Sunday, October 3, 2010

An Evening In Kuala Perlis

Sepagi hari ni aku lena
start lepas Subuh sampai jam 3 petang
nasib baik Zohor tak lajak
motogp kat Montegi pun aku terlepas tengok
tak tau sapa menang

Petang
pi bayaq bil Astro dan installment keta
pastu lajak pi kola perelih
saja boring-boring
layan sotong goreng tepung kat medan selera tepi laut
berdepan dengan Hotel Putra Brasmana

Medan selera tepi laut Kuala Perlis

Sampai ja aku order sotong goreng tepung dan ais kacang
dah lama dah tak layan ais kacang
sekali sekala pekena menarik gak ni
dari port aku duduk
boleh nampak Ocean Glow

Ocean Glow ni tempat function untuk Hotel Putra Brasmana
kalau ada dinner ka, annual party ka...kat sinilah tempat dia
tapi apa-apa pun kena contact management Hotel Putra Brasmana dulu la
untuk maklumat lanjut

Ni la rupanya Ocean Glow tu...kalau waktu malam nampak cantik

Dari tempat aku duduk tu gak
boleh tengok matahari terbenam perlahan-lahan di sebalik Pulau Langkawi
memang tak jauh sebenaqnya Langkawi dengan Kuala Perlis
tapi disebabkan laut...kena naik feri la
memang layan...sambil hirup ais kacang
dan kunyah sotong goreng tepung
sambil tengok matahari terbenam di sebalik awan
kebetulan pulak...petang ni cuaca baik
memang sempoi

Matahari terbenam di sebalik Pulau Langkawi

Sayup-sayup dengaq suara azan Maghrib dah berkumandang
lepas settlekan bayaran
aku pun blah balik umah
.........

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...