Tuesday, March 29, 2011

Spiderman Perancis Akhirnya Berjaya Menawan Burj Al Khalifa

Akhirnya, Alain Robert atau lebih dikenali sebagai French Spiderman telah berjaya menakluk bangunan tertinggi di dunia iaitu Burj Al Khalifa semalam. Robert telah mengambil masa selama enam jam bagi memanjat ketinggian 828 meter untuk menawan puncak bangunan tertinggi di dunia itu.

Robert telah memulakan panjatannya pada jam 6 petang (waktu tempatan) dan tiba di puncak Burj Al Khalifa sejurus selepas tengah malam sambil diperhatikan oleh ribuan penonton yang hadir untuk melihatnya menawan puncak tertinggi bangunan tersebut.

Robert yang sebelum ini memanjat tanpa menggunakan bantuan alat-alat keselamatan, bagaimanapun telah bersetuju untuk menggunakan alat-alat keselamatan tersebut seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Panjatan Robert sepatutnya bermula pada jam 4.30 petang terpaksa ditunda berikutan angin kencang yang bertiup di sekitar kawasan Burj Al Khalifa.


Alain Robert yang dikenali sebagai French Spiderman


Burj Al Khalifa merupakan bangunan terkini yang telah berjaya ditawan Robert. Sebelum ini Robert telah berjaya menawan lebih kurang 100 buah bangunan pencakar langit di seluruh dunia termasuklah Menara Eiffel, Sydney Opera House dan Taipei 101. Robert pernah ditahan Polis Di Raja Malaysia kerana cubaannya menceroboh dan memanjat Menara Berkembar Petronas pada tahun 1997. Sejak dari itu, Robert telah berjaya menawan Menara Wilis di Chicago, One Canada Square di London dan dia juga diharamkan masuk ke China kerana cubaannya untuk memanjat Bangunan Jin Mao di Shanghai.

Burj Al Khalifa, berjaya ditawan oleh French Spiderman

Robert adalah individu yang tidak asing lagi di Abu Dhabi, UAE. Ini adalah kerana pada tahun 2003, dia telah melakukan panjatan pada National Bank of Abu Dhabi yang tingginya 200 meter sambil diperhatikan oleh 100, 000 penonton. Di samping itu juga, dia pernah menawan Bangunan Etisalat dan Bangunan Ibupejabat ADIA di Abu Dhabi.




 
Terima kasih kepada Encik Google for the picture...hehehehe

Alert Time in Kangar

Kangar, 29 Mac 2011 - Hujan lebat yang turun sejak semalam telah mencetuskan keadaan berjaga-jaga di seluruh Negeri Perlis. Ini adalah disebabkan berikutan peningkatan paras air di beberapa batang sungai di seluruh negeri ini. Informasi terkini yang diperolehi melalui Radio Malaysia Perlis (RMP) setakat jam 2 petang tadi, beberapa bilik gerakan banjir telah pun dibuka oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Antara Yang Berhormat yang paling awal turun padang untuk meninjau situasi adalah YB Chuping. Tahniah diucapkan kepada YB tersebut kerana peka dengan situasi semasa. Menurut Jabatan Meteorologi, hujan yang melanda Negeri Perlis dijangka akan terus turun sehingga besok hari. Selain itu, maklumat daripada beberapa 'ranger' menerusi sms memberitahu terdapat beberapa kawasan di Arau dan juga Kampung Bakau antara yang terawal telah dinaiki air. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Perlis telah meletakkan keadaan berjaga-jaga bagi menghadapai situasi banjir yang mungkin akan melanda dan berharap rakyat di negeri ini terus mendengar Radio Malaysia Perlis untuk informasi terkini.



Keadaan hujan yang melanda Bandar Kangar dirakam dari Bangunan KWSP pada jam 2.30 petang tadi

Monday, March 28, 2011

"Alam Sekitar Segalanya"

Entri aku kali ni mungkin bunyi agak lain sikit. Tapi itulah hakikatnya. Pagi tadi aku bersama Mat Imam dan Abang Mie berpeluang bertemu dengan seorang individu berketurunan Cina yang menetap di Pauh. Aku amat kagum dengan kredibiliti individu ini yang begitu mengutamakan kebersihan alam sekitar berbanding keperluan lain di dalam kehidupan hariannya.

Ah Peng, begitulah beliau membahasakan dirinya kepada aku dan rakan-rakan aku. Kami berpeluang bertemu dengan beliau bermula dengan ceritanya tentang aktiviti pembakaran terbuka yang sering kali berlaku di kawasan tempat tinggalnya. Ah Peng begitu peka sekali dengan aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran berlaku di sekitar kawasan tempat tinggalnya, suatu sikap yang positif dan harus dipuji.

Semasa aku dan rakan-rakan aku sedang 'melepak' dan bersembang dengan beliau di dalam pondok di kawasan kediamannya yang tidak jauh dari Pekan Pauh, Ah Peng begitu bersemangat menceritakan tentang usaha-usaha yang beliau lakukan untuk memulihara alam sekitar di kawasan sekitar kediamannya. Antara usaha-usaha yang beliau jalankan ialah memelihara kawasan rizab jalan di hadapan kediamannya dengan menanam rumput-rumput khas di bahu jalan, membina longkang konkrit bagi memastikan pengairan longkang terurus   baik dengan menggunakan wang sakunya sendiri serta membantu pihak berkuasa tempatan memangkas pokok-pokok jati yang ditanam pada bahu jalan oleh pihak kerajaan negeri.

Erm, bagus jugak si Ah Peng ni. Mungkin ramai yang berkata, beliau mampu melakukan usaha-usaha tersebut disebabkan beliau mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Mungkin itu juga ada kebenarannya. Tapi, apa yang menarik perhatian aku ialah kenyataan si Ah Peng ni mengatakan wang ringgit adalah bukan miliknya malahan ia adalah milik Tuhan. Seperti juga dengan alam sekitar, Ah Peng percaya alam sekitar adalah pinjaman sementara Tuhan kepada umat manusia, dan sebagai penjaga, kita harus memeliharanya sebaik mungkin. Itulah sebabnya Ah Peng begitu kurang senang kepada individu yang mencari sumber pendapatan dengan mengorbankan keindahan alam sekitar. Kerana bagi beliau, tidak perlulah untuk mengorbankan keindahan alam sekitar demi sesuap nasi.

Dasyat jugak ideologi yang dipegang oleh Ah Peng ni mengenai alam sekitar. Kalaulah semua individu di seluruh dunia ni berpendapat dan berusaha seperti Ah Peng ni, maka makmurlah dunia gamaknya. Begitulah ceritanya. Sedar tak sedar hampir satu jam setengah aku, Mat Imam dan  Abang Mie berbual dengan Ah Peng sambil meninjau kawasan kediamannya yang mempunyai 'feng-shui' yang agak indah dan nyaman dengan tumbuh-tumbahan yang di tanam oleh Ah Peng.

Kepada Ah Peng, teruskanlah usaha murni anda. Mudah-mudahan usaha anda memberi manfaat kepada anda dan masyarakat setempat....


Ah Peng, ketika kami sedang melepak di pondoknya


Sunday, March 27, 2011

Petronas Malaysia Cub Prix Pusingan Pertama

Musim baru Petronas Malaysia Cub Prix telah bermula. Untuk pusingan pertama, Kangar telah dipilih selaku lokasi pembuka tirai untuk musim 2011 ini. Litar Stadium Utama Negeri telah bergema dengan bunyi deruman enjin daripada motosikal-motosikal cub 4 lejang sejak hari semalam lagi. Semalam merupakan sesi pemanas enjin dan juga sesi kelayakan.

Selain daripada perlumbaan di litar, pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memeriahkan lagi acara pada pusingan pertama ini. Antaranya ialah gerai pameran, permainan interaktif, pandu uji dan juga jualan cendera hati. Semalam aku bersama Azril Darkmatters telah meninjau keadaan di perkarangan Stadium Utama Negeri, Kangar. Keadaannya pada pagi semalam agak kurang rancak, mungkin disebabkan faktor cuaca. Hujan yang melanda Bandar Kangar seharian bermula sejak pagi lagi. Beberapa booth pameran seperti Booth Yamaha, Booth Honda, Booth Suzuki dan Booth Petronas telah bersedia dengan bahan pameran masing-masing, manakala booth-booth lain masih sibuk menjalankan persiapan terakhir sebelum ia mula dibuka kepada para pengunjung.


Booth-booth yang mengadakan pameran sempena pusingan pertama cub prix ini


Booth Astro Arena menjadi tumpuan pengunjung kerana mengadakan pelbagai acara interaktif

Selain memperolehi informasi dari booth-booth yang mengambil bahagian, aku bersama Azril Darkmatters juga berpeluang melihat modifikasi motosikal-motosikal cub oleh syarikat-syarikat pengeluar alat ganti perlumbaan seperti Racing Boy. Modifikasi yang menjadi kegilaan anak-anak muda untuk merealisasikannya kepada jentera cub masing-masing pada masa kini seperti sport rims, ekzos dan juga beberapa peranti lain turut dipamerkan.


Beberapa buah jentera cub yang telah dimodifikasikan oleh Racing Boy

Yamaha Lagenda, model favourite untuk dimodifikasikan sebagai jentera perlumbaan

Booth Petronas Racing Team juga tidak ketinggalan untuk mempamerkan jentera berkuasa tinggi mereka yang digunakan di dalama Kejohanan FIM Asia Road Racing. Jentera Yamaha R6 ini telah dimodifikasi sepenuhnya untuk menyertai kejohanan tersebut.


Jentera Yamaha R6 yang digunakan oleh Pasukan Petronas

Pandangan sisi jentera tersebut

Pihak Suzuki juga tidak ketinggalan menyediakan booth pameran untuk model-model terbaru jenteranya. Antara model-model yang terdapat di Booth Suzuki ialah Belang R, Skydrive dan juga Smash yang mendapat sentuhan design airbrush dari YAM Airbrush.


Suzuki Belang R yang telah di'airbrush'kan oleh YAM Design

Suzuki Skydrive ini juga telah di'airbrush'kan dengan skim rasmi Suzuki MotoGP

Booth yang paling menarik sekali pada aku ialah Booth Honda. Pada kali ini, pihak Boon Siew Honda telah mempamerkan jentera underbone 250 terbaru mereka iaitu CBR250RR yang secara rasminya di bawa masuk ke negara kita pada bulan Februari 2011. Model street yang memikat hati aku ini dijual pada RM18k++ bagi model yang tidak dilengkapi dengan sistem ABS manakala bagi model yang dilengkapi dengan sistem ABS dijual pada harga RM22k++. Tetapi, apa yang membuatkan aku meleleh air liur bersama Azril Darkmatters ialah bila kami melihat model CBR250RR ini diberi sentuhan airbrush REPSOL iaitu skim rasmi untuk pasukan Honda HRC Repsol MotoGP.


Model CBR ini yang aku maksudkan

Lampu hadapan CBR250RR

CBR250RR didatangkan dengan sistem brek ABS seperti Honda VFR yang digunakan oleh Polis Trafik

Inilah sistem brek ABS yang dimaksudkan bersama sensornya

Panel meter serba terkini

Pandangan belakang CBR250RR

Kali ni aku sempat sambar tshirt VR46, balas dendam balik, sebab last year aku tak sempat. Out of stock. Azril Darkmatters berjaya sambar baju berkolar Honda Asimo, tshirt CBR1000RR, keychain Asimo on Icon...cun gak tu...eksklusif. Petang semalam, bila aku sms Azril Darkmatters, beliau maklumkan yang baju berkolar Honda Asimo tu dia tak bleh pakai. Kecik katanya...hahaha....so, rezeki adik beliaulah nampak gayanya.

Jangan lupa saksikan Petronas Malaysian Cub Prix di Astro Arena Saluran 801 jam 2.30 petang ni secara live...tengok jangan tak tengok.....

Mithali Cintaku

Bebaru ni masa aku dok ada di ofis, member ofis aku ada pasang radio thru internet. La zaman dah canggih. Kat mana-mana di dunia ni kita duduk, kita masih boleh bersiaran dengan rangkaian radio dari negara kita melalui internet. Hari tu, aku dengan member ofis aku dok 'layan' THR Gegar : Permata Pantai Timur melalui kapsulnya yang boleh diakses menerusi laman web THR.

Kebetulan waktu aku dengan member aku ni dok 'layan' THR, DJ THR tu tengah dok 'gasak' lagu-lagu rock kapak zaman-zaman 80an dan 90an. Memang layan gila-gila. Tambahan lak kat luar ofis aku hujan renyai-renyai, memang sayu la dengar lagu rock kapak yang dah sedia mendayu-dayu ni.

Dalam banyak-banyak lagu yang THR putarkan pada petang tu, aku tertarik pada satu lagu dari kumpulan U-Topia. Kumpulan yang top pada awal tahun 90an. Lagu tersebut bertajuk Mithali Cintaku. Lagu ni memang layan abisssss. Hehehehe. Lagu tersebut telah dicipta oleh Sharin bersama Ajo (aku tak kenal diorang ni) manakala liriknya pula adalah hasil sentuhan Zur'ain memang begitu mantap dan mereka berjaya membuat para pendengar tangkap leleh. Hehehehe. Kiranya kalau zaman sekarang, komposer yang boleh buat pendengar tangkap leleh menerusi lagunya ialah Eddie Hamid la.

Sedikit info tentang kumpulan U-Topia ni yang aku perolehi menerusi Encik Google. Kumpulan yang terdiri daripada ahli-ahli yang bernama Nan, Rafi dan Husni (gitaris). Diorang mulai aktif sejak tahun 80an hinggalah sekarang. Antara album yang pernah dihasilkan oleh kumpulan ini ialah "I-Utopia". Aku harapkan semoga kumpulan ini dapat terus mengekalkan kewujudan mereka di arena seni tanah air dan menjadi di antara kumpulan rock yang terunggul yang pernah dihasilkan.

Di bawah ni aku 'attach' kan sekali klip video versi karaoke lagu Mithali Cintaku. Courtesy of braderrock from You Tube setelah beberapa hari aku try untuk upload video klip ni, baru hari ni aku berjaya publishkannya. Tq bro, for the nice picture and very high quality sound clip.




Thursday, March 24, 2011

Sengal Pada Badan Mula Menyelubungi

Sekarang aku dah mula terasa sengal pada bahagian siku dan kedua-dua belah lutut. Aku berjalan pun dah mula terjengket-jengket. Kesakitan semakin terasa semasa aku mengerjakan solat terutamanya ketika aku melakukan sujud. Aduhai, terasa yang amat sangat. Ni semua angkara futsal petang tadi la ni. Petang tadi aku stunt tak ingat.  Lepas main 30 minit aku keluar dari padang. Dah tak tahan. Anuar Kasa masuk ganti aku jadi goalie petang tadi untuk baki permainan.

Kesan kesakitan pada siku kanan aku kembali menyerang. Petang tadi aku dah tak tahan, antara penyebab aku keluar awal dari game dan duduk lepak kat kerusi tepi gelanggang. Kesakitan yang aku rasai sejak dua minggu yang lalu, harap-harap dapat sembuh sebelum Sukan Zon Utara yang bakal menjelang tiba. Aku tak pernah lagi miss main futsal untuk team aku sempena Sukan Zon Utara ni. Adakah kecederaan yang aku alami ni akan menghalang aku dari menyertai sukan kali ni. Harapnya tidak terjadi sedemikian rupa.

Petang ni corak permainan yang aku main macam hampeh. Aku tak boleh nak fokus. Bahagian pertahanan pun kelihatan agak longgar. Bola yang masuk menerjah gawang gol sebelah aku kebanyakannya bola mudah. Ayuh kawan-kawan, mantapkan corak permainan kita, agar dapat memberi cabaran di dalam Sukan Zon Utara kelak. Aku kena buat sesuatu. Mungkin pertambahan berat badan aku yang hampir 85kg ni mengganggu corak permainan aku. Aku kena kurangkan berat badan. Agar ringan untuk aku melayang di kubu pertahanan akhir.

Nampaknya kecederaan lutut juga agak membimbangkan aku. Kesakitan begitu terasa di bahagian lutut sebelah kiri. Jumaat malam, team aku rancang untuk bermain lagi. Buat masa sekarang aku masih memberi isyarat lampu hijau untuk menyertai permainan malam esok, tapi bergantunglah pada pagi besok. Kalau kesakitan masih terasa, nampaknya aku kena inform Zul tak dapat joinlah untuk game malam esok. Kenapa bila bersukan perlu ada kecederaan membelenggu. Tension. Tension. Baru nak jadi macam Petr Cech dah injured pulak. Huhuhuhu.


Tugas seorang penjaga gol yang perlu menyelamatkan bola dari menerjah gawang

Aksi akrobatik yang menarik bagi seorang penjaga gol

Petr Cech, antara salah seorang penjaga gol terbaik dunia

Latihan yang berkesan mampu melahirkan seorang penjaga gol yang baik

Inilah penjaga gol idola aku

Gambar : terima kasih Encik Google.....hehehehehe

Kenapa Time Ni Baru Nak Offer?

Hari ini mungkin merupakan hari yang 'happy' bagi kebanyakkan individu. Nak tahu kenapa? Sebab hari ni ada di antara beberapa individu dapat gaji. Mestilah 'happy'. Bagi aku, gaji dah tinggal separuh, sebab banyak sangat 'komitmen' yang perlu aku lunaskan. Hehehe...

Tapi, apa yang merunsingkan aku ialah sepucuk surat tawaran untuk aku mengikuti satu kursus yang dibiayai secara percuma yang baru aku terima baru-baru ni. Kursus yang mungkin peluangnya tidak akan dilepaskan begitu sahaja oleh mana-mana pihak. Tapi bagi aku, aku perlu berfikir dua kali, sebab hanya diri aku seorang sahaja yang mewakili tempat aku berkerja. Sebelum ini kuota diberikan untuk dua orang, tetapi di saat-saat akhir, 'bos ' aku terpaksa me'reject' satu kuota di atas sebab-sebab tertentu dan aku 'berjaya terkena loteri' untuk hadir ke kursus itu.



Inilah kandungan surat yang buat aku 'pening kepala'

Apa yang membingungkan aku, aku tidak disediakan transport pejabat untuk ke lokasi kursus di saat keadaan kewangan aku tengah tenat. Aku seorang diri terpaksa mencari alternatif transport untuk aku sampai ke lokasi. Masalahnya sekarang kalau nak naik public transport pun aku tak tahu hala nak tuju ke sana sebab aku sendiri belum pernah sampai ke lokasi yang dimaksudkan. Tambahan lak benda-benda kursus ni ada time frame yang perlu kita patuh untuk sampai ke lokasi yang dituju bagi tujuan pendaftaran. Aduh, pening-pening.

Untuk masa terdekat ni, benda ni la yang dok 'menyerabutkan' pala hotak aku. Hampes betoi. Aku cuba mengadap 'bos' aku dan menyatakan hasrat untuk tidak hadir ke kursus ini disebabkan problem yang dicetuskan oleh 'bos' aku sendiri. Tapi permintaan aku DITOLAK. Selama ni dok pi kursus tak pernah ada masalah, tapi kali ni tetiba lak ada problem. Selalunya aku sampai kat 'tangga' tempat kursus dengan mudah dan selesa, tapi kali ni macam 'onak berduri' ja aku rasa. Sapa-sapa yang ada cadangan, plsssss help me......huhuhuhu

Tuesday, March 22, 2011

Futsal, Futsal dan Futsal

Letih. Itu adalah perasaan yang aku alami sekarang. Sebab? Adalah sebab futsal petang tadi yang dah hampir seminggu tak main. Walaupun hanya tempoh seminggu tak main, tapi bila start balik, ia ibarat enjin diesel yang baru mula nak bergerak. Aduss, terasa sengal-sengal hingga ke tulang.

Aktiviti yang kekerapannya dua kali seminggu ni terhenti disebabkan banyak korum tidak dapat menghadirkan diri. Almaklumlah cuti sekolah minggu lepas. Ada yang balik kampung, ada yang pi makan angin, ada yang saudara mara dari jauh datang menziarah dan ada yang kena hantar pi kursus!

Apa pun game petang tadi amat menarik, apa yang membuatkan aku tertarik adalah tentang kehadiran jiran yang hampir sebelah menyebelah datang sekali untuk bermain dengan berkongsi kereta. Sebelum-sebelum ini kedua dua korum yang tinggal berjiran tu tak pernah pun datang sekali, masing-masing hanya menaiki kenderaan sendiri walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Tetapi pada petang tadi, keadaan sebaliknya telah berlaku. Mimpi apa pun tak tau, sehingga keadaan tersebut berlaku. Bak kata pepatah, JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT. Hahahaha

Port game kami petang tadi, seperti biasa, D Futsal, Batu 2, Jalan Kaki Bukit. Walaupun hujan mencurah-curah ke bumi, game tetap dijalankan atas arahan kapten. Selain tu, kami gak ambil kesempatan ni untuk training sempena Sukan Zon Utara yang dengar cerita tu akan di adakan di Lumut, Perak. Di kesempatan inilah yang kami ada untuk memantapkan pasukan futsal ni untuk mengharungi cabaran di sana nanti.

Selain itu, kehadiran bapa kepada dua orang anak juga telah menarik perhatian aku. Agak lama beliau menyepikan diri dari pasukan futsal kami ni. Alasannya kena mengasuh anak kedua beliau yang baru lahir  pada waktu petang di rumah beliau. Bak kata orang Perlis "Tak Dan". Apa pun kedatangan bapa mithali ini untuk bermain bersama sentiasa dialu-alukan. Nampaknya ada sedikit penurunan berat dan saiz, bapa kepada dua orang anak ni. Hehehe

Last, sebelum balik dikala laungan azan Maghrib telah kedengaran di udara, kami sempat minum bersama-sama di kedai makan di dalam kawasan kompleks futsal tersebut. Aku berharap, game dapat diteruskan dengan lebih kerap sebelum Sukan Zon Utara diadakan bagi memantapkan lagi kualiti permainan team kami. "Biaq tak juara, tapi main cantekkkkkkk"


D Futsal Centre, kompleks futsal terbaik di Perlis

Keadaan kompleks futsal D Futsal Centre



Hanya Tempat Ke Tujuh

Walaupun aku ke "outstation" seperti mana yang aku maklumkan dalam entri aku yang lepas, Alhamdulillah aku berkesempatan juga menonton Pusingan Pertama MotoGP, Grand Prix of Qatar yang berlangsung di Litar Losail. Terima kasih tak terhingga kepada brader rumah tempat aku bermalam sebab sama-sama "berjaga" sehingga jam 4 pagi untuk tengok MotoGP bersama member aku, Pak Lang.

Sebelum perlumbaan MotoGP dimulakan, semua krew bersama para penunggang dan penonton bertafakur selama seminit untuk mangsa-mangsa tsunami dan gempa bumi di Jepun.


Para penunggang, krew dan penonton bertafakur sejenak untuk mangsa gempa bumi di Jepun

Valentino Rossi, penunggang kegemaran aku, bermula daripada petak kesembilan di barisan ketiga bersama jentera Ducati Desmosedici terbarunya. Sebaik perlumbaan dimulakan, Rossi berjaya menyusup masuk ke selekoh pertama di Litar Losail untuk berada di kedudukan kelima buat seketika waktu.


Valentino Rossi dikerumuni oleh media di petak permulaannya

Setelah beberapa lap, Rossi telah berjaya dipintas oleh Marco Simoncelli dan Andrea Dovisioso untuk beliau berada di tempat ketujuh. Sementara Ben Spies, penunggang Yamaha Factory Racing Team yang merupakan bekas pasukan Rossi rancak menggasak Rossi dari kedudukan dibelakangnya.

Walaupun masih dibelenggu kecederaan bahu, Rossi masih mampu memberi cabaran dalam pusingan kali ini walaupun sekadar menduduki tempat ketujuh. Diharap Rossi lebih kompetitif dalam pusingan-pusingan akan datang.


Rossi kekal di tempat ketujuh sehingga tamat perlumbaan pusingan pertama ini



Gambar sumber dari www.motogp.com


Sunday, March 20, 2011

Dimitar Berbatov Menyumbangkan Gol Keemasan Untuk United

Manchester, 19 Mac 2011 - Dimitar Berbatov telah membuktikan bahawa beliau masih lagi penggempur berbisa United apabila meledakkan gol tunggal perlawanan di antara United dan Bolton di Old Trafford malam tadi.

Beliau yang dimasukkan sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua tidak mensia-siakan peluang di hadapan pintu gol Bolton apabila menyumbat gol tunggal susulan daripada rembatan bola padu oleh Nani yang tidak dapat ditangkap kemas oleh Jaaskelainen.

Pada ketika United bermain dengan 10 pemain akibat layangan kad merah kepada Johnny Evans ekoran terjahan kasarnya pada pemain Bolton, mereka masih mampu mengatur gerakan berbahaya yang bertali arus ke arah pintu gol pasukan lawan.

Dengan kemenangan itu, United kini mendahului pencabar terdekat mereka di dalam saingan Liga Perdana Inggeris iaitu Arsenal dengan kelebihan 5 mata. Sementara itu, pertembungan di DW Stadium menyaksikan Arsenal terpaksa berputih mata untuk mengekori rapat United apabila mereka sekadar mampu mencatatkan  keputusan seri 2-2 dengan Wigan Athletic. Keputusan ini sedikit sebanyak telah menyukarkan peluang Arsenal  untuk merebut mahkota liga walaupun masih mempunyai baki satu perlawanan kurang berbanding United.


Berbatov masih lagi berbisa untuk merobek gawang lawan



Pusingan Pertama MotoGP, Losail, Qatar. Apa Cherita Dengan Valentino Rossi?

Dalam aku dok tengah layan BPL malam ni kat Astro, sempat lagi aku dok surf tenet. Sebabnya pertama, aku nak tau berapa point dah aku 'buleh' dalam Fantasy Premier League untuk team aku. Keduanya, aku dok cari cerita tentang Valentino Rossi, penunggang motosikal lumba kegilaan aku.

Sebenaqnya untuk entri kali ni aku nak fokus pada alasan aku yang kedua. Sebab pusingan pertama akan bermula pada 20 Mac 2011 di Losail, Qatar. Maknanya kita di Malaysia ni dapat tengok secara live pada pagi Isnin la. Kalau tak silap aku pukul 4 pagi. Bagi sesiapa yang sanggup boleh berjaga untuk nak saksikan aksi-aksi menarik MotoGP pusingan pertama ni. Sebelum ni kaki-kaki bola ja asyik berjaga malam untuk menonton aksi-aksi di dalam liga-liga utama Eropah, tapi kali ni kaki-kaki lumba motor pulak ambil giliran untuk berjaga malam. Hehehe.

Belek punya belek dalam website MotoGP, tak banyak sangat artikel yang dapat aku baca mengenai perkembangan terbaru Valentino Rossi ni di Litar Losail, Qatar. Cuma ada satu saja artikel tu dia habaq mai kata Rossi dah berpuas hati dengan persediaan jentera Ducati barunya. Itu aja. Cuma buat masa sekarang sesi kelayakan sedang dijalankan di Litar Losail, Qatar untuk kategori 125 cc.

Besok mungkin aku tak dapat nak layan pusingan pertama MotoGP ni. Adusss...sebab petangnya aku kena bertolak ke Putrajaya. Ada kerja sket. Terlepas aksi menarik. Kebiasaannya macamtu la...aku selalu miss pusingan pertama. Tambahan lak sampai kat Putrajaya, aku bermalam kat rumah member kepada member aku. Kalau ada Astro pun kat rumah kawan tu, tobat aku nak layan tengok, dah la tak kenal, nak berjaga malam lak. Segan aku aih. Hehehehe. Kalau sapa-sapa peminat hardcore Valentino Rossi yang ada info terkini leh la share dengan aku dalam FB. Add aku dalamFB @ Khalifah Kecil....



Aksi-aksi terkini Valentino Rossi di Litar Losail, Qatar

Picture taken from : www.motogp.com

Saturday, March 19, 2011

Gajet Terbaru Aku

Bebaru ni, lebih kurang dalam dua bulan yang lepas, aku ada pi ronda-ronda kat area City Plaza, Aloq Staq. Depa yang familiar dengan Aloq Staq ni mesti tau di mana dan macam mana keadaan City Plaza tu. Tambahan lak aku pi time hari Sabtu. Hari kemuncak Bandar Aloq Staq ni, kira boleh kata hari birthday Aloq Staq la kiranya.

Sambil-sambil aku pi tu sebenaqnya aku ada tujuan. Tujuan aku tu nak pi recce harga konsol-konsol video game terkini serta game-game terbaru keluaran depa. Almaklumlah sejak kebelakangan ni, banyak developer-developer game keluarkan game killer terbaru syarikat masing-masing. Ni yang buat gamerz macam aku ni pening dan tak senang duduk. Bila keluaq ja game baru, maka kena la carik platform baru untuk nak main game-game tersebut. Platform tu maksudnya komponen atau hardware untuk main game-game tu lah contohnya macam Xbox, Playstation, Wii dan PC.

Kebetulan waktu aku pi tu, kedai-kedai yang jual konsol game ni tengah dok buat promosi. Masa tu Xbox 360 boleh diperolehi pada harga RM1100. Kiranya boleh beli sangat la, kalau nak compare dengan harga sebelum ni yang lebih kurang RM 1700 ker RM 1600. Kiranya Xbox 360 keluaran Microsoft ni adalah konsol yang paling murah pada waktu tu.

Aku ni sebenaqnya hardcore konsol game keluaran Sony Entertainment. Dah bermacam platform game keluaran Sony telah aku miliki. Bermulanya dengan Playstation X yang besaq dabak tak boleh nak bawa pi mana sehinggalah ke sekecil-kecilnya seperti PSP telah aku beli dan cuba. Tapi bagi konsol Xbox 360 keluaran Microsoft ni aku masih baru dan tiada pengalaman tentang masalah dan problem yang akan konsol tu berikan pada aku nanti. Sebab sebelum ni aku belum pernah main Xbox pun sejak first generation dia dikeluarkan.

Daripada dakyah-dakyah yang aku perolehi tentang Xbox ni, ada mengatakan ia cepat panas dan tidak stabil. Maksud tak stabil tu aku tak pastila stabil yang macam mana. Yang aku faham tak stabil tu selalunya akan  menjadikan konsol tu kaku untuk beberapa ketika atau erti kata lain 'hang'. Bila aku tanya tokey kedai game tu semua kata Xbox sekarang dah ok dan tak macam dulu. Diorang mestila cakap ok sebab diorang nak jual barang pada kita. Tak kan nak cakap tak ok kot. Dari segi grafik, aku rasa ia sama seperti Playstation 3 keluaran Sony Entertainment, bezanya cuma Playstation 3 menggunakan teknologi Bluray manakala Xbox 360 masih menggunakan DVD tetapi di dalam bentuk HD atau high defination. Maksudnya grafiknya lebih jelas daripada menggunakan DVD biasa.

Hati aku sebenarnya masih 'melekat' pada Playstation 3. Memandangan harga untuk satu game Playstation 3 mencecah ratusan ringgit, maka aku terpaksalah menangguhkan hasrat aku untuk memiliki sebuah lagi konsol terbaru keluaran Sony Entertainment itu dirumah aku. Mahu tak mahu aku telah memilih Xbox 360 sebagai konsol game terkini aku sebab tak sabaq-sabaq dah nak layan game-game terbaru nih dan dengan itu secara rasminya aku terpaksa belajar untuk mengenali sifat-sifat dan perangai-perangai Xbox 360 secara mendalam. Alasan untuk aku membeli dan memilih konsol ini adalah kerana sekeping CD game Xbox 360 yang dijual dipasaran adalah lebih kurang dalam RM10 sahaja berbanding sekeping CD Playstation 3. Larat la aku nak beli dengan income yang aku perolehi. Hehehe.

Konsol Xbox 360 keluaran Microsoft

Kepada otai-otai Xbox 360 yang berada di luar sana dan membaca pos aku ni, aku berharap dapatlah kita berkongsi-kongsi maklumat tentang permasalahan konsul ini memandangkan aku berstatus 'saya budak baru belajar'. Tapi, apapun someday aku mesti dapatkan jugak Playstation 3 walaupun harga agak tinggi di pasaran buat masa sekarang . Segala maklumat tentang Xbox 360 ini bolehlah disalurkan terus ke dalam email@FB aku.

FB :Taip Khalifah Kecil

Sekian, terima kasih.....

Juara Raja Lawak Musim Ke 5

Shah Alam, 18 Mac 2011 - Abdul Rahman bin Kasim atau dikenali dengan nama Man telah ditabalkan sebagai juara di dalam program realiti tv terbitan Astro iaitu Raja Lawak Musim Ke 5. Dengan kemenangan itu, Man telah menggondol hadiah wang tunai berjumlah RM 100,000, barangan elektrik dan juga trofi Raja Lawak Musim Ke 5.

Man yang menggunakan konsep kongsi gelap dan mat rempit pada persembahan di Gelanggang Raja Lawak Akhir ini ternyata telah berjaya mendapat undian sms penonton yang tertinggi sekaligus menewaskan dua lagi finalis iaitu Kumpulan R2 dan juga Kumpalan Balas yang mana masing-masing telah mendapat tempat kedua dan ketiga.

Raja Lawak Musim Ke 5 telah melabuhkan tirainya

Hadiah telah disampaikan kepada para finalis oleh pelawak lagenda tanah air iaitu Mat Sentul diiringi oleh Encik Nizam Sani, pengurus saluran Astro Prima dan AstroWarna.

Man, Juara Raja Lawak Musim Ke 5


Friday, March 18, 2011

Mak Lang Cendol

Tengahari tadi masa aku dok termanggu-manggu atas skuter aku, depan wad bayi baru lahir Hospital Tuanku Fauziah aku terkejut apabila secara tiba-tiba aku ditegur oleh seorang wanita yang usianya aku rasa dah mencecah separuh abad. Wanita itu bertanyakan pada aku tujuan aku termanggu-manggu di hadapan wad tersebut. Setelah aku memberikan jawapan pada soalannya barulah wanita tersebut tersenyum kepada aku sambil memasukkan beberapa bungkus cendol ke dalam beg-beg plastik yang terdapat di dalam raga plastik yang terletak di bahagian belakang motosikal cub jenis Kriss (kalau tak silap aku).

Wanita tersebut memperkenalkan dirinya dengan nama Mak Lang kepada aku. Mak Lang ni seorang penjual cendol bergerak menggunakan motosikal. Aku tertarik untuk bersembang dengan Mak Lang bagi memenuhi masa menunggu aku. Tarikan aku untuk bersembang dengan Mak Lang adalah kerana untuk pertama kalinya aku melihat wanita seperti Mak Lang ini menjalankan perniagaan cendol menggunakan motosikal seperti ala-ala Pizza Hut. Menarik-menarik.

Mak Lang ni memang mempunyai ciri-ciri peniaga yang baik. Mana taknya, sepanjang aku dok perhatikan beliau menjalankan perniagaannya, beliau begitu ramah dengan pelanggan-pelanggan yang menghampirinya dengan senyuman tidak pernah lekang dari mulutnya. Walaupun pada ketika itu aku tidak membeli cendolnya, Mak Lang masih melayan pertanyaan-pertanyaan aku tentang proses pembuatan cendol dengan baik dan mesra. Keramahan Mak Lang ini sehinggalah beliau menceritakan kepada aku tentang latar belakang keluarganya serba ringkas, sejarah perniagaannya dan pengalaman yang di alaminya sepanjang beliau berniaga. 

Ketiga-tiga anak kebanggan Mak Lang merupakan graduan daripada universiti hasil titik peluh beliau menjual cendol. Alhamdulillah mungkin itulah berkat beliau perolehi hasil daripada rezeki yang halal. Cuma Mak Lang melahirkan kebimbangan kepada anak perempuannya yang kedua, tidak mahu bekerja walaupun merupakan seorang siswazah daripada sebuah universiti tempatan. Apa pun Mak Lang tetap bersyukur, walaupun anaknya tidak berminat untuk bekerja, tetapi rezeki yang diturunkan oleh Allah s.w.t tetap ada kepada anak keduanya itu. Begitulah cerita serba ringkas Mak Lang kepada aku sebelum seorang jururawat datang kepada beliau untuk membeli cendol yang dibawa olehnya.

Dengan harga sebungkus hanya RM 2.50 dan RM 3.00, aku rasakan pembelian cendol Mak Lang merupakan sesuatau pembelian yang berbaloi. Aku melihat kualiti cendol yang dihasilkan oleh Mak Lang begitu tinggi dan tiada tandingannya. Berbaloilah Mak Lang menunggang motosikal sejauh 15 km dari Arau ke Hospital Tuanku Fauziah untuk berniaga. Mak Lang selalu berpesan kepada pelanggannya akan dibuang dahulu air cendol yang terdapat di dalam bungkusan plastik setiap kali bungkusan cendolnya terjual.

Mak Lang memberitahu aku, buat masa sekarang dia mempunyai 5 orang pekerja selain daripada dirinya. 3 orang pekerjanya ditugaskan untuk memproses cendol di rumahnya yang terletak di belakang Masjid Guar Gajah, Arau dan dua orang lagi ditugaskan untuk melakukan kerja-kerja pengedaran menggunakan motosikal seperti yang dilakukan olehnya. Satu perkara lagi yang menarik perhatian aku mengenai Mak Lang adalah beliau selalu melafazkan perkataan "ALHAMDULILLAH". Itu sudah cukup menggambarkan Mak Lang sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diterima melalui perniagaannya.

Lebih kurang 20 minit perbualan aku dengan Mak Lang, Mak Lang pun beredar bersama motosikalnya untuk menuju ke destinasi lain bagi menjual cendol-cendol yang di bawanya. Di dalam hati kecilku, aku mendoakan agar Mak Lang terus maju dalam perniagaannya yang telah diusahakan selama 21 tahun itu dan terus mengekalkan nilai-nilai murni sebagai seorang peniaga di samping berusaha meningkatkan kualiti cendolnya itu.


Monday, March 14, 2011

Pink "Ceplos" Kancil Ceria

Pagi Ahad yang sunyi, keadaan biasa yang aku lalui kalau kat tempat aku nih. Mana daknya, ramai lagi kot dok 'membuta' kat rumah atau masih belum keluar rumah untuk buat rutin harian macam pi beli ikan ka...pi beli surat khabaq ka...atau lain-lain lagi la. Aku dah takdak apa membuat dok melilau sorang-sorang aku dalam pekan Kangaq yang permai ni dengan Moderno aku. Abih dah tak tau nak buat apa, aku pun telefon Krie. Cadangnya nak pi lepak kat kedai runcit dia di Arau nun...

Krie bagitau kat aku dia tak bukak kedai hari ni. Pembantu kedai dia cuti, so dia dok ada di rumah dia di Kerpan sekarang sambil dok bikin clutch kat Kancil Ceria kaler pink milik Lek. Krie kata kalau hang rajin mai la. Hmmm, memang aku dok tengah rajin time tu, dah takdak apa nak membuat, so apa lagi, vrooommmm aku cacak pi rumah Mat Krie yang makan masa hampir 30 minit dari Kangaq.

Sampai ja kat laman rumah Mat Krie, aku tengok Kancil Ceria milik Lek dah tengah jack up dah. Masa aku sampai, Mat Krie baru abih pasang clutch plate baru kat Kancil Ceria tu. Aku pun tak tau pasai apa orang panggil kat Kancil model lampu bulat ni dengan nama Kancil Ceria, nampak ceria sangat ka? ataupun kaler Kancil Ceria milik Lek ni yang membuatkan Kancil tu nampak ceria...pening aku....

Nampak ceria ka lagu ni, ganas lagi ada la dengan intercooler besar
Ok, kita straight to the point, sebanaqnya kedatangan aku kat rumah Mat Krie ni nak tahu nadi jenis apa yang Lek pakai kat Kancil dia. Selalu aku cuma tengok kot luaq saja, tapi kali ni aku berpeluang tengok bahagian depan dia terbarai. Bukan apa, waktu Lek dok ada aku segan sket nak mintak ruang untuk 'menyiasat' kancil dia. Hehehehe.

Ok yang besaq sekali tu kat depan tu orang panggil intercooler. Lek pakai dari jenis JASMA. Memang nampak garang kalau Kancil pakau intercooler besaq. Nak tau pasai apa? Sebab kereta Kancil ni kan saiz dia comel, kalau pakai 'barang' besaq nampak sket keganasannya tu.

Nadi penggerak Kancil ni telah diambil dari model L6. Mat Krie habaq mai kat aku L6 ni orang pakai kat Perodua Kelisa, kalau sapa-sapa kaki convert la...aku tak tau pun sebab aku ni kan budak baru belajaq, so kalau ada otai-otai kei car baca blog aku nih boleh la tegoq apa yang patut. Tapi betoi la kot...tak kan la Mat Krie nak 'kencing' member dia yang sorang ni....hehehehe

Ni dia enjin L6 yang jadi penggerak utama pada kancil ni...

Seperti biasa, Kancil Ceria ni dah dilepa dengan warna terang lagi ranggi oleh Lek. Kaler pilihan Lek ialah pink metallic. Dari jauh dah nampak keceriaan pada Kancil ni. Bagi aku minat pada warna ni adalah dalam 50%. Kira ok la. Itu pilihan masing-masing yang ampunya. Kehadiran fuel regulator dari jenama TOMEI telah  menambahkan lagi performance nadi L6 ni untuk meluncur laju di atas highway Kuala Perlis Changloon. Ehh apa daa aku merepek ni....meluncur laju di atas jalan raya dah ler....hehehe. 

Fuel regulator ni fungsinya untuk melancarkan pancitan bahan api ke dalam blok. Itu jer yang aku faham. Dalam bahasa mudah. Sat lagi kalau aku bubuh dalam bahasa teknikal kot payah. Semua orang akan ajdi tak faham termasuklah aku...hehehe

Tu dia fuel regulator dari jenama TOMEI....TOMEI ker dia?
Macam biasa, Lek juga tidak ketinggalan memasukkan moon roof pada bahagian bumbungnya. Sama macam Man, pemilik Kancil kaler kuning yang aku review dulu. Depa dua ni memang best friend. Tapi last-last Man convert pakai sun roof dulu, tapi aku rasa pasni Lek pun akan menurut langkah yang sama macam man...hahaha....betoi dak Lek?

Moon roof yang Lek apakai kat Kancil Ceria dia

Pandangan nadi L6 dari tepi fender Kancil Lek

Selain itu, memang dah jadi trend pemilik-pemilik kancil tuned untuk memasang sepasang side mirror auto flip kat tepi bahagian Kancil diorang. Tidak ketinggalan juga dengan Lek. Sepasang auto flip side mirror dah terjojol di sebelah kiri dan kanan dan tertera lambang 'D' Daihatsu Toriyama. Mat Krie kata barang-barang ori Jepun untuk Daihatsu semuanya dibuat oleh syarikat ni la....betoi ker ni?....hehehe

Cuba tengok betul-betul, ada kan lambang 'D' tu....siap tulih Toriyama lagi...tulisan Jepun tu aku taktau apa maknanya

Tapi apa yang menarik perhatian aku ialah tudung tiub yang digunakan oleh Lek pada bahagian rim Kancilnya. Ada lambang 'Bridgestone' beb. Ni kira barang rare ni. Susah nak jumpa tudung tiub macam ni. Tang mana la mamat ni rembat agaknya, pasni aku pun nak kena pi cari jugak la.....

Pandangan belakang Kancil lek bersama kepala Mat Krie yang diinterframekan dalam ni

Friday, March 11, 2011

Gempa Bumi Berukuran 8.9 Dan Tsunami Setinggi 30 Kaki Membadai Jepun

Terkejut aku bila aku membaca peringatan tertera "Tsunami Alert for New Zealand, the Philippines, Indonesia, Papua New Guinea, Hawaii, and others. Waves expected over the next few hours, caused by 8.9 earthquake in Japan" pada tetingkap Google selepas aku menonton rancangan Raja Lawak di Astro Prima. Benda ni terus mengingatkan aku pada tragedi tsunami yang melanda Malaysia pada 2004. Tsunami yang datang dapat disedari oleh mereka-mereka yang mengalaminya pada ketika itu.

Daripada sumber yang aku perolehi, http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/asia/japan/8375373/Japan-earthquake-and-tsunami-live.html, Gegaran yang menggegarkan Jepun ini merupakan gegaran yang terbesar penah direkodkan sejak 140 tahun dahulu! Akibat daripada gegaran itu, tsunami setinggi lebih kurang 30 kaki tinggi telah terhasil dan membadai Persisir Pantai Sendai, Miyagi.

Gegaran itu juga menyebabkan sebuah reaktor nuklear yang terletak di bandar itu berada dalam keadaan kecemasan dan ditutup. Apa yang telah dipastikan setakat ini, lebih 90 orang telah terkoban dan 349 masih hilang (sumber The Telegraph).

Keadaan tsunami yang melanda Sendai, Jepun


Aku berharap kepada mereka yang mengalami kecelakaan dalam bencana alam yang telah diturunkan Allah di Jepun ini sentiasa tabah dalam menghadapai dugaan tersebut. Kepada seluruh umat Islam yang beriman kepada Allah dan Nabi Muhammad S.A.W ini merupakan satu peringatan buat kita semua supaya kita tidak lalai dalam mengerjakan suruhanNya. Amin.


Sunday, March 6, 2011

4G15 Dalam Jasad Proton Saga BLM

Dah lama aku tak keluaq lepak malam-malam dengan kengkawan macam biasa. Malam ni aku ada kesempatan yang tidak akan aku lepaskan. Dengaq cerita Jep nak turun dari Aloq Setaq bersama mentarang-mentarangnya. Jangan lupa malam ni, kita port kat Poji. Itu adalah ingatan Azril pada aku time aku jumpa dia petang tadi. Aku inform Azril, kalau takdak aral melintang sampaila aku kat warung Poji untuk jumpa Jep.

Jam 9.45 malam, aku sampai kat warung Poji, tapi terlajak sikit Moderno aku nak masuk simpang tempat parkir warung tersebut. Mana taknya, takdan habis gear aku rembas Moderno aku dari lampu isyarat simpang Pengkalan Assam dah sampai pun warung Poji. Dekat sangat...huhuhuhu.....Malam ni ramai gak yang join the club's lepak-lepak malam. Lan, baru balik dari Penang, cuti tak lama katanya, Jep bersama 'anak buahnya' dah lama dah dok ada dalam serambi pondok warung Poji. Poji lak tengah set up laptop baru dibelinya dalam pondok tu, Cha'a asyik tersengih ja masa aku sampai dan beri ucapan salam pada diorang semua dan Azril masih memakai black T bercetak nama group sebuah kumpulan rock (aku terlupa tulisan cetakan pada bajunya)...hahahaha.

Tetiba, tanpa disangka-sangka, Mie Jobot sampai dengan Saga BLMnya. Untuk pengetahuan kalian, Saga Mie Jobot ni baru ja ditransformasikan pada bahagian enjinnya. Cerita mengenai kejadian tersebut telah lama menjadi halua telinga aku, cuma mata aku ja belum sempat me'recognize'kan cerita tersebut. Maka malam ni peluang yang ditunggu telah tiba.

Setelah Mie Jobot melabuhkan punggungnya di serambi pondok warung Poji, aku pun cuba membuka topik bagi mencari peluang untuk melihat transformasi yang telah dilakukan oleh Mie Jobot pada BLMnya sementelahan member-member yang lain sibuk dok borak-borak dengan topik masing-masing. Tanpa aku duga, Mie Jobot terus ajak aku ke keretanya sambil mengambil torch light eveready dolphin kaler kuning di bahagian boot BLMnya dan membuka hud depan enjin.

Nah, sebaik saja terbuka hud enjin hadapan, tertera tulisan MITSUBISHI pada bahagian head enjin BLMnya. Mitsubishi, nadi yang begitu sinonim dengan pemilik-pemilik Proton, bermula dengan Proton Magma atau Orient sehinggalah ke Proton Waja. Semuanya mahu memasukkan nadi Mitsubishi ke dalam jasad kereta kesayangan masing-masing.

Tulisan MITSUBISHI yang trang tang-tang nampak apabila hud depan dibuka

Kita dah tau enjin MITSUBISHI yang dah jadi pilihan Mie Jobot untuk BLMnya. Tapi kita nak tau jugakla dari model apa yang diambil? Evo ka? Mivec ka? GSR ka? VR4 ka? Sebab enjin-enjin tu ja yang sinonim dengan model-model Proton transformasi tempatan nih. Tetiba ja aku terkejut bila terdengar Mie Jobot memaklumkan, bahawasanya beliau dah masukkan enjin Mitsubishi MX 1.5 keluaran tahun 1995. Kiranya senang cerita 4G15.

Bagi aku modifikasi ni memang rare. Bagi aku la, bagi orang lain aku tak tau. Sebab selalunya orang 'main' enjin ni pada model Lancer EX. Jarang orang pasang enjin ni kat BLM. Tapi apa pun ia telah disahkan oleh pihak PUSPAKOM dan JPJ selepas 'diijab kabul'kan ke dalam jasad BLM. Habis cerita. Dah halal pun...

Ni dia pandangan jarak dekat enjin 4G15

Enjin 4G15 yang Mie Jobot dapat ni merupakan dari jenis N/A. Tak dak turbo. Patutlah aku dok belek-belek tak nampak pun 'siput babi' yang sekoq tu dalam ruangan enjin dia. Hehehe. Aku ni pun bukan berapa expert sangat dalam bab-bab enjin tuned ni. Baru nak belajaq sket-sket.

Mie Jobot kata enjin ni dia dapat dalam harga RM3k. Bagi aku kira berbaloi la. Upah pasang RM800. Uish boleh bebeno tu yob! Kira murah tu. Berdasarkan pada tinjauan yang telah dibuat oleh aku, pemasangannya adalah begitu kemas sekali, tak lah nampak berserabut sangat atau bak kata orang Perlis ni...belemoih! Tanpa perlu melakukan modifikasi pada bahagian mounting, ia jelas kelihatan padat dan sempoi dalam ruang enjin BLM tersebut.

Cuma, buat masa sekarang, Mie Jobot terpaksa guna seperate meter untuk RPM dan meter had laju OEM Proton dah tak bleh pakai. Benda ni Mie Jobot kene pikiaq banyak kali sket la, kalau tak mau dash board dia nampak serabut dengan meter-meter dia kena cari satu mekanisma untuk atasi masalah tersebut (cheywah ayat teknikal la pulok)...

Original Jepun beb...bukan original Gombak

Last, bagi mereka-mereka yang nampak BLM Mie Jobot punya yang nampak standard dari luaran bersama cub tayarnya jangan la dok cuba-cuba 'ram' tak ketahuan hala...sat-sat lagi kot kena...hahahaha...ibarat kata N/A is better! Teruskan usaha murni mu Mie Jobot.... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...