Tuesday, August 24, 2010

Pemuliharaan Tapak Pelupusan Sampah Oleh Perbadanan Sisa Pepejal

Bebaru ni aku berkesempatan untuk pi tengok tapak projek yang dipulihara kembali oleh Perbadanan Sisa Pepejal Negara kat kawasan aku. Proses ni aku tak pernah tengok sepanjang aku bekerja kat tempat aku. So, bila dah ada peluang aku pun ambil la kesempatan ni sebaik yang mungkin. Sebab kalau dari luar memang tak nampak proses perjalanan kerja membaik pulih kawasan tu, apa yang leh nampak cuma lori jer keluar masuk ke kawasan tu. Hehehe.

Tapak ni dahulunya bekas tapak pelupusan sampah pepejal, majlis perbandaran. Tapi selepas tapak ini diambil alih oleh Perbadanan Sisa Pepejal Negara, ia segera ditutup dan dibaik pulih. Aku difahamkan, oleh pemaju yang menyelia projek ni, mengikut pelan asal, diorang nak jadikan tapak ni sebagai tempat rekreasi untuk orang awam. Pada aku, bagus gak kalau projek ni dah menjadi kenyataan. So tak timbul lagilah isu bau busuk serta pemandangan yang menyakitkan mata timbul. Dari pandangan mata kasar aku, projek ni nampaknya dijalankan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Harapnya ia menjadi kenyataan.

Geo tekstil yang digunakan untuk mengelak cerun yang dibina runtuh ke sebelah lain

Selain itu, proses mengalirkan gas metana yang terperangkap di bawah timbunan sampah sarap berpuluh-puluh tahun lamanya dialirkan melalui satu saluran yang dipanggil chamber. Tahukah anda, gas metana ni kalau digunakan sebaik mungkin, ia merupakan sumber tenaga yang boleh memberi banyak manfaat kat kita. Kalau tak silap kat Filipina, rumah-rumah setinggan yang ada berhampiran tapak pelupusan sampah akan menggunakan gas metana ini bagi menghasilkan elektrik ke kawasan perumahan mereka. itu merupakan satu contoh yang boleh kita lihat.

Inilah bentuk alur yang digunakan untuk mengeluarkan gas metana dari longgokan sampah di bahagian bawah

Tempat ini jugak telah ditambak dengan lapisan-lapisan tanah yang begitu banyak dan tinggi. Kalau tak silap aku beribu biji lori jugak la digunakan untuk menambak tempat ni. Mana taknya, kan bahagian bawah kawasan ni asasnya adalah longgokan sampah sarap, jadi tanah ni digunakan untuk mengejapkan atau mengukuhkan struktur asas di bahagian bawah kawasan ni la. Kalau asas tak berapa nak kukuh, mungkin sesuatu yang tidak dikehendaki boleh berlaku nanti. Antaranya tanah jerlus atau berlakunya pemendapan di kawasan tersebut.

Kenderaan site yang aku bawa cuba memanjat tebing yang ditambak di kawasan tersebut
Tinggi tak kedudukan kenderaan site aku kat atas tambak tu?

Di sebalik pembangunan dan pemuliharaan yang dijalankan, ada jugak benda yang sepatutnya dipelihara, tapi turut musnah akibat daripada kesan pembangunan di kawasan tersebut. Apa yang aku maksudkan ialah Zon Penampan (Buffer Zone). Buffer zone yang aku maksudkan kat sini ialah hutan paya bakau yang terdapat secara semula jadi di kawasan ini. Kalau tak silap aku, kawasan ni dahulunya dipenuhi dengan kawasan hutan paya bakau. Sejak projek penambakan tapak tersebut, hutan paya bakau di kawasan tersebut dah semakin mengecil saiznya. Apa pun aku berharap, pihak yang bertanggungjawab perasan akan keadaan ini, kerana hutan paya bakau adalah amat penting kepada ekosistem hidupan di persisir pantai selain ia juga merupakan zon tebatan ombak.

Kawasan paya bakau yang diancam bahaya dari projek tersebut

Muara Sungai Perlis yang mengalir berhampiran tapak projek dikelilingi oleh hutan paya bakau












No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...