Jumaat...
aku ngan family bergegas ke Ampang, Selangor
ada kes emergency
ada seseorang telah masuk ke hospital kat sana
akibat side effect dari ubat dia makan
Hospital Ampang ni security dia boleh tahan jugak la
kanak-kanak di bawah umur 12 tahun diorang tak benarkan masuk
jadi, sesapa yang bawa kanak-kanak masa nak visit sesapa sakit kat sini
boleh la dok lepak depan lobby ja
Lagi satu
enviroment kat sini sempoi ja..
senyap dan sunyi
keadaan tak kelam kabut macam kat hospital-hospital lain
orang sakit pun leh cepat sembuh macam ni...hehehehe
Ni dia gambaq Hospital Ampang |
Yang bestnya...
tak jauh dari hospital ni
ada McD
betul-betul bertentang dengan hospital ni
lebih kurang jarak 300 meter ja
ha...kat situlah tempat pelaburan aku
sementara tunggu family aku
Big Mac dan milo ais gelas besar...apa lagi nak dikata |
Masa aku sampai kat wad 6C
aku pun ziarahla
orang sakit
tapi...orang sakit dah stabil dah
kalau takda apa-apa
dah bleh discharge hari Ahad (26.09.10)
Orang sakit makan bubur ayam McD...sslluurrppp |
Lepas breakfast pagi Sabtu
Abang Fadzhil ajak family pi tengok rumah baru dia beli
kat Ukay Perdana
kalau tak silap aku
Serenia Garden
view kat situ sempoi
dia macam lembah..kebetulan time aku pi tu
hujan turun...jadi agak sejuk...
Ni gambaq belakang rumah baru Abang Fadzhil |
Area ni sebenaqnya berbukit bukau
jadi kalau waktu hujan air bukit akan mencurah-curah turun
melalui laluan air yang telah dibina
kalau dapat mandi ayaq bukit ni
memang best woo..
sejuk..sejuk..
lagi satu terlupa lak
sebenaqnya aku ada captured gambaq depan rumah ni
tapi aku terdelete sebab nak clear memory handset aku
hu...hu...hu
Laluan ayaq bukit yang telah disediakan. Bersih ayaq ni. |
Patutla value rumah kat kawasan ni mahal-mahal belaka
memang berbaloi la
dengan shape yang menarik di samping view yang cantik
datang dalam satu pakej
thumbs up la kepada pembeli
Erm satu lagi
Encik Yuki peliharaan Kak Sabeha pun dah semakin sihat
semakin gemuk dan semakin montel
mata dia kuning...dulu Encik Yuki ni bebas bergerak dalam rumah
tapi akibat dia nakal
dia dah kena kurung dalam sangkar...kesian
Wajah Encik Yuki yang kena kurung akibat nakal |
Setelah hampir lebih 48 jam aku dan family berada di Ampang
tibalah masa untuk aku balik kat tempat aku
bukan boleh dok lama-lama kat tempat orang
ada lagi urusan yang perlu diberehkan
bertimbun-timbun
tepat jam 11 malam (Sabtu 25.09.10)...aku pun keluar dari Ampang
(tu pun selepas aku tawaf dua kali sebelum dapat naik highway DUKE...camna la leh makan buah langsat = erti kata lain tersesat...kikikiki...loqlaq sungguh)
sampai kat umah aku jam 3.30 pagi (Ahad 26.09.10)
aku sorang yang dok 'kilas' stereng
letih bai...hehehehe
Tak laju 120km/j je...4 jam lebih boleh sampai rumah....zzzzz |
No comments:
Post a Comment