Wednesday, September 8, 2010

Iklan Raya Petronas 2010

video

Malam bila ntah (agak lama la cerita ni) masa tu aku tengah dok menonton TV, tetiba keluar iklan Hari Raya dari Petronas. Mulanya, aku tak tahu pun iklan tu sebenarnya dari Petronas, bila dah masuk part akhir baru aku tau. Seingat aku la, dahulunya iklan-iklan Petronas ni kebanyakannya adalah hasil sentuhan kreatif Allahyarham Yasmin Ahmad. Aku memang salute la sentuhan beliau, walaupun sebenarnya aku tak pernah layan filem-filem arahan beliau.

Seingat aku, iklan-iklan dari Petronas ni memang berkualiti tinggi dan mempunyai mesej-mesejnya yang tersendiri. Umpamanya seperti iklan Hari Raya Aidilfitri untuk tahun ni. Ia menceritakan tentang perbalahan di antara sepasang suami isteri yang ingin mengambil hak untuk pulang beraya ke kampung masing-masing sehinggakan melibatkan pertelingkahan di antara tok-tok besan di sebuah kedai emas. (Agak kelakar aku tgk lakonan Seniwati Mariani berlakon...). Tapi akhirnya, perbalahan itu dapat diselesaikan dengan menggunakan idea yang cukup canggih (pada pandangan aku la...korang tengok dan nilaikan sendiri).

Maksud tersembunyi yang hadir di dalam iklan ini ialah, tiada masalah yang tak dapat diselesaikan, sebaliknya setiap masalah tu perlulah ada rundingan dan perbincangan agar jalan penyelesaian dapat dicari. Pada pandangan aku, bagus jugakla iklan ni walaupun aku tak kenal siapa pengarah dia. Harap-harapnya suatu hari nanti, pengarah iklan ni dapatlah memenuhi selera penonton yang masih lagi merindui sentuhan Allahyarham Yasmin Ahmad. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...