Showing posts with label my activities. Show all posts
Showing posts with label my activities. Show all posts

Saturday, May 14, 2011

Masjid Al Bukhari, Alor Setar

Semalam aku turun Alor Setar. Aku berkesempatan singgah kat Masjid Al Bukhari. Terletak kat Jalan Langgar, berhampiran dengan Pasaraya Giant, Alor Setar. Dengar cerita pembinaan masjid ini adalah dana dari seorang usahawan bumiputera yang berjaya. Alhamdulillah. Rasanya ada di antara pembaca kenal kot usahawan tersebut. Tak payahla nak mention kat sini. Sebelum-sebelum ni pun aku selalu singgah solat jugak kat masjid ni. Aku suka dengan suasana kat masjid ni. Cuma untuk sebelum-sebelum ni, aku jarang bawa kamera sekali. Dikesempatan ni, aku snap beberapa pic bersama kamera murahan aku tu.





Friday, May 6, 2011

An Evening At Tennis Court

Entri kali ni aku try guna konsep 'fotoblog'
tapi gambar yang aku load masuk taklah sehebat photographer yang 'dok' ada
sebab aku belum sampai 'level' tu lagi
tambahan aku pakai kamera digital biasa ja...kecheek punya






















apa pun just 'layan' ja....

tq kepada model-model yang ada dalam pic ni
munip, mat imam, jj, mat udie, zul, mat zul, rizal dan nuar

Sunday, April 24, 2011

Char Koey Teow Tanah Merah




Petang tadi, dalam dok mencari 'arah tuju' apa yang aku nak 'membuat', aku telah 'terlajak' hinggap ke Tanah Merah bersama Moderno aku. Tapi, jangan silap, bukan Tanah Merah, Kelantan tapi Tanah Merah, Jitra, Kedah. Apa tujuan aku ke sana? Dengar dari cerita ramai 'penglipur lara', diberitakan ada satu tempat yang char koey teow dia sedap dimakan. Memang la sedap 'dimakan' tak kan sedap 'diluah' kot hehehe.

Cerita daripada 'hikayat purba kala' yang aku dengar tu memang ada kebenarannya. Setelah aku sampai di lokasi, bukan saja satu tempat, tapi dok ada tiga tempat dok jual char koey teow tang tu. Memang betoila orang-orang kot tu 'menggila' makan char koey teow. Semua gerai char koey teow yang ada kot tu semunya 'full house'. Dasat...dasat.

Akhirnya aku dapat tempat duduk kat satu gerai ni. Nama gerai tu 'Marvellous'. Apa yang marvellous tu? Kalau nak tau, hampa boleh mai cari apa yang marvellous kat gerai tu. Yang marvellous dia mesti la char koey teow hok depa 'bikin' tu la. Dengan harga RM 3 sepinggan aku rasa char koey teow dia amat 'berbaloi', cuma kuantiti yang aku tak leh 'blah'. Almaklumlah, saiz badan aku ni kecik sikit ja dari Alex Raja Lawak tu. Korang bayangkan la...
Untuk sapa-sapa yang tak besa mai lagi tempat ni, ia terletak berhampiran lampu isyarat Tanjung Pauh. Berada sebaris dengan Pasaraya Yawata, Tanah Merah dan terletak dekat selekoh berhadapan dengan Secret Recipe. Dengaq kata resipi char koey teow 'Penang Kia'. Establish sejak 1988 lagi. Dah lama dah tu...haaa lagi satu cari gerai yang alas meja dia jalur-jalur hijau putih. Gerai Marvellous la tu.....

Saturday, April 23, 2011

The Nite I Try To Play Tennis....

Kali pertama dalam sejarah seumur hidup aku...aku main tenis

"Red Hot Mun"
Tenis. Bila sebut ja nama sukan tu dalam kepala otak aku teringat servis bola yang lajunya mencecah hampir 200 km/j. Kalau kena kepala, boleh 'biol' untuk seketika waktu hehehe.

Tapi...macam mana aku boleh join untuk main malam ni? Bertempat dekat court tenis perkarangan Stadium Utama Negeri, aku, Mat Imam, Red Hot Mun, Rio, Mat Bagero, Padil dan sahabatnya telah membuat pukulan bola tenis tak 'ketahuan hala' kat atas court tu. Mananya tak jadi lagu tu, semua pakat-pakat baru pegang raket tenis. Dalam erti kata lain, memang kami takdak basic langsung dalam dunia tenis ni. Takat dok tengok kat dalam TV ja. Yang boleh cerita.

Rio bersama raket barunya
Tolak Red Hot Mun, hok lain memang dok belajaq pukui bola slow-slow la. Pastu penat. Penat bukan apa, sebab dok belari kutip bola tenis di keliling gelanggang nu. Malam ni aku rasa nak join sangat-sangat sebab aku nak belajaq serba sedikit macam mana nak pukui bola tenis disamping aku nak rasa pukui bola tenis ni best atau tak best. Nasib baik Red Hot Mun sudi nak ajaq aku main. Mengkalu tidak, aku pi sajaaaa la. Thanks to Rio dan Mat Imam sebab bagi aku pinjam raket hangpa. Aku mai 'goyang' ja...hehehehe. 

Aku main tak lama. Ada kot dalam 40 minit. Tapi kira sempatla aku pukui-pukui bola. Almaklumlah "saya budak baru belajar". Pasni aku dah rasa gatai-gatai tangan dah nak beli raket. Apapun bergantung jugak la pada bajet yang aku ada. Kalau duit ada RM10 ja dalam beg duit nak beli panamanya. Tapi, InsyaAllah kot, nak janji tak berani, takut takleh nak tunai, lepas-lepas ni aku akan join main tenis ni dengan Kelab Kaslis. Terima kasih di atas usaha keras Mat Imam dan Red Hot Mun untuk jayakan sesi 'latihan bebas' malam ni. Keep it up bro....

Thursday, April 7, 2011

Lagi 'Port' Ikan Pening

Hari ni, aku dan Mat Imam sekali lagi dapat information tentang 'port' ikan mati. Jadi apa lagi, zasssss...kami pi tengok lokasi bersama bos aku. Tapi tak meriah macam kat Terusan Arau semalam. Mungkin ikan-ikan tu dah dikebas oleh penangkap-penangkap ikan. Lokasinya ialah tali air Kampung Kota Keran, Pengkalan Assam.

Kunci air Kampung Kota Keran, lokasi tempat ikan mati yang terbaru

Longgokan bangkai ikan lampam yang terapungan di kawasan kunci air tersebut

Kenapa kejadian ni berlaku lagi? Firasat aku merasakan kemungkinan ia berpunca dari banjir yang melanda Negeri Perlis bebaru ni. Mungkin jugak kot. Aku pun tak pasti.... 

Wednesday, April 6, 2011

Pesta Ikan Pening Di Simpang Empat

Siang tadi aku dimaklumkan ada kejadian ikan air tawar sedang 'pening-pening lalat' di permukaan Terusan Arau berhampiran Pekan Simpang Empat. Aku bersama Mat Imam sempat bergegas ke kawasan yang dimaklumkan dan ternyata kejadian itu benar. Bagaikan pesta menangkap ikan, penduduk tempatan telah keluar beramai-ramai untuk menangkap 'rezeki anugerah Allah' itu. Sepanjang pemerhatian aku, ikan lampamlah yang banyak tercungap-cungap di permukaan air. Kejadian tersebut menandakan kurangnya oksigen terlarut (DO) di dalam air. Tetapi mengapa hanya ikan lampam sahaja? Mengikut sumber maklumat yang aku perolehi, ikan lampam merupakan ikan yang 'kurang lasak' dalam kategori ikan air tawar. Sebab itulah banyak ikan spesis lampam ni timbul di permukaan air. Ramai juga yang mengatakan bahawa lampam enak kalau dibakar. Patutlah ramai yang serbu kawasan tersebut.


Kelihatan ikan lampam tercungap-cungap di permukaan air

Beberapa ekor lagi lampam tercungap-cungap di permukaan air

Kaki-kaki pancing menyerbu kawasan tersebut


Kawasan berhampiran rumah pam inilah lokasi hidupan akuatik yang dikatakan
'pening-pening lalat' itu 

'Tandop D' lokasi di mana banyak ikan-ikan timbul dipermukaan

Lokasi 'Tandop D' dari rumah pam milik Taliworks

Ikan Lampam yang sebesar hampir satu tapak tangan kelihatan tercungap-cungap
di permukaan air

Ikan Lampam yang beratnya hampir satu kilogram berjaya dijaring oleh
seorang penangkap ikan yang hadirke lokasi

Sunday, March 27, 2011

Petronas Malaysia Cub Prix Pusingan Pertama

Musim baru Petronas Malaysia Cub Prix telah bermula. Untuk pusingan pertama, Kangar telah dipilih selaku lokasi pembuka tirai untuk musim 2011 ini. Litar Stadium Utama Negeri telah bergema dengan bunyi deruman enjin daripada motosikal-motosikal cub 4 lejang sejak hari semalam lagi. Semalam merupakan sesi pemanas enjin dan juga sesi kelayakan.

Selain daripada perlumbaan di litar, pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memeriahkan lagi acara pada pusingan pertama ini. Antaranya ialah gerai pameran, permainan interaktif, pandu uji dan juga jualan cendera hati. Semalam aku bersama Azril Darkmatters telah meninjau keadaan di perkarangan Stadium Utama Negeri, Kangar. Keadaannya pada pagi semalam agak kurang rancak, mungkin disebabkan faktor cuaca. Hujan yang melanda Bandar Kangar seharian bermula sejak pagi lagi. Beberapa booth pameran seperti Booth Yamaha, Booth Honda, Booth Suzuki dan Booth Petronas telah bersedia dengan bahan pameran masing-masing, manakala booth-booth lain masih sibuk menjalankan persiapan terakhir sebelum ia mula dibuka kepada para pengunjung.


Booth-booth yang mengadakan pameran sempena pusingan pertama cub prix ini


Booth Astro Arena menjadi tumpuan pengunjung kerana mengadakan pelbagai acara interaktif

Selain memperolehi informasi dari booth-booth yang mengambil bahagian, aku bersama Azril Darkmatters juga berpeluang melihat modifikasi motosikal-motosikal cub oleh syarikat-syarikat pengeluar alat ganti perlumbaan seperti Racing Boy. Modifikasi yang menjadi kegilaan anak-anak muda untuk merealisasikannya kepada jentera cub masing-masing pada masa kini seperti sport rims, ekzos dan juga beberapa peranti lain turut dipamerkan.


Beberapa buah jentera cub yang telah dimodifikasikan oleh Racing Boy

Yamaha Lagenda, model favourite untuk dimodifikasikan sebagai jentera perlumbaan

Booth Petronas Racing Team juga tidak ketinggalan untuk mempamerkan jentera berkuasa tinggi mereka yang digunakan di dalama Kejohanan FIM Asia Road Racing. Jentera Yamaha R6 ini telah dimodifikasi sepenuhnya untuk menyertai kejohanan tersebut.


Jentera Yamaha R6 yang digunakan oleh Pasukan Petronas

Pandangan sisi jentera tersebut

Pihak Suzuki juga tidak ketinggalan menyediakan booth pameran untuk model-model terbaru jenteranya. Antara model-model yang terdapat di Booth Suzuki ialah Belang R, Skydrive dan juga Smash yang mendapat sentuhan design airbrush dari YAM Airbrush.


Suzuki Belang R yang telah di'airbrush'kan oleh YAM Design

Suzuki Skydrive ini juga telah di'airbrush'kan dengan skim rasmi Suzuki MotoGP

Booth yang paling menarik sekali pada aku ialah Booth Honda. Pada kali ini, pihak Boon Siew Honda telah mempamerkan jentera underbone 250 terbaru mereka iaitu CBR250RR yang secara rasminya di bawa masuk ke negara kita pada bulan Februari 2011. Model street yang memikat hati aku ini dijual pada RM18k++ bagi model yang tidak dilengkapi dengan sistem ABS manakala bagi model yang dilengkapi dengan sistem ABS dijual pada harga RM22k++. Tetapi, apa yang membuatkan aku meleleh air liur bersama Azril Darkmatters ialah bila kami melihat model CBR250RR ini diberi sentuhan airbrush REPSOL iaitu skim rasmi untuk pasukan Honda HRC Repsol MotoGP.


Model CBR ini yang aku maksudkan

Lampu hadapan CBR250RR

CBR250RR didatangkan dengan sistem brek ABS seperti Honda VFR yang digunakan oleh Polis Trafik

Inilah sistem brek ABS yang dimaksudkan bersama sensornya

Panel meter serba terkini

Pandangan belakang CBR250RR

Kali ni aku sempat sambar tshirt VR46, balas dendam balik, sebab last year aku tak sempat. Out of stock. Azril Darkmatters berjaya sambar baju berkolar Honda Asimo, tshirt CBR1000RR, keychain Asimo on Icon...cun gak tu...eksklusif. Petang semalam, bila aku sms Azril Darkmatters, beliau maklumkan yang baju berkolar Honda Asimo tu dia tak bleh pakai. Kecik katanya...hahaha....so, rezeki adik beliaulah nampak gayanya.

Jangan lupa saksikan Petronas Malaysian Cub Prix di Astro Arena Saluran 801 jam 2.30 petang ni secara live...tengok jangan tak tengok.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...