Friday, August 20, 2010

Perpindahan Valentino Rossi Dari Pasukan Fiat Yamaha Ke Ducati


Imej jentera yang mungkin digunakan oleh Rossi
Minggu ini dunia telah dikejutkan dengan perpindahan Juara Dunia MotoGP ke Pasukan Ducati. Berita ini telah tersebar dengan agak meluas di internet dan juga rangkaian-rangakaian berita di seluruh dunia. Berbagai-bagai persoalan muncul di kepala otak aku. Kenapa keadaan ini terjadi lagi kepada penunggang kesayangan aku ini. Ia boleh diibaratkan seperti kata pepatah Melayu "pisang berbuah dua kali". Kejadian sebegini seingat aku telah berlaku semasa beliau berada di kem Honda Repsol suatu ketika dulu. Selepas kejayaan demi kejayaan telah dilakarkan oleh beliau kepada pasukan tersebut, akhirnya beliau disingkirkan dan berjuang dengan pasukan Yamaha. Setelah Yamaha mengalami zaman penuh kesuraman selepas zaman kegemilangan mereka bersama Wayne Rainey, akhirnya Valentino Rossi telah mengembalikan 'mahkota kejayaan' kepada mereka yang selama ini hanya dikuasai oleh penunggang-penunggang dari Honda. Sehinggakan pasukan Yamaha sanggup melaburkan wang yang banyak bagi membawa seisi pasukan Rossi keluar dari Honda untuk menyertai mereka. Tetapi mengapa keadaan yang sama kembali berlaku kepada Rossi? Adakah sesuatu konspirasi telah berlaku ke atas Rossi bagi menjatuhkan beliau? Ataupun pasukan Yamaha boleh diibaratkan seperti "kacang lupakan kulit". Sebelum ini juga, ada kedengaran khabar-khabar angin yang bertiup kencang yang membawa berita Rossi akan berpindah, tetapi semuanya agak kurang jelas. Akhirnya segalanya terjawab selepas Rossi tampil dengan kenyataan media menyatakan bahawa beliau telah mengikat kontrak dengan pasukan pengeluar dari Itali itu selama dua tahun bagi musim 2011. Tetapi pasukan Yamaha melalui jurucakapnya menyatakan kekecewaan di atas perpindahan Rossi itu. Sama-samalah kita lihat epik baru yang akan membuka tirai perlumbaan MotoGP Sedunia musim depan.



Muka depan majalah MCN yang telah menerbitkan cerita mengenai Valentino Rossi
46 rulez! Forza Valentino Rossi
Rossi è quello di testare le sue nuove macchine nel circuito
L'articolo con la storia del movimento di Rossi alla Ducati del team







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...