display

Watak Frodo dalam cerita Lord of The Rings

Salah satu watak dalam cerita Lord of The Rings

Watak-watak dalam cerita Lord of The Rings

Adegan pertempuran menggunakan miniature dalam cerita Lord of The Rings

Neo dan Mr Smith dalam cerita Matrix

Adegan pembunuhan dalam cerita Matrix

Monster Inc display

Captain Jack Sparrow dalam cerita Pirates of the Caribbean

Pelbagai koleksi R2D2 dan C3P0 android dalam cerita Star Wars

R2D2 dan kawan baiknya C3P0

Here the spidey come!

Jedi and R2D2 in Star Wars movie

Jar Jar Bin and Darth Maul in Star Wars Episode 1 : The Phantom Menace

The Terminator : Judgement Day

Watak jahat yang paling aku tak suka....The Joker...lakonan hebat mendiang Heath Ledger

Koleksi super deform dari cerita Toy Story

Watak-watak dalam cerita Toy Story

Pada pandangan aku, Toy Museum ni merupakan sebuah lokasi
yang menarik kepada peminat-peminat figura 
dan juga peminat-peminat watak dari perfileman
semoga ia terus dikekalkan dan dijadikan lokasi pelancongan di Penang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...