Letih. Itu adalah perasaan yang aku alami sekarang. Sebab? Adalah sebab futsal petang tadi yang dah hampir seminggu tak main. Walaupun hanya tempoh seminggu tak main, tapi bila start balik, ia ibarat enjin diesel yang baru mula nak bergerak. Aduss, terasa sengal-sengal hingga ke tulang.
Aktiviti yang kekerapannya dua kali seminggu ni terhenti disebabkan banyak korum tidak dapat menghadirkan diri. Almaklumlah cuti sekolah minggu lepas. Ada yang balik kampung, ada yang pi makan angin, ada yang saudara mara dari jauh datang menziarah dan ada yang kena hantar pi kursus!
Apa pun game petang tadi amat menarik, apa yang membuatkan aku tertarik adalah tentang kehadiran jiran yang hampir sebelah menyebelah datang sekali untuk bermain dengan berkongsi kereta. Sebelum-sebelum ini kedua dua korum yang tinggal berjiran tu tak pernah pun datang sekali, masing-masing hanya menaiki kenderaan sendiri walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Tetapi pada petang tadi, keadaan sebaliknya telah berlaku. Mimpi apa pun tak tau, sehingga keadaan tersebut berlaku. Bak kata pepatah, JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT. Hahahaha
Port game kami petang tadi, seperti biasa, D Futsal, Batu 2, Jalan Kaki Bukit. Walaupun hujan mencurah-curah ke bumi, game tetap dijalankan atas arahan kapten. Selain tu, kami gak ambil kesempatan ni untuk training sempena Sukan Zon Utara yang dengar cerita tu akan di adakan di Lumut, Perak. Di kesempatan inilah yang kami ada untuk memantapkan pasukan futsal ni untuk mengharungi cabaran di sana nanti.
Selain itu, kehadiran bapa kepada dua orang anak juga telah menarik perhatian aku. Agak lama beliau menyepikan diri dari pasukan futsal kami ni. Alasannya kena mengasuh anak kedua beliau yang baru lahir pada waktu petang di rumah beliau. Bak kata orang Perlis "Tak Dan". Apa pun kedatangan bapa mithali ini untuk bermain bersama sentiasa dialu-alukan. Nampaknya ada sedikit penurunan berat dan saiz, bapa kepada dua orang anak ni. Hehehe
Last, sebelum balik dikala laungan azan Maghrib telah kedengaran di udara, kami sempat minum bersama-sama di kedai makan di dalam kawasan kompleks futsal tersebut. Aku berharap, game dapat diteruskan dengan lebih kerap sebelum Sukan Zon Utara diadakan bagi memantapkan lagi kualiti permainan team kami. "Biaq tak juara, tapi main cantekkkkkkk"
D Futsal Centre, kompleks futsal terbaik di Perlis |
Keadaan kompleks futsal D Futsal Centre |
No comments:
Post a Comment