Pagi Ahad yang sunyi, keadaan biasa yang aku lalui kalau kat tempat aku nih. Mana daknya, ramai lagi kot dok 'membuta' kat rumah atau masih belum keluar rumah untuk buat rutin harian macam pi beli ikan ka...pi beli surat khabaq ka...atau lain-lain lagi la. Aku dah takdak apa membuat dok melilau sorang-sorang aku dalam pekan Kangaq yang permai ni dengan Moderno aku. Abih dah tak tau nak buat apa, aku pun telefon Krie. Cadangnya nak pi lepak kat kedai runcit dia di Arau nun...
Krie bagitau kat aku dia tak bukak kedai hari ni. Pembantu kedai dia cuti, so dia dok ada di rumah dia di Kerpan sekarang sambil dok bikin clutch kat Kancil Ceria kaler pink milik Lek. Krie kata kalau hang rajin mai la. Hmmm, memang aku dok tengah rajin time tu, dah takdak apa nak membuat, so apa lagi, vrooommmm aku cacak pi rumah Mat Krie yang makan masa hampir 30 minit dari Kangaq.
Sampai ja kat laman rumah Mat Krie, aku tengok Kancil Ceria milik Lek dah tengah jack up dah. Masa aku sampai, Mat Krie baru abih pasang clutch plate baru kat Kancil Ceria tu. Aku pun tak tau pasai apa orang panggil kat Kancil model lampu bulat ni dengan nama Kancil Ceria, nampak ceria sangat ka? ataupun kaler Kancil Ceria milik Lek ni yang membuatkan Kancil tu nampak ceria...pening aku....
Nampak ceria ka lagu ni, ganas lagi ada la dengan intercooler besar |
Ok, kita straight to the point, sebanaqnya kedatangan aku kat rumah Mat Krie ni nak tahu nadi jenis apa yang Lek pakai kat Kancil dia. Selalu aku cuma tengok kot luaq saja, tapi kali ni aku berpeluang tengok bahagian depan dia terbarai. Bukan apa, waktu Lek dok ada aku segan sket nak mintak ruang untuk 'menyiasat' kancil dia. Hehehehe.
Ok yang besaq sekali tu kat depan tu orang panggil intercooler. Lek pakai dari jenis JASMA. Memang nampak garang kalau Kancil pakau intercooler besaq. Nak tau pasai apa? Sebab kereta Kancil ni kan saiz dia comel, kalau pakai 'barang' besaq nampak sket keganasannya tu.
Nadi penggerak Kancil ni telah diambil dari model L6. Mat Krie habaq mai kat aku L6 ni orang pakai kat Perodua Kelisa, kalau sapa-sapa kaki convert la...aku tak tau pun sebab aku ni kan budak baru belajaq, so kalau ada otai-otai kei car baca blog aku nih boleh la tegoq apa yang patut. Tapi betoi la kot...tak kan la Mat Krie nak 'kencing' member dia yang sorang ni....hehehehe
Ni dia enjin L6 yang jadi penggerak utama pada kancil ni... |
Seperti biasa, Kancil Ceria ni dah dilepa dengan warna terang lagi ranggi oleh Lek. Kaler pilihan Lek ialah pink metallic. Dari jauh dah nampak keceriaan pada Kancil ni. Bagi aku minat pada warna ni adalah dalam 50%. Kira ok la. Itu pilihan masing-masing yang ampunya. Kehadiran fuel regulator dari jenama TOMEI telah menambahkan lagi performance nadi L6 ni untuk meluncur laju di atas highway Kuala Perlis Changloon. Ehh apa daa aku merepek ni....meluncur laju di atas jalan raya dah ler....hehehe.
Fuel regulator ni fungsinya untuk melancarkan pancitan bahan api ke dalam blok. Itu jer yang aku faham. Dalam bahasa mudah. Sat lagi kalau aku bubuh dalam bahasa teknikal kot payah. Semua orang akan ajdi tak faham termasuklah aku...hehehe
Tu dia fuel regulator dari jenama TOMEI....TOMEI ker dia? |
Macam biasa, Lek juga tidak ketinggalan memasukkan moon roof pada bahagian bumbungnya. Sama macam Man, pemilik Kancil kaler kuning yang aku review dulu. Depa dua ni memang best friend. Tapi last-last Man convert pakai sun roof dulu, tapi aku rasa pasni Lek pun akan menurut langkah yang sama macam man...hahaha....betoi dak Lek?
Moon roof yang Lek apakai kat Kancil Ceria dia |
Pandangan nadi L6 dari tepi fender Kancil Lek |
Selain itu, memang dah jadi trend pemilik-pemilik kancil tuned untuk memasang sepasang side mirror auto flip kat tepi bahagian Kancil diorang. Tidak ketinggalan juga dengan Lek. Sepasang auto flip side mirror dah terjojol di sebelah kiri dan kanan dan tertera lambang 'D' Daihatsu Toriyama. Mat Krie kata barang-barang ori Jepun untuk Daihatsu semuanya dibuat oleh syarikat ni la....betoi ker ni?....hehehe
Cuba tengok betul-betul, ada kan lambang 'D' tu....siap tulih Toriyama lagi...tulisan Jepun tu aku taktau apa maknanya |
Tapi apa yang menarik perhatian aku ialah tudung tiub yang digunakan oleh Lek pada bahagian rim Kancilnya. Ada lambang 'Bridgestone' beb. Ni kira barang rare ni. Susah nak jumpa tudung tiub macam ni. Tang mana la mamat ni rembat agaknya, pasni aku pun nak kena pi cari jugak la.....
Pandangan belakang Kancil lek bersama kepala Mat Krie yang diinterframekan dalam ni |
No comments:
Post a Comment