Saturday, August 28, 2010

Santau Keramat

Dah hampir tiga hari tiga hari aku tak sempat melihat blog aku. Disebabkan aku terpaksa berulang-alik ke Alor Setar selama tempoh tersebut di atas urusan rasmi aku yang tak pernah ada penghujungnya.

Hari ini aku terpanggil untuk kembali berkongsi di dalam blog ini disebabkan oleh sebuah tele drama yang aku tonton petang tadi di Astro Ria. Pada pendapat aku, ia merupakan sebuah drama yang digarap dengan begitu baik dan berkesan sekali oleh pengarahnya (aku tak ingat nama pengarahnya) untuk tontonan kita sebagai orang Melayu yang beragama Islam khasnya. Seingat aku drama ini diilhamkan daripada idea Nizam Zakaria sambil dibantu dengan arahan seni daripada Ahmad Muzamil. Dengan menggunakan teknik-teknik fotografi yang terbaik, drama ini juga boleh dianggap sebagai salah sebuah drama terbaik yang pernah aku tonton di samping muzik tema bertajuk "Seperti Hidup Kembali" disampaikan oleh Andra & The Backbone menghidupkan jalan cerita teledrama tersebut.

Baiklah, sebenarnya aku berkesempatan menonton teledrama ini cuma pada separuh jalan sahaja. Bertajuk "SANTAU KERAMAT" di mana pelakon utamanya ialah Aaron Aziz yang membawa watak Najmi di dalam teledrama ini. Najmi yang telah disantau akibat daripada perbuatannya yang suka menzalimi insan lain cuba mencari siapakah individu yang cuba menyantaunya itu (fakta ni aku perolehi dari blogger-blogger lain selepas aku sendiri surf dan cari maklumat tentang telefilem ni..). Tapi akhirnya dia diketemukan hidayah di sebuah masjid ketika dia sedang menunaikan solat Asar bersama seorang lelaki misteri yang memakai pakaian putih.

Di dalam telefilem ini juga, adegan yang paling menarik perhatian aku adalah di mana, Najmi tidak tahu langsung cara-cara mengambil wudhuk di kolah yang terdapat di masjid tersebut, sehinggalah ia di bantu oleh lelaki misteri tadi untuk menyempurnakan wudhuknya dan satu lagi adegan di mana dia mengakui dia tidak tahu bagaimana untuk berniat solat Asar secara berjemaah sehinggakan dia diajar oleh lelaki misteri tersebut. Aku akui benda-benda sebegini memang betul-betul terjadi di dalam kehidupan realiti sebenar kita dan ia bolehlah dijadikan panduan untuk kita di dalam menyempurnakan tanggungjawab kita kepada Allah s.w.t.

Akhir sekali, walaupun aku hanya berkesempatan menonton teledrama ini hanya sekerat jalan, tetapi aku merasai, pengarahnya telah melakukan homework dengan sebaiknya sebelum beliau mengarahkan teledrama ini dengan begitu baik sekali berbanding dengan filem SANTAU arahan pengarah tersohor di negara kita iaitu saudara David Teo (maaf ini adalah komen ikhlas aku dalam membantu perkembangan industri filem negara...). Thumbs up! aku berikan ke atas teledrama ini, di samping lakonan berkesan oleh barisan para pelakonnya. Jadi ia seharusnya menjadi tontonan untuk anda semua.

Aaron Aziz yang membawa watak Najmi dalam teledrama tersebut

1 comment:

  1. bru td tngok cita santau keramat ne..
    tp masalahnya cerita ne tergantung...
    jalan cerita dah best..
    dan bnyak unsur2 pengajaran...
    tapi x da penutup la...
    najmi watak dalam cita tu x tau mati ka x..
    x suka la tngok crita tergantung...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...