Tuesday, January 4, 2011

Selamat Tahu Baru 2011

Selamat datang 2011. Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkannya. Hari ni baru masuk hari keempat tahun 2011. Biasanya ramai di antara kita akan berlumba-lumba senaraikan azam untuk tahun baru ni, walaupun hakikatnya azam tahun lepas belum lagi tercapai. Apa pun bagi aku, 2010 telah banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis bagi aku. Kenangan pahit aku rasa tak payahla aku ceritakan dalam ni, biarlah aku simpan ia sebagai kenangan.

Kenangan manis yang aku alami sepanjang tahun 2010 ialah menyaksikan Pasukan Kebangsaan kita berjaya membawa pulang Piala Suzuki ke tanah air kita. Ia merupakan pertama kali Skuad Kebangsaan kita menjuarainya di bawah kendalian K. Rajagobal. Kemenangan itu juga merupakan titik tolak kebangkitan Skuad Kebangsaan dalam dunia bolasepak Asia Tenggara selepas mengalami zaman suram berdekat lamanya. 
Kejayaan menjulang Piala Suzuki 2010 merupakan penghormatan untuk negara kita

Rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong jatuh bangun skuad kebangsaan
Selain itu, tahun 2010 juga meninggalkan kenangan yang tak dapat aku lupakan selepas buat pertama kalinya aku merasakan bagaimana keperitan rumah aku digenangi air banjir pada 2 November 2010 tiga hari sebelum perayaan Hari Deepavali. Baru aku tahu bagaimana keperitannya menyelamatkan harta benda dan makan nasi bungkus yang cuma cukup-cukup syarat ja. Selain itu, Bandar Kangar juga lumpuh akibat banjir tersebut.

Bandar Kangar digenangi air selama 2 hari

Air dari Empangan Timah Tasoh terpaksa dilepaskan menjadi penyebab Bandar Kangar digenangi air

Keadaan banjir di sekitar Bandar Kangar
Selain itu, bidang automotif negara juga telah mencatatkan sejarahnya, apabila Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) berjaya melahirkan model terbarunya, Proton Inspira. Walaupun ramai yang beranggapan model ini sebenarnya model yang disalin dari Mitsubishi Lancer, bagi aku ia tidak mendatangkan masalah besar. Apa yang penting teknologi enjin yang dibangunkan oleh Proton sendiri.

Pandangan hadapan Proton Inspira
Pandangan belakang Proton Inspira

Itulah antara peristiwa penting tahun 2010 yang masih segar di dalam minda aku. Aku berharap kehadiran 2011 dapat menjadikan aku sebagai manusia yang bersyukur dengan apa yang aku miliki. Aku juga berharap dapat menyumbangkan sesuatu yang bererti kepada masyarakat di sekeliling aku. Semoga aku memperolehi apa yang aku inginkan. Insya Allah. Amin.

Selamat datang 2011. Welcome to my life!!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...