Tuesday, April 5, 2011

Tekanan Kepada Rakyat Malaysia

Naik skuter pi kerja rileks beb...cool
Tadi, aku telah ditahan oleh pihak polis dalam satu sekatan jalanraya ketika aku pulang dari mengeluarkan duit ASB aku. Pihak polis telah menjalankan tugas mereka dengan baik sekali. Lesen dan cukai jalan skuter yang aku naiki diperiksa. Tanpa berselindung, aku memberi tahu bahawasanya cukai jalan skuter aku telah tamat tempoh. Mengetahui hal demikian, anggota polis yang menjalankan pemeriksaan ke atas aku lantas mengeluarkan buku samannya. Tujuannya aku rasa korang pun tahu kan...hehehe. Aku dengan selambanya memberitahu anggota polis itu, memang aku mahu pergi memperbaharui cukai jalan tersebut. Itu sebabnya aku pergi mengeluarkan duit daripada simpanan ASB aku (sambil aku menunjukkan buku pelaburan ASB aku...hehehe). Lagipun cukai jalan skuter aku baru sahaja tamat tempoh. Aku tak dapat memperbaharuinya kerana baru-baru ni Kangar telah pun dilanda banjir. Kemudian, anggota polis tersebut menyuruh aku menerangkan situasi tersebut kepada in charge nya. Nasib aku baik, in chargenya memahami masalah yang aku hadapi. Lagipun sebagai warganegara Malaysia, aku memang tahu apa yang aku lakukan itu adalah salah di sisi undang-undang. Apa pun aku sangat-sangat berterima kasih kepada in charge polis tadi yang telah menggunakan budi bicaranya. Aku amat hargai sangat-sangat, kalau tak terbang duit aku kena bayar saman. Dah la time la dok tengah 'kering' ni.....aku lepas.

Begitulah serba sedikit pengalaman yang aku lalui disebabkan oleh cukai jalan tamat tempoh. tapi apa kaitannya pulak dengan tajuk entri blog aku kali ini. Ok, seperti yang sedia maklum, untuk memperbaharui cukai jalan, kita perlu juga untuk memperbaharui insurans sekali untuk perlindungan kenderaan sekiranya apa-apa berlaku ketika kita sedang menggunakannya di atas jalanraya. Aku berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana menurunkan harga cukai jalan, tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Di kala harga cukai jalan kenderaan berjaya dikurangkan oleh pihak kerajaan, harga premium untuk perlindungan insurans pula naik mendadak. Aku rasa isu ini telah pihak kerajaan sedia maklum dan aku pernah terbaca di dalam suratkhabar isu ini telah diangkat ke Parlimen untuk dibahaskan.

Cukai jalan walaupun murah tapi sebaliknya....
Kalau tahun lepas aku telah belanjakan sebanya RM 170 untuk bayaran insurans skuter aku, tapi tahun ini aku terpaksa membayar RM 220 untuk bayaran premium insurans skuter aku. Bayangkanlah kenaikan RM 50 yang begitu membebankan terpaksa ditanggung oleh kita sebagai rakyat Malaysia. Selama ini kita telah turut dibebankan oleh kenaikan harga barang yang melampau-lampau, kenaikan harga makanan yang turut dirasai, kenaikan harga bahan api dan juga yang terbaru kenaikan harga insurans.

Mungkin ramai yang mengatakan kenaikan RM 50 tidaklah sebanyak mana, tapi bagi aku yang bergaji rendah ia tetap dirasai. Sebab itulah banyak pemilik motosikal-motosikal yang berada di kawasan luar bandar tidak memperbaharui cukai jalan mereka bertahun lamanya disebabkan oleh kenaikan premium insurans yang tidak masuk akal. Aku amat menyokong tindakan mereka sebagai tanda protes.



So, aku berharaplah agar pihak kerajaan khususnya Bank Negara Malaysia mengkaji semula kadar premium insurans kenderaan di negara kita. Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur baru nak bertindak  sudahlah. 



Thankx AKUBIOMEDDOTCOM...aku pinjam gambaq cukai jalan sat...hehehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...