Jam kat desktop aku dah kul 1.33 tengahari. Baru ja aku dengar sebentar tadi laungan azan dari taman perumahan berhampiran dengan ofis aku. Erm tetiba aku teringat tentang blog kesayangan aku ni. Aku buka tingkap ofis aku. Angin bersih dari luar masuk menghangatkan kembali suasana, selepas tangan aku terketar-ketar sejuk akibat aircond yang agak kuat. Sambil menjengah ke luar tingkap, pemandangan aku jelas melihat keadaan trafik di luar ofis aku sambil dimeriahkan dengan lagu-lagu raya yang berkumandang dari kedai-kedai baju berhampiran.
Trafik menjadi semakin sesak. Maybe dah ramai perantau dah pulang ke sini kot. Banyak orang letak kereta di sekitar bangunan aku kerja ni sesuka hati ja. Mengganggu pengguna-pengguna jalan raya yang lain dan memberi tugas tambahan kepada 'abang-abang polis trafik' untuk menyaman mereka. Almaklumlah, area aku ni commercial area. Jadi, banyak orang datang untuk pergi ke bank-bank atau kedai-kedai yang berhampiran. Tambahan pulak, stesen bas ekspress pun berada di kawasan berhampiran ofis aku. Maka semakin menjadi-jadilah kesesakkan di sini.
Keadaan trafik depan ofis aku. Siap abang polis dok ronda dengan Pajero |
Aku merenung pada kalendar yang tergantung pada dinding ofis aku. "Dah 28 Ramadhan dah pun. Masa berlalu begitu panatas" bisik benak hati aku. Bermakna umat Islam hanya tinggal 2 hari saja lagi untuk menyambut hari kebesaran yang hanya datang setahun sekali iaitu Aidilfitri. "Mungkin sebab ni kot area ni jammed" hatiku berbicara lagi. Maybe orang-orang kat sini dah mula membuat persiapan untuk menyambut hari yang mulia tu.
Semua kawasan tempat letak kereta semuanya 'full house' |
Suasana kemeriahan lebih dirasakan di kawasan kampung-kampung. Ini kerana, di kampung-kampung, pada masa sekaranglah banyak pelita-pelita dipasang bagi memeriahkan suasana "malam 7 likur" untuk menyambut Syawal yang bakal menjelma dan menyambut kepulangan para perantau pulang ke desa. Disulami dengan kemeriahan suara kanak-kanak bermain mercun dan bunga api, ia pasti mengimbau kembali nostalgia zaman kanak-kanak yang girang menyambut kedatangan malam Syawal.
Pelita yang memeriahkan suasana malam 7 likur |
Bagi aku, aku bersyukur. Kedatangan Hari Raya pada tahun ini adalah seperti tahun-tahun lepas juga bagi aku. Kejayaan memerangi hawa nafsu selama sebulan di samping dapat meningkatkan amal ibadat aku di dalam bulan Ramadhan. Aku berharap aku dapat berjumpa lagi dengan Ramadhan di tahun akan datang. Aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada sesiapa yang pernah aku sakiti hati, perasaan dan jiwa mereka. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.
No comments:
Post a Comment