Wednesday, September 22, 2010

First Futsal After Raya

Semalam lepas kerja, aku ngan member-member kembali menyambung aktiviti bermain futsal kami waktu petang selepas lama terhenti bagi menyambut ketibaan puasa dan menyambut Aidilfitri. Mulanya agak letih, dan ada gak rasa sakit-sakit urat, almaklumlah dah lama stop. Tapi, lama kelamaan jadi seronok. Sambil main sambil dok melawak dan bergelak menyebabkan lupa sekejap keletihan dan sakit-sakit urat yang dialami.

Beg kasut dah berhabuk daa...

Pukul 5.30 ptg, aku pun pelan-pelan gerak ke port futsal aku dengan kengkawan selalu dok main tu dengan scoot kesayangan aku. Saja aku tak drive sebab cuaca amat baik semalam. Lagipun naik scoot ni seronok. Kena angin petang sebelum nak berpeluh-peluh masa main futsal nanti.

Ni dia port futsal kami
D'Futsal Centre, Batu 2, Kangar
Haa...kat sini lah port aku dan kengkawan dok main futsal selalu. D'Futsal Centre Batu 2, kaki-kaki futsal kat tempat aku tau port ni. Selain menyediakan facilities yang sempoi, tempat ni jugak merupakan tempat pelbagai events mengenai kejohanan futsal diadakan baik di peringkat dalam negeri mahupun di peringkat nasional. Kat sini jugak ada disediakan gelanggang futsal yang mengikut spec FIFA. Kalau nak try jomlah....

Court E merupakam court favourite team aku
Ni dia gambaq court E. Court favourite team aku. Tempat dia nun paling hujung dalam kawasan futsal tersebut. Court ni biasa saja, bukan court yang standard. Tapi, seronok main kat sini, mungkin disebabkan laluan angin kot, jadi bila main tak rasa panas sangat.





Ni adalah antara kengkawan sefutsal aku yang mai semalam. Hok lain-lain aku takdan nak interframe. Sebab teruja sangat nak main. Hehehehe...tapi kiranya kehadiran semalam kira oklah. Boleh buat tiga team tak la rasa penat sangat untuk permulaan main ni. Thanks to Zul kerana membuat percaturan yang sempoi semalam.


Enjoy time......
Main punya main dah tak sedaq hari dah nak meghelop dah. Aku pun stop sementara ada lagi kengkawan masih di atas pitch. Bukan apa ingat-ingat sama Maghrib. Hok tu tak boleh lupa walau apa jua alasan. Walau apa pun kira oklah dapat jugak score 3 bijik semalam, walaupun mulanya aku jadi goalie.  Manthhoppp beb. Hopefully minggu depan dapat main lagi. 

Kasut bertuah aku....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...