Sunday, September 19, 2010

Pertemuan Dua Musuh Tradisi Ke 151

Malam yang ditunggu-tunggu telah tiba...
dua buah pasukan tradisi dalam sejarah BPL bertemu lagi
untuk pertemuan ke 151...
rekod sebelum ini dalam 150 perlawanan
57 kemenangan berpihak kepada pasukan dari utara England iaitu Manchester United
manakala pasukan dari Merseyside iaitu Liverpool hanya baru menang 50 sahaja...
manakala 43 perlawanan lagi berkesudahan dengan seri...

Selepas sepak mula...di Old Trafford..
gelanggang yang penuh dengan hampir 65,000 penonton dan penyokong setia Man Utd
Man Utd berjaya mengawal permainan hampir keseluruhan babak pertama...
sehinggalah Dimitar Berbatov berjaya menjaringkan gol pertama untuk Man Utd menewaskan Pepe Reina..
menerusi tandukan yang begitu cantik...

video

Babak kedua bermula...
Man Utd meneruskan serangan bertali arus mereka ke kubu Liverpool...
dan sekali lagi...Dimitar Berbatov
berjaya menembusi gawang Liverpool dengan libasan kaki yang menarik...
untuk menewaskan Pepe Reina untuk kali kedua...

video

walaupun Liverpool bangkit dengan dua gol kemudiannya untuk menyamakan kedudukan...
menerusi satu sepakan penalti hasil daripada terjahan Johnny Evans ke atas Fernando Torres..
yang aku rasa tak sepatutnya reff bagi...(tapi takpa cemey la katakan...hehehe)..
dan satu lagi menerusi free kick yang sepatutnya reff pun tak bagi..
akibat daripada terjahan John O Shea ke atas sapa ntah nama player tu aku tak ingat...
namun ia tak mematahkan semangat juang Man Utd yang begitu tinggi...untuk terus bertarung
menentang Liverpool yang ada 12 pemain termasuk reff  jadi  player depa gak..
ni lah menjadikan aku...i'm really love man utd....
dan hasilnya...pada minit ke 85...
Dimitar Berbatov sekali lagi berjaya menjaringkan hatrick pertamanya untuk Man Utd
menerusi tandukan untuk gol kemenangan mutlak menjadikan kedudukan 3-2...

video

Selepas wisel penamat ditiupkan...
perlawanan ke 151 ditamatkan...
dengan Man Utd berjaya melebarkan rekod kemenangan kepada 58 ke atas musuh ketat mereka...
Liverpool....
dan sama-samalah kita nantikan...
adakah Man Utd akan dapat menambahkan lagi rekod kepada 59 pada aksi mereka...
ke 152 nanti...
kepada penyokong-penyokong Liverpool...
diharap terimalah kekalahan dengan hati yang terbuka...
ingatlah...
yang terbaik..akan tetap terbaik untuk selamanya...
bersabarlah untuk menunggu gelaran Premier League anda yang pertama...
walaupun dah 19 tahun BPL diperkenalkan dan juara dominannya
adalah...kekal
Manchester United
. . .




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...