Showing posts with label moderno. Show all posts
Showing posts with label moderno. Show all posts

Sunday, May 8, 2011

Sweetheart Oh Sweetheart Episode 7 : New Engine Run Off


Dah lepas test PUSPAKOM, geran pun dah dapat. Geran baru lagi siott. Cetak nama aku lagi sebagai owner  kat bahagian depan geran tu. Fuh! Mantop seh! Aku pederas enjin baru tu tak ingat kot dalam Pekan Kangaq ni. Kecesssss sana....kecesss sini...pi kedai dekat rumah pun dah tak naik scoot lagi dah...naik Moderno ke mana-mana...hehehe...tengah dok gila blow off...hahahaha...macam 'ciwi' la pulok...

Lepas dok puaih keces-keces dalam Kangaq aku plan nak try drive enjin ni long distance. Aku ada plan nak pi Pulau Sayak weekend ni. Korang tau ka kat mana Pulau Sayak? Aku pun tak pernah sampai, tapi menurut info yang aku dapat, Pulau Sayak ni adalah sebuah perkampungan nelayan kat daerah Kuala Muda, Kedah. Adala lebih kurang dekat 200km lebih dari rumah aku. Matlamat aku nak test ketahanan enjin 'baru' ni. Asyik dok main 'short distance' ja. So kita tak tau apa masalah dia nanti...

At last aku sampai Pulau Sayak. Dah hampir jam 12 tengah hari. Aku pederas kot Jalan Yan. 130 km sejam takder masalah untuk enjin baru tu. Aku dok follow Proton Persona, sesekali aku try potong dan kecesss dia sket. Saja ja kasi 'bakar'. Kalau Proton Persona tu tekan sket memang sah-sah dia leh tinggalkan aku, tapi harus diingat dia tak boleh kecesss.....hehehe

Aku isi minyak kat Petronas Jalan Kuala Kedah. RM 17.00 jer dah full tank...sebab still ada baki lagi minyak dalam tank Moderno aku. Saja isi kasi penuh sebab senang nak 'terus' jer. Bila dah sampai Pulau Sayak, dok nampak lambaian Penang je sayup-sayup dari pantai Pulau Sayak. Apa lagi alang-alang menyeluk pekasam, aku pun cargas ikut Jalan Penaga sampai ke Penang. Sampai Penang, ronda-ronda sket last sekali aku isi minyak kat Petronas Jalan Masjid Negeri. RM 20.70 dah full tank.

Aku cargas balik ke Perlis melalui highway dengan purata kelajuan 100 km/j. Keluar ikut Plaza Tol Aloq Staq (U) dan balik Kangaq ikut jalan lama. Total semua RM37.70 untuk minyak bagi perjalanan 3++ kilometer....fuhhhh....jimat-jimat...enjin baru ni....Ini mungkin disebabkan faktor turbin standart yang aku pakai sama kot...kalau tubin lama aku tak dapat FC macam tu....mau lebih lagi....parokkkk aku...hehehehe

Itulah ceritanya untuk enjin 'baru' aku tu. Ujian pertama dah lepas. Nanti kalau diizinkan aku nak try eksperimen naik bukit pulok. Plan seterusnya.....Cameron Highland.....tungguuuuuuu......

Tuesday, May 3, 2011

Sweetheart Oh Sweetheart Episode 6 : PUSPAKOM Test


Seperti yang aku janjikan, entri pi 'test' Moderno aku kat PUSPAKOM pada 26 April 2011. Untuk kali pertama aku buat kerja ni. memang sebelum-sebelum ni aku takdak experience langsung. Orang kata pi cuba dan belajar macam mana cara orang nak 'endorse' enjin. Bukan takmau pakai 'runner'. pakai 'runner' memang senang, tapi belajar sendiri lagi seronok. kalau orang nak 'cing' pun kita dah tau, sebab ada experience la katakan...macam ayat Mat Krie masa keluar dari PUSPAKOM ja.

Test PUSPAKOM benda-benda ni kena ada dan kena buat :-

Moderno aku masuk test
    • Surat Kastam (Custom Form) - Kastam No.1 Pin. 9/2002 (surat ni dapat sekali masa pi beli enjin).
    • Surat Pengesahan Dari Pengimport (surat ni pun dapat sekali masa pi beli enjin kereta).
    • Bayaran RM 25.00 untuk test dan keluarkan Laporan Pemeriksaan Kenderaan (VR1).
    • Bayaran RM 35.00 untuk dapatkan Laporan Pemeriksaan Khas (report ni keluar kalau kenderaan korang dah lulus dengan 'jayanya') (Laporan B2).
    • Lepas semua perkara di atas abis, kena pi 'kensel' no enjin lama dan tukaq dengan hok baru kat insurans. Bayaran RM 10.00
    • Kalau kereta ada finance lagi, kena minta surat kebenaran dari bank.



    • Abang PUSPAKOM tengah dok buat test
    • Pastu bawa semua 'benda alah' ni pi jumpa abang JPJ untuk 'kensel' no enjin di geran.
Mudah kan. Baru spend RM 70.00 campur makan dan minum abis lah RM 100.00. Kalau kasik kat 'runner' mau dia tibai paling-paling koman pun RM 300.00. Untung RM 200.00 buta ja. Hehehe. Kalau camni pasni aku leh jadi 'runner' la nampak gayanya. Hehehe. Tapi aritu aku masuk test dua hari. hari pertama aku sangkut  'bodypart' sebab aku terus masuk test pakai bodypart Moderno. Almaklumlah takdak experience. Nasib baik brader PUSPAKOM tu suruh aku balik tukaq pakai bodykit standart. Kalau masuk sekali lagi lorong test tu kena bayaq lagi katanya. Terima kasihlah abang PUSPAKOM. Kalau tak 'melayang' lagi duit aku. Aku nak belanja abang PUSPAKOM tu minum, takut orang kata aku bagi rasuah pulak. Apa pun hanya Allah la yang balas kebaikan dia pada aku.


Test dia yang aku dok perati, dia tengok penyambungan badann kereta sama ada kereta 'jahit' atau tak. Dia test fizikal macam lampu signal, wiper dan lampu brake. Dia check no chasis dan no enjin. Pastu dia test lampu headlight dan yang paling berdebar-debar ialah test brake. Tang ni yang selalu orang gagal. Tambahan lak kalau pakai brake disc belakang modified. Huhuhu. Nasib baik aku lepas. Mengkalu dak, aku tengok Mat Krie, Mat Krie tengok aku. Sebab dia yang install dan bleeding brake aku. Kira 'berjaya' jugak la mamat ni. Hehehe. Apapun bila mai tang last sekali, berita sedih buat aku dan Mat Krie. Abang tu suruh balik tukaq bodypart standart. Dengan perasaan hampa aku dan Mat Krie pun balik untuk hari pertama dan memandangkan ada lagi kerja tambahan besok untuk tukaq bodypart standart kat Moderno aku. Tapi macam Mat Krie kata, akan aku ingat sampai bila-bila, "Depa tak salah, kita yang salah" hehehehe.

Moderno aku dah jadi standart 850. PUSPAKOM punya pasal.
At last, jeng...jeng....jeng. Moderno 850. Bodypart Kancil Mat Krie jadi mangsa aku. Hehehehe. Akhirnya LULUS juga kereta aku.....yeaaaaa.....

Sunday, April 24, 2011

Sweetheart Oh Sweetheart Episode 5 : The Last Touch Up

Mat Krie tengah dok buat last checking pada part-part yang tak berfungsi
Dah hampir seminggu dah 'nadi baru' tersisip rapi dalam ruang enjin Moderno aku. Bermakna dah hampir ' seminggu jugak la aku dok 'test run' enjin baru tu kat atas jalanraya. Walaupun enjin 'lantai' namun ia tidak mengecewakan aku. Thanks to "Rasputin" a.k.a Mat Krie, sebab bagi sentuhan yang 'superb' pada kereta kesayangan aku, walaupun pada mulanya aku agak was-was sama ada projek kali ni menjadi atau tak. Hasilnya memang 'bombastic'.

Kerja-kerja 'bleeding' sedang dilakukan
Semalam, aku dok bertapa kat workshop Mat Krie hampir suku hari. Tujuannya untuk last touch up dan check balik apa-apa yang patut sebelum nak masuk test PUSPAKOM untuk kerja-kerja 'mengendorse'kannya. Antara bahagian yang Mat Krie bagi tumpuan utama ialah bahagian brek. Mat Krie dah buat 'bleeding' balik kedua-dua brek disc depan dan belakang. Semuanya dah ok. Cuma kekadang lampu brake Moderno aku menyala dan lambat padam. Kena tekan padel sket baru lampu brek belakang akan padam semula. Ada 'readers' yang tahu apa yang perlu aku buat untuk atasi masalah tu? Kalau ada leave kat ruangan komen. Setiap komen anda amat dialu-alukan.

Kalau takdak aral melintang 26 April 2011 aku akan hantar Moderno aku untuk 'test'di PUSPAKOM. Kemudian Moderno aku akan 'halal' di atas jalanraya. Nanti aku try create entri keadaan Moderno aku masuk test. Apapun selama seminggu aku test run hasilnya memang superb....waduh...waduh...


Thursday, April 21, 2011

Sweetheart Oh Sweetheart Episode 4 : The New Engine

Nadi baru pilihan aku dari jenis L2s jugak
Sweetheart aku dah siap dipasang dengan 'nadi' baru lepas kejadian enjin lama aku tenggelam dalam ayaq bah baru-baru ni. Enjin lantai pulak jadi taruhan aku kali ni. Nampak macam takdak masalah la setakat ni. Enjin lantai pun lantailah. Tapi betapa sayangnya aku pada enjin lama hanya sweetheart aku saja yang mengetahui.



Gambaran keseluruhan 'nadi' baru sweetheart aku yang telah siap dipasang oleh Mat Krie
Kalau takdak apa-apa halangan lepas sesi 'berpantang'ni boleh la bawa sweetheart aku 'check perut' kat PUSPAKOM. Hehehe. Bunyi macam pregnant pulak. PUSPAKOM kena pi la beb sebab no enjin dah bertukar. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Aku dah tak mau pening-pening dah. 'Berabih' banyak dah aku kat sweetheart aku ni.



Life in Black & White

Saturday, April 9, 2011

Sweetheart oh Sweetheart Episode 3 : After Banjir

Disebabkan kereta kesayangan aku 'shut down' depan Hospital Tuanku Fauziah banjir bebaru ni....

Enjin L2s RS aku dah jadi kolam takungan air

Batang dekat tepet ada 'crack' sket

"Moderno" aku bersama 'nadi' penggeraknya kat sebelah tepi...huhuhu
La 'Moderno' aku dok tersadai kat umah Mat Krie. Jawapannya kena masukkan nadi baru. Tengah tunggu quatation dari Mat Krie ari Isnin ni. Duit, duit, di mana kau duit. Huhuhuhu. Lagu sedih lepas banjir.

Sunday, October 17, 2010

Sweetheart oh Sweetheart Episode 2 : Story of Exhaust System

Semalam aku pi kat Abang Im
pomen aku yang paling sempoi...merangkap 'otai' lama bab-bab kereta
tujuan aku satu ja...nak amik khidmat nasihat dari Abang Im
nak setting sistem ekzos sweetheart aku

Sebenaqnya dah lama dah sweetheart aku dok kat Abang Im
ada benda yang Abang Im 'bikin' sket pada nadi sweetheart aku tu
bukan apa...nak kasi 'sedap' bila memandu ja...

Lepas aku dok sembang-sembang dengan Abang Im pasal ekzos tu
teruih Abang Im ajak aku pi kedai ekzos kawan dia
tak jauh dari bengkel Abang Im...aku pandu sweetheart aku follow Vitara Abang Im

Sampai ja kat kedai ekzos kawan Abang Im
depa teruih lift up sweetheart aku
dapatla aku tengok downside sistem ekzos sweetheart aku tu
dan...sempat gak aku interframe sistem ekzos sweetheart aku dari bawah

Sweetheart dilift up sambil diperhatikan oleh Abang Im dan tukang ekzos

Sistem asal ekzos aku sebelum ditambah flexible dan tabung uji hehehe

Selepas sweetheart dilift up...Abang Im suruh tukang ekzos tu pasang flexible dan "tabung uji"
aku tak berapa tau sangat tang mana tempat sesuai untuk pasang "tabung uji" tu
jadi...aku serahkanlah kepada yang pakar untuk tentukan di mana kedudukan yang sesuai
selepas berbincang dan bersetuju...tukang ekzos tu pun menjalankan kerja-kerjanya

Mula-mula sekali aku perati...tukang ekzos tu dok pasang flexible lepas daripada downpipe
lama gak kerja-kerja pemasangan dia...sebab kena buka bumper depan sweetheart aku
tapi apa yang aku perati...tukang ekzos ni buat kerja penuh cermat dan hati-hati
excellent la...

Kerja-kerja welding tapak flexible sebelum ia diskrukan pada batang ekzos

Setelah kerja pemasangan flexible selesai...tukang ekzos buat kerja pasang "tabung uji" pulak
mula-mula dia canai dulu kedua-dua mulut "tabung uji"
tujuan dia nak bagi lead welding lekat kat dua-dua belah hujung "tabung uji"
pastu baru dia pi ukoq tang mana dia nak welding "tabung uji" tu pada batang ekzos
bila selesai ukoq...baru dia potong batang ekzos guna welding gak

Tukang ekszos dok potong batang ekzos guna welding

"Tabung Uji" dipasang pada sistem ekzos

Selepas batang ekzos dipotong...barulah "tabung uji" diletakkan di kawasan yang telah ditetapkan
aku tengok...ngam-ngam ja "tabung uji" tu masuk...perghh memang cekap la tukang ekzos ni
bila dah masuk elok-elok...barulah "tabung uji" tu diweldingkan pada batang ekzos
maka selesai lah kerja-kerja pemasangan flexible dan "tabung uji"

Lepas abis tu...tukang ekzos pun start enjin sweetheart aku...
merdu ja bunyi yang terhasil dari sistem ekzos tu...aku pun tersenyum
bukan apa...tersenyum sebab berapa RM nak kena...hehehe
tapi Abang Im bawa masuk dalam akaun dia dulu...nanti lump sump sekali
dengan kerja-kerja yang telah dia buat kat sweetheart aku
senang cerita

Ada satu benda yang menarik perhatian aku masa kat kedai ekzos ni
go kart handmate tukang ekzos ni sendiri
aku sempat interframe go kart tu....hehehe

Memang kreatif dan inovatif tukang ekzos ni

Patut la Abang Im terketaq-ketaq nak buat projek buggy car
dalam entry aku bertajuk Pajero Tergantung ada cerita pasal tu...
rupanya-rupanya dia dah tengok prototype kat kedai ekzos ni
memang aku salute tukang ekzos ni...sebab ada something dia produce
dari bahan-bahan terbuang...keep it up!

Lepas aku cakap dengan Abang Im...aku terus balik
dan seperti biasa bawa sweetheart aku pi mandi
hehehehehe

Basuh dan siap vacuum dalam lagi...hehehehe

Friday, August 13, 2010

Sweetheart Oh Sweetheart

"Sweetheart Oh Sweetheart! Kenapa la aku tak dapat 'tuned' engkau seperti yang dikehendaki. Oh sweetheart! Tak mengape, akan ku tunggu walaupun seribu tahun lagi. Agar terbuka limpa dan jantungmu untuk memberi 'boost' yang terbaik untuk ku terbang bersamamu. Berbagai adunan dan ramuan telah kuberikan pada mu wahai sweetheart ku, agar kau nampak anggun dan bergaya dan semoga kita akan terus kekal bersama. Demi mu wahai sweetheartku, berapa buah kedai halfcut pun sanggup aku redahi untuk mendapatkan apa yang kau idamkan."

Sembuhlah secepat mungkin wahai sweetheart ku


13 Ogos 2010

"Aku pi workshop pulak. Tengok sweetheart aku. Apa progress? Sebab hari sebelum tu aku dah hantar manifold yang baru siap di welding. Terima kasih Encik Ciko, di atas kerja kemas yang telah anda laksanakan ke atas manifold hak milik aku. Aku puas hati setakat la ni. Tapi, performancenya aku tak tau lagi la. Sebab tak test lagi. Satu lagi, aku nak bagi kredit la kat Mr Krie MMC dan Mr Qayyum (End Red Autopart) sebab banyak membantu aku dalam mencari barang-barang yang agak susah nak dapat kat kedai spare part biasa. Aku pun dah hampir naik pening kepala dah nak cari. Bila contact hamba Allah dua orang ni nasib baik dia orang cakap spare part tu ada. Phhewww! selamat sweetheart aku dan satu lagi selamat duit aku jugak. Hahaha. Semalam masa aku pi workshop, pomen tu dan pasang dah manifold dan turbin kesayangan aku tu. Cuma apa yang aku risau ayat dia. Dia kata valve seal yang baru aku pasang tu maybe tak tahan lama. Sebab minyak hasil daripada kebocoran turbo aku yang dulu-dulu ada memberi kesan kepada valve seal baru aku tu. Bila aku pikiaq balik, maybe kot atau dia ni nak kelentong aku. (Apa pandangan para expertise turbo kei car? Leh bagi pandangan anda?) Ahhh, apa pun biarkan dulu, esok-esok kalau rosak, kita pikiaq cara lain pulak. Yang penting pomen tu kata petang ni (14hb Ogos 2010) sweetheart aku dah boleh discharge! (Kalau sempat aku update nanti) Yiehaaa. Pastu, kalau sempat, aku nak bawa pi kat Ciko sat, tengok sama ada 'sarung nangka' boleh dipasang atau tak? Lokasi seterusnya ialah Lebuhraya Kuala Perlis - Changloon lepas terawih untuk tengok performance terkini....hehehehehe"

14 Ogos 2010


"Tengah hari tu, cepat-cepat aku terus pi kat bengkel pomen aku. Tujuan nak tengok apa dah progress kat sweetheart aku tu. Janjinya hari ni leh discharge dah. Bila ja aku sampai, aku tengok keadaannya dah hampir 90%. Tapi pomen tu buat pening pulak, katanya paip getah dari kotak angin untuk disambungkan ke turbin saiz dia tak cukup besar. Aku saja jer nak perati gelagat pomen aku tu. Dia ni reti ker tak reti. Sebenarnya aku dah dapat dua jenis paip. Satu dari jenis L2s dan satu lagi dari jenis L7. Paip lama yang aku pakai tu sebenarnye hanya terkopek pada mulutnya sahaja. Memang secara logiknya dah tak bleh pakai dah pun. Angin untuk masuk ke turbin akan kurang. Aku jer malas nak cari lain. Kali ni bile dah bukak bumper depan, secara tak langsung aku tukar teruslah. So, aku buat rileks. Aku cakap kat pomen tuh, nanti jap aku balik ambik satu lagi, maksudnye yang L7 punyalah. Dipendekkan cerita, aku pun gi antar kat dia. Dengan semangat yang berkobar-kobar, agar sweetheart aku dapat discharge petang ni. Dah hantar dia tak bleh buat jugak. Dasar pomen pemalas. Aku 'hangin' dah. At last, aku amik spanar dan aku pasang sendiri. Pastu aku tunjuk kat dia. Ini kicik punya hal pun dia tak leh setle. Dia senyap jer. Kekadang ni dia kena ajar camtu jer. Saja dia buat bodoh, 'kena' kat dia. Dah selesai terus aku tanya berapa semua? Dia pun cakap. Aku bayar dan aku blah balik simpan sweetheart aku"

Lepas discharge, aku bawa sweetheart aku mandi spa...hahaha...lulur susu sebelum nak 'test'


15 Ogos 2010

"Arini aku bawa sweetheart aku pi market sahaja. Pi beli ikan pagi-pagi lagi. Pastu balik, aku terus simpan sweetheart aku kat bilik tidur dia. Semoga dia selamat hendaknya.....amin"


Ni dia rupa sweetheart aku kat bilik tidoq dia





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...