Friday, September 17, 2010

Klinik 1 Malaysia

Assalamualaikum
Salam 1 Malaysia
sebab tajuk posting pun dah ada 1 Malaysia..hehehe
ok, semalam aku berkesempatan pi Klinik 1 Malaysia
kat tempat aku...sebab ada salah seorang dari ahli keluarga aku tak berapa sihat

Ermm...kemudahan klinik ni not bad..
thanks to PM kita Dato' Seri Mohd Najib kerana menyediakan peruntukkan
untuk kemudahan ini kepada rakyat...aku sangat-sangat menyokong usaha sebegini


Klinik 1 Malaysia ni jugak merupakan satu alternatif
kepada rakyat yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan kemudahan rawatan
kalau nak dikirakan...pi ambik ubat kat klinik swasta..busuk-busuk pun
mesti kita kena spend RM2+.++
untuk nak dapatkan ubat demam sahaja
tapi kat Klinik 1 Malaysia ni dengan hanya RM 1
kita boleh dapat ubat yang setimpal dengan klinik swasta yang lain
bagus...aku suka situasi ni
situasi yang boleh menjimatkan duit rakyat
dan memberi rakyat kuasa membelanja...




Tapi...
apa yang dapat aku lihat semasa aku berada di situ
perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan yang bertugas adalah amat menyedihkan
sebenarnya, rakyat faham
walaupun perkhidmatan yang diberikan hanya dikenakan bayaran RM 1
tapi janganlah di layan rakyat seperti harga RM 1
aku nak pesan sket lah kat makcik-makcik
yang bertugas kat Klinik 1 Malaysia tempat aku pi tu
kita ni government servant
betapa tidak suka pun kita melayan para pelanggan yang mai berurusan dengan kita
sekurang-kurangnya berilah senyuman untuk pesakit-pesakit yang datang
kalau tak..sia-sialah kerajaan membelanjakan jutaan ringgit
untuk tingkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan awam
ingatlah ayat ni selalu
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
harap-harap pasni...aku dapat tengok perubahan kat situ
anyway...thanks to government again
sebab perihatin dengan masalah rakyat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...