Sunday, March 27, 2011

Petronas Malaysia Cub Prix Pusingan Pertama

Musim baru Petronas Malaysia Cub Prix telah bermula. Untuk pusingan pertama, Kangar telah dipilih selaku lokasi pembuka tirai untuk musim 2011 ini. Litar Stadium Utama Negeri telah bergema dengan bunyi deruman enjin daripada motosikal-motosikal cub 4 lejang sejak hari semalam lagi. Semalam merupakan sesi pemanas enjin dan juga sesi kelayakan.

Selain daripada perlumbaan di litar, pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memeriahkan lagi acara pada pusingan pertama ini. Antaranya ialah gerai pameran, permainan interaktif, pandu uji dan juga jualan cendera hati. Semalam aku bersama Azril Darkmatters telah meninjau keadaan di perkarangan Stadium Utama Negeri, Kangar. Keadaannya pada pagi semalam agak kurang rancak, mungkin disebabkan faktor cuaca. Hujan yang melanda Bandar Kangar seharian bermula sejak pagi lagi. Beberapa booth pameran seperti Booth Yamaha, Booth Honda, Booth Suzuki dan Booth Petronas telah bersedia dengan bahan pameran masing-masing, manakala booth-booth lain masih sibuk menjalankan persiapan terakhir sebelum ia mula dibuka kepada para pengunjung.


Booth-booth yang mengadakan pameran sempena pusingan pertama cub prix ini


Booth Astro Arena menjadi tumpuan pengunjung kerana mengadakan pelbagai acara interaktif

Selain memperolehi informasi dari booth-booth yang mengambil bahagian, aku bersama Azril Darkmatters juga berpeluang melihat modifikasi motosikal-motosikal cub oleh syarikat-syarikat pengeluar alat ganti perlumbaan seperti Racing Boy. Modifikasi yang menjadi kegilaan anak-anak muda untuk merealisasikannya kepada jentera cub masing-masing pada masa kini seperti sport rims, ekzos dan juga beberapa peranti lain turut dipamerkan.


Beberapa buah jentera cub yang telah dimodifikasikan oleh Racing Boy

Yamaha Lagenda, model favourite untuk dimodifikasikan sebagai jentera perlumbaan

Booth Petronas Racing Team juga tidak ketinggalan untuk mempamerkan jentera berkuasa tinggi mereka yang digunakan di dalama Kejohanan FIM Asia Road Racing. Jentera Yamaha R6 ini telah dimodifikasi sepenuhnya untuk menyertai kejohanan tersebut.


Jentera Yamaha R6 yang digunakan oleh Pasukan Petronas

Pandangan sisi jentera tersebut

Pihak Suzuki juga tidak ketinggalan menyediakan booth pameran untuk model-model terbaru jenteranya. Antara model-model yang terdapat di Booth Suzuki ialah Belang R, Skydrive dan juga Smash yang mendapat sentuhan design airbrush dari YAM Airbrush.


Suzuki Belang R yang telah di'airbrush'kan oleh YAM Design

Suzuki Skydrive ini juga telah di'airbrush'kan dengan skim rasmi Suzuki MotoGP

Booth yang paling menarik sekali pada aku ialah Booth Honda. Pada kali ini, pihak Boon Siew Honda telah mempamerkan jentera underbone 250 terbaru mereka iaitu CBR250RR yang secara rasminya di bawa masuk ke negara kita pada bulan Februari 2011. Model street yang memikat hati aku ini dijual pada RM18k++ bagi model yang tidak dilengkapi dengan sistem ABS manakala bagi model yang dilengkapi dengan sistem ABS dijual pada harga RM22k++. Tetapi, apa yang membuatkan aku meleleh air liur bersama Azril Darkmatters ialah bila kami melihat model CBR250RR ini diberi sentuhan airbrush REPSOL iaitu skim rasmi untuk pasukan Honda HRC Repsol MotoGP.


Model CBR ini yang aku maksudkan

Lampu hadapan CBR250RR

CBR250RR didatangkan dengan sistem brek ABS seperti Honda VFR yang digunakan oleh Polis Trafik

Inilah sistem brek ABS yang dimaksudkan bersama sensornya

Panel meter serba terkini

Pandangan belakang CBR250RR

Kali ni aku sempat sambar tshirt VR46, balas dendam balik, sebab last year aku tak sempat. Out of stock. Azril Darkmatters berjaya sambar baju berkolar Honda Asimo, tshirt CBR1000RR, keychain Asimo on Icon...cun gak tu...eksklusif. Petang semalam, bila aku sms Azril Darkmatters, beliau maklumkan yang baju berkolar Honda Asimo tu dia tak bleh pakai. Kecik katanya...hahaha....so, rezeki adik beliaulah nampak gayanya.

Jangan lupa saksikan Petronas Malaysian Cub Prix di Astro Arena Saluran 801 jam 2.30 petang ni secara live...tengok jangan tak tengok.....

1 comment:

  1. wau best-http://zaimzero.blogspot.com/2011/03/pameran-petronas-cub-prix-kangar.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...