Dah lama aku tak 'mengarang' dalam blog ni. Dah nak dekat sebulan kot rasanya. Tapi hari ni aku tertarik nak tulis bila mana aku terpaksa membayar harga segelas teh o ais pada harga RM 1.20. Biasanya setiap pagi aku dok minum aku hanya perlu membayar RM 1.00 sahaja. Bermakna harga segelas teh o ais kat tempat aku dah naik lagi 20 sen. Satu peningkatan yang agak tinggi. Mungkin kenaikan ini bersesuaian dengan harga gula yang juga naik di pasaran akibat daripada pengurangan subsidi oleh pihak kerajaan. Tapi adakah logik untuk menaikkan segelas teh o ais kepada 20 sen berbanding kenaikan sekilo gula oleh peniaga-peniaga tempatan. Di manakan rasionalnya?
Ketika aku membeli sebiji roti Gardenia yang dijual berhampiran kedai runcit kat tempat aku sekali lagi aku terkejut apabila harga roti yang dahulunya 60 sen telah meningkat kepada 70 sen. Sekali lagi kenaikan sebanyak 10 sen telah terjadi kepada barangan keperluan harian pengguna. Mungkin juga disebabkan oleh kenaikan tarif elektrik yang diumukan oleh pihak kerajaan maka, syarikat pembuat roti Gardenia tersebut terpaksa menaikkan harga roti tersebut bagi menampung kosnya yang semakin meningkat. Persoalannya, adakah mereka tahu pengguna sekarang 'terlalu' dibebankan dengan kenaikan harga barang yang terlalu 'tinggi' pada pandangan aku. Itu belum masuk lagi harga minyak RON 95 yang mungkin akan naik pada bila-bila masa, susu, gula dan sebagainya.
Aku tertarik apabila menonton Berita TV9 semalam. Petronas Dagangan mengumumkan keuntungan sebelum cukai yang mereka perolehi adalh melebihi 90 billion ringgit. Pada fikiran aku itu keuntungan yang diperolehi ketika harga minyak masih pada harga sekarang. Sekiranya kerajaan bersetuju untuk mengurangkan lagi subsidi minyak maka keuntungan PDB mestilah berlipat kali ganda lagi. Akhirnya rakyat juga yang terpaksa menanggung bebanan 'azab' ekoran dari kenaikan harga barang tersebut.
Dalam akhbar dua tiga hari lepas, aku ada terbaca Astro akan menyusun semula pakej bulanannya dan akan berlaku peningkatan sebanyak RM 1 hingga RM 15 bagi setiap pelanggannya. Kalau tak silap aku 'bebaru' ni pun ada kenaikan jugak pada bil Astro tapi disebabkan caj cukai perkhidmatan yang naik kepada 6 %. Aku dok nampak, bila kenaikan terlalu banyak, ramai yang akan 'potong' servis televisyen satelit ni. Waktu tu kita akan nampak banyak taman perumahan yang selama ni banyak 'piring-piring' satelit mungkin akan digantikan dengan antena-antena TV1, TV2 dan TV3 macam dulu-dulu kala. Bagus jugakla. Support balik industri televisyen tempatan yang boleh ditonton secara percuma dari terjerat daripada menbayar bil Astro yang terlalu membebankan pengguna
Akhir sekali aku tertarik dengan dasar baru kerajaan yang ingin menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi suatu hari nanti. Tapi aku rasa lebih menarik jika rakyat Malaysia sendiri terpaksa kembali menonton TV tanpa Astro sambil minum air kosong dan makan biskut kering. Betul tak?......

No comments:
Post a Comment