Tuesday, April 26, 2011

Warung Pak Ghani Padang Katong


Bagi depa yang masih dok tercari-cari tempat breakfast yang tenang, sunyi, tak kalut dan jauh dari hiruk pikuk pekan tang ni tempat dia. Warung yang terkenal sejak beberapa generasi yang terletak di Padang Katong memberikan sajian masakan kampung dan kuih muih tradisional yang agak jarang diperolehi di tempat-tempat lain.

Dengan kadar harga yang berpatutan, tidak hairanlah warung ini sentiasa dipenuhi oleh pelbagai pelanggan yang datang dari pelbagai lapisan. Dari yang masih sekolah sehinggalah yang sudah bekerja 'makan gaji' selalu dok buat 'port' tang ni.

Warung yang boleh dianggap 'legend' ini jugak terkenal di kalangan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putra. Kerana kat sini juga bekas pelajar tersebut sentiasa menjalankan pelbagai 'aktiviti' diorang. Kalau ditanya pasal Warung Pak Ghani mesti ramai di antara mereka mempunyai 'kenangan' di warung tersebut.

Jadi kepada mereka yang ingin ke sana, warung ini terletak di Jalan Padang Katong. Berada di kawasan lapang bersebelahan Masjid Padang Katong dan berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Putra.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...