Saturday, March 5, 2011

Perodua Kancil Man

Dah hampir sebulan rasanya aku tak update blog aku sejak last entri aku "Kisah Ikan Darat". Bukannya takdak input untuk aku masukkan ke dalam entri aku ni, cuma aku ja diselubungi oleh rasa malas sedangkan kepala otak aku ni banyak menghasilkan idea-idea yang sempoi untuk aku masukkan ke dalam entri blog aku. Kalau dah malas tu kira habis meter la jawabnya. Hahahaha.

Ok kali ni aku nak story sikit pasai kereta keluaran Perodua yang pertama. Perodua Kancil. Mula dikeluarkan di Malaysia sejak 1994. Model kompak ini pada mulanya mendapat pelbagai reaksi dari pelbagai lapisan masyarakat. Tapi aku rasa idea Tun Dr.M untuk keluarkan model ni pada masa tu memang bijak. Beliau yang dikenali sebagai seorang tokoh yang mengamalkan Dasar Pandang Ke Timur telah melihat sesuatu bidang 10 tahun terkehadapan. Hasilnya lihatlah sekarang, negara kita banyak dibanjiri dengan model-model kompak berkenaan.

Dulu orang kata, Perodua Kancil ni ialah hanya kenderaan untuk orang perempuan. Sesuai untuk ke pasarlah, sesuai untuk hantar anak pi sekolah lah, sapa kata macam tu? Cuba kita lihat sekarang, di pentas track, Perodua Kancil lebih menyengat daripada model-model yang sedia ada dan lebih tersohor namanya dengan hanya sedikit sentuhan pada enjinnya. 

Selain memiliki rupa bentuk yang comel (pada aku la...tu pendapat peribadi aku) ia juga merupakan kenderaan yang praktikal dan ekonomik. Kalau ruang parking yang sempit-sempit, celah gigi ja untuk Perodua Kancil ni. Sesiapa yang pernah memiliki model ini akan lebih mengetahui kelebihan dia. Tambahan pulak buat masa sekarang ni, kedai-kedai halfcut banyak dibanjiri dengan spare part original Daihatsu dari Jepun, maka ramailah 'pencipta-pencipta kreatif lagi inovatif' mencampur adukkan barang-barang tersebut ke dalam Perodua Kancil diorang termasuklah aku. Hehehehehe.

Kebanjiran halfcut daripada model-model L2, L2s, L502, L512 dan bermacam-macam lagi semuanya ibarat memberikan suntikan dorongan kepada pemilik-pemilik Perodua Kancil tempatan untuk menukar wajah Perodua Kancil masing-masing ibarat model Daihatsu dari Jepun. Tambahan pula model Perodua Kancil sememangnya dibangunkan berasaskan model-model dari Jepun itu.

Ok sebenarnya pada entri kali ini aku cuma nak highlightkan modifikasi sebuah Perodua Kancil milik member aku ja yang mahu dikenali sebagai Man. Perodua Kancil last model ni memang diberikan sentuhan yang amat dasyat sekali (pada aku la...). Pada individu yang selalu dok main part-part Kancil, diorang tahu la betapa siksanya harga part-part tersebut 'dimainkan' di pasaran half cut tempatan. 

Nampak ganazz dengan intercooler besar di sebelah hadapan

Perodua Kancil milik Man ini telah diberikan sentuhan warna kuning ada sparkle. Sparkle ni maksudnya ada kelip-kelip la bila Kancil ni dijemur di bawah sinaran matahari. Sewaktu aku pi tengok proses mengecat Kancil milik Man ni bersama Mat Krie, memang aku teruja abisla tengok warna yang diberikan pada body Kancil tersebut. Walaupun si Man ni dah masukkan bermacam-macam warna pada body Kancilnya ternyata warna kuning ni lebih menyerlahkan ketrampilan Kancil milik Man ni.

Sunroof milik Honda telah dikahwin kacukan ke dalam Kancil milik Man ni

Bahagian dalam pemasangan sunroof ini begitu kemas sekali

Apa yang menarik pada Kancil milik Man ini ialah sunroof daripada model Honda telah dikacukkan  pada bumbung Kancil tersebut. Memang marvellous! Sehingga tidak tercapai akalku. Selalunya model-model Perodua Kancil ni menggunakan moonroof daripada model-model L2s keluaran Daihatsu Jepun, tapi kali ni Man dengan jayanya berjaya menggunakan sunroof daripada Honda bagi memantapkan lagi ketrampilan Kancil miliknya. Kepada Man selamat maju jaya dalam menjadikan Kancilnya ranggi dan power. Aku sokong hang selalu Man....hidup kompak....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...