Sunday, December 12, 2010

Setelah 18 Tahun Berlalu...

Bebaru ni, tanggal 4 Disember 2010, bertempat di Cinta Sport Cafe, Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah, tercatatlah sebuah kenangan yang terpahat kembali di hati aku. Mana tak terpahatnya, sebuah majlis reunion rakan-rakan dari Sekolah Kebangsaan Seri Perlis Tahun 1992 telah diadakan.

Sambutan majlis diadakan secara sederhana tetapi agak meriah dan menarik itu telah disusun aturkan dengan penuh jayanya oleh Korey (Mohd Erwan bin Che Makhtar). Setelah hampir 18 tahun tidak pernah bersua, majlis tersebut telah berjaya menghimpunkan kembali 17 orang bekas pelajar sekolah tersebut. 

Ada di antara rakan-rakan yang tinggal di selatan tanah air telah sanggup datang ke majlis ini demi bertemu kembali rakan-rakan yang telah sekian lama terpisah. Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih tak terhingga kepada rakan-rakan yang sudi datang bersama ahli keluarga mereka ke majlis ini walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang besar.

Ini mungkin langkah pertama dalam usaha mengumpulkan kembali rakan-rakan dari Sekolah Kebangsaan Seri Perlis Tahun 1992. Diharap usaha-usaha murni dalam mengeratkan silaturrahim antara kita sentiasa diberkati olehNya dan diharap ia akan mendatangkan kemajuan dalam mengumpul kembali rakan-rakan lama kita yang telah lama terpisah.


Antara rakan-rakan yang hadir pada malam tu

Tidak lupa juga di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli keluarga bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Perlis yang turut sama hadir memeriahkan suasana dan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap majlis yang telah diadakan pada malam tersebut. Kalian semua memang the best!!!

Hero-hero yang pernah mewarnai hari-hari di SKSP 1992

Kemesraan masih lagi terjalin walaupun sekian lama terpisah

Dikesempatan ini jugak, aku memasukkan gambar kelas 6H dan 6K (maaf, aku hanya ada dua gambar kelas ni sahaja dalam simpanan aku) untuk mengimbau kenangan pada ketika berada di Sekolah Kebangsaan Seri Perlis 1992 bagi tatapan rakan-rakan sekalian. Diharap kita akan bertemu lagi di lain kesempatan. Amin

Kelas 6K Tahun 1992

Kelas 6H Tahun 1992



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...