Sunday, March 20, 2011

Dimitar Berbatov Menyumbangkan Gol Keemasan Untuk United

Manchester, 19 Mac 2011 - Dimitar Berbatov telah membuktikan bahawa beliau masih lagi penggempur berbisa United apabila meledakkan gol tunggal perlawanan di antara United dan Bolton di Old Trafford malam tadi.

Beliau yang dimasukkan sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua tidak mensia-siakan peluang di hadapan pintu gol Bolton apabila menyumbat gol tunggal susulan daripada rembatan bola padu oleh Nani yang tidak dapat ditangkap kemas oleh Jaaskelainen.

Pada ketika United bermain dengan 10 pemain akibat layangan kad merah kepada Johnny Evans ekoran terjahan kasarnya pada pemain Bolton, mereka masih mampu mengatur gerakan berbahaya yang bertali arus ke arah pintu gol pasukan lawan.

Dengan kemenangan itu, United kini mendahului pencabar terdekat mereka di dalam saingan Liga Perdana Inggeris iaitu Arsenal dengan kelebihan 5 mata. Sementara itu, pertembungan di DW Stadium menyaksikan Arsenal terpaksa berputih mata untuk mengekori rapat United apabila mereka sekadar mampu mencatatkan  keputusan seri 2-2 dengan Wigan Athletic. Keputusan ini sedikit sebanyak telah menyukarkan peluang Arsenal  untuk merebut mahkota liga walaupun masih mempunyai baki satu perlawanan kurang berbanding United.


Berbatov masih lagi berbisa untuk merobek gawang lawan



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...