Thursday, September 30, 2010

Melalak Sakan

Semalam aku keluaq dengan member-member lama
member sekolah dulu
Eddy Muz, Sham Panjang, Ali Pak Lah dan Tarim
sebenaqnya depa dok ajak aku keluaq dari Jumaat lagi (24.09.10)
tapi aku tak dapat join...banyak sangat halangan mendatang
sorrylah geng...terutamanya pada Tarim yang balik bercuti

Semalam,
untuk tidak menghampakan depa-depa semua
aku keluaq pi jumpa depa...
perancangan awai tu nak pi main bowling
tetiba Eddy Muz tukaq plan
ajak pi melalak...setelah berbincang...kami semua setuju

Eddy Muz bawa pi satu port yang sempoi
sound system dia sedap
RM15 ja sejam
kami boh dua jam....RM30
sorang RM 6 ja...

Port melalak semalam
Port ni kalau nak naik agak 'semacham' ja rasanya
tapi sebenaqnya tadak apa pun
mungkin perasaan permulaan dia

Tangga nak naik ada lampu merah tu...tak tahan aku tengok
Premis ini diawasai oleh pihak polis....perghhhhh
Lepas Ali Pak Lah kompom bilik ja...
lagu pertama dia boh
Saling Merindu dari kumpulan Leon
lagu top masa kami form 2 dulu-dulu





kat sini guna system code melalui remote control
mula tu susah gak la...kira tak tau nak tekan apa
pastu...sampai tak menang tangan bubuh lagu
dah pakat-pakat tak sabaq nak bawa kuaq skill masing-masing

Ali Pak Lah sampai takdan letak microphone punya pilih lagu
Semalam yang aku best
Si Tarim, layan lagu-lagu dari Herman Tino
mantap seh...
jarang aku pi karok dengan kawan-kawan yang layan lagu dari Herman Tino ni
mamat ni memang hebat



Eddy Muz mempertaruhkan lagu kumpulan Scoin
sememangnya dia memang minat kat kumpulan Scoin ni dari dulu lagi
he...he...he...


Sham
layan lagu dari kumpulan Amuk
Matahari...
yeahea....



Antara screen shot yang sempat aku capture
Geng melalak malam tu..dari kiri sham panjang, ali pak lah, eddy muz dan tarim
Sedaq tak sedaq
dah pukul 12 tengah malam...
lepas supper...kami pun chow
hope  dapat jumpa lagi next time


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...