Showing posts with label maharaja lawak. Show all posts
Showing posts with label maharaja lawak. Show all posts

Sunday, May 15, 2011

Maharaja Lawak Minggu Ketujuh


Rancangan realiti TV terbitan Astro Warna ini telah masuk minggu ketujuh. Untuk minggu ketujuh ini peserta-peserta yang masih bertahan adalah Kumpulan Jozan, Nabil, Kumpulan Sepah, Kumpulan Jambu, Kumpulan Balas, Man dan Amir. Tema persembahan untuk minggu ketujuh ini adalah silent comedy, seperti yang telah diprovok oleh Ahmad Idham di minggu keenam rancangan Maharaja Lawak ini. Cabaran itu telah diterima oleh para peserta dan persembahan dimulakan oleh Kumpulan Sepah bagi minggu ketujuh ini. Secara keseluruhan, persembahan para peserta adalah memuaskan walaupun masih ada terdapat seorang dua peserta yang tidak dapat mengekalkan konsistensi persembahan mereka. Mereka yang tidak dapat mengekalkan konsistensi itu cuma melakukan lawak hanya untuk diri mereka dan seperti komen Ahmad Idham kepada seorang peserta ia adalah tidak memenuhi kehendak Maharaja Lawak. Saya amat bersetuju dengan komen yang diberikan Ahmad Idham. Pentas Maharaja Lawak adalah besar dan para peserta tidak seharusnya melakukan persembahan bagai melepaskan batuk di tangga.

Minggu ketujuh telah menyaksikan Amir tersingkir dari rancangan ini. Ini adalah berdasarkan jumlah undi penonton, markah dari para juri dan juga undian penyingkiran oleh para peserta sendiri. Untuk minggu ketujuh, Kumpulan Jambu telah berjaya menduduki tempat pertama dengan lawak silent comedy ala-ala penghibur dari Itali, itu adalah komen dari Mamat Khalid. Namun untuk minggu kelapan, dikhabarkan ada undian masuk ke rancangan Maharaja Lawak ini. Jadi sama-samalah kita tunggu dan saksikan rancangan ini minggu hadapan di Astro Warna.

Saturday, May 7, 2011

Maharaja Lawak Minggu Keenam


Minggu ini sekali lagi menyaksikan tiada penyingkiran bagi para peserta dalam rancangan realiti kegemaran ramai ni. Walaupun Kumpulan Balas, Man dan Amir menjadi bottom three, pihak juri telah mengumumkan tiada penyingkiran untuk minggu ini. Pihak juri yang hanya diwakili oleh Ahmad Idham dan Saiful Apek telah mengumumkan satu sistem undian terbaru untuk minggu ketujuh. Untuk minggu ketujuh peserta Maharaja Lawak dibenarkan untuk membuat undian bagi menyingkirkan pesaing masing-masing dan jikalau peserta yang diundi keluar itu mendapat tempat pertama, peserta yang mendapat tempat pertama tu pulak berhak untuk mengundi pesaing pilihannya untuk disingkirkan. Bagi minggu ini, aku merasakan Kumpulan Jambu melakukan persembahan yang mantap. Diikuti oleh Nabil bersama lawak GPSnya. Manakala Jozan pula nampaknya kehilangan rentak bersama lawak 'mengurut' diorang. Apapun, kita tunggu minggu depan apabila Ahmad Idham mengumumkan tema 'silent comedy' untuk minggu depan.

Tuesday, May 3, 2011

Maharaja Lawak Minggu 5


Baru semalam aku dapat tonton Maharaja Lawak siaran minggu kelima. Sebabnya aku pi KL weekend bebaru ni dan tak dapat tonton. Keseluruhannya, minggu kelima Maharaja Lawak tidak mengecewakan. Cuma aku tertarik dengan komen para juri yang mengatakan untuk menabalkan seorang Maharaja Lawak persembahannya mestilah konsisten setiap minggu. Bila difikirkan balik, ada betul jugak komen para juri tu. Kalau setakat minggu ni ok, minggu depan tak ok Maharaja Lawak 'panama'. Maharaja Lawak ni kena hiburkan orang sampai ketawa 'pecah perut' la. Hehehe. Apapun, minggu ini menyaksikan Jihan tersingkir. Walaupun persembahannya agak ok bagi aku, kisah seorang tukang repair kasut, tapi, ia tidak dapat membantu Jihan. Sekalung tahniah buat Jozan yang menghasilkan sebuah komedi yang 'terlawak' untuk minggu ini bagi aku. Aku kepilkan sekali klip video Jozan  untuk Maharaja Lawak minggu kelima.

KLIP PILIHAN MINGGU INI


Saturday, April 23, 2011

Maharaja Lawak Minggu Ke 4


Pada minggu ini aku tak sempat menyaksikan dari permulaan rancangan. Ada kerja sket. Aku cuma berkesempatan menonton persembahan dari Alex, Balas dan Jambu. Bagi aku persembahan oleh Alex dan Balas hanya berada pada tahap minima sahaja tapi mereka masih mampu membuat penonton terhibur. Jambu pula tampil dengan persembahan yang agak mantap pada minggu ini.

Kisah seorang jejaka yang sedang berjogging di sebuah taman rekreasi sambil mencari cikaro akhirnya terjumpa Nora Danish telah menjadi modal persembahan kumpulan Jambu. Seperti kata-kata Apek yang menilai persembahan kumpulan Jambu pada minggu ini "Terbaik, terganas, terbaik, terganas, terbaik, terganas....."

Untuk lain-lain peserta aku tak dapat nak bagi gambaran sebab aku tak sempat nak tengok dari bahagian permulaan rancangan. Untuk minggu ini, Alex telah tersingkir dan sekali lagi Jihan, Man dan Amir mampu menarik nafas lega kerana masih bertahan dalam Maharaja Lawak.

Saturday, April 16, 2011

Maharaja Lawak Minggu Ke 3



Maharaja Lawak telah memasuki minggu ketiga. Bererti untuk minggu ini program realiti tersebut tidak disiarkan di Astro Prima. Jadi kena langgan pakej Mustika la kalau sapa-sapa nak tonton program ni. Kena la tambah lagi bayaran dalam bil Astro masing-masing yang telah sedia membebankan kita. Tapi takpa, nak tengok lawak made in Malaysia punya pasal.

Minggu ni, ada penyingkiran berlaku. Tiga kumpulan telah disingkirkan pada minggu ini. Kumpulan-kumpulan tersebut adalah Kumpulan Wai, Kumpulan XN3 dan Kumpulan R2. Mereka telah memperolehi markah yang terendah pada penghujung persembahan untuk minggu ketiga.

Keseluruhannya, pada minggu ini, persembahan Nabil adalah yang 'termantap' pada pandangan aku. Ini kerana pada minggu ini peserta terikat dengan tema muzikal bagi setiap persembahan mereka. Manakala persembahan kumpulan kegemaran aku iaitu Kumpulan Jambu agak 'kehilangan bisa' walaupun boleh dianggap menarik. Persembahan dari Kumpulan Jozan dan Sepah juga tidak menghampakan para menonton yang berada di studio mahupun di rumah.

Apa yang menarik, pada minggu ini, para juri sendiri telah 'performed' di atas stage di mana Mamat Khalid telah menunjukkan bakatnya dengan bermain keyboard, manakala Ahmad Idham pula bermain harmonika di samping Saiful Apek sebagai vokal. Kemunculan istimewa Usup Wilcha pada awal program ini juga amatlah menarik. Persembahan yang begitu mantap. 

Harap-harapnya persembahan para peserta semakin meningkat untuk minggu hadapan terutamanya Kumpulan Jambu. I vote for Jambu.....


KLIP PILIHAN MAHARAJA LAWAK MINGGU KETIGA


Klip persembahan Nabil dalam Maharaja Lawak minggu ketiga
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...