Tuesday, March 29, 2011

Spiderman Perancis Akhirnya Berjaya Menawan Burj Al Khalifa

Akhirnya, Alain Robert atau lebih dikenali sebagai French Spiderman telah berjaya menakluk bangunan tertinggi di dunia iaitu Burj Al Khalifa semalam. Robert telah mengambil masa selama enam jam bagi memanjat ketinggian 828 meter untuk menawan puncak bangunan tertinggi di dunia itu.

Robert telah memulakan panjatannya pada jam 6 petang (waktu tempatan) dan tiba di puncak Burj Al Khalifa sejurus selepas tengah malam sambil diperhatikan oleh ribuan penonton yang hadir untuk melihatnya menawan puncak tertinggi bangunan tersebut.

Robert yang sebelum ini memanjat tanpa menggunakan bantuan alat-alat keselamatan, bagaimanapun telah bersetuju untuk menggunakan alat-alat keselamatan tersebut seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Panjatan Robert sepatutnya bermula pada jam 4.30 petang terpaksa ditunda berikutan angin kencang yang bertiup di sekitar kawasan Burj Al Khalifa.


Alain Robert yang dikenali sebagai French Spiderman


Burj Al Khalifa merupakan bangunan terkini yang telah berjaya ditawan Robert. Sebelum ini Robert telah berjaya menawan lebih kurang 100 buah bangunan pencakar langit di seluruh dunia termasuklah Menara Eiffel, Sydney Opera House dan Taipei 101. Robert pernah ditahan Polis Di Raja Malaysia kerana cubaannya menceroboh dan memanjat Menara Berkembar Petronas pada tahun 1997. Sejak dari itu, Robert telah berjaya menawan Menara Wilis di Chicago, One Canada Square di London dan dia juga diharamkan masuk ke China kerana cubaannya untuk memanjat Bangunan Jin Mao di Shanghai.

Burj Al Khalifa, berjaya ditawan oleh French Spiderman

Robert adalah individu yang tidak asing lagi di Abu Dhabi, UAE. Ini adalah kerana pada tahun 2003, dia telah melakukan panjatan pada National Bank of Abu Dhabi yang tingginya 200 meter sambil diperhatikan oleh 100, 000 penonton. Di samping itu juga, dia pernah menawan Bangunan Etisalat dan Bangunan Ibupejabat ADIA di Abu Dhabi.




 
Terima kasih kepada Encik Google for the picture...hehehehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...