Sunday, April 10, 2011

Antara Formula 1 Dan Pemuliharaan Alam Sekitar

Hari ni, hari kemuncak Malaysia Grand Prix Formula 1 yang sedang berlangsung di Litar F1 Sepang. Sebastian Vettel telah bermula dari petak utama. Aku antara berjuta penonton yang sedang berada di hadapan skrin televisyen untuk menonton siaran langsung menerusi Astro sebab tak boleh nak ke sana. Nak tengok siapa pemenang kali ni.

Semalam Petronas Dagangan Berhad juga melancarkan produk terbaru mereka. Primax 95 Xtra yang dikatakan berasaskan dari teknologi Formula 1. Dijual mulai hari ini di semua 955 buah Stesen Minyak Petronas di seluruh negara bagi menggantikan produk RON 95 yang sedia ada. Pelancaran dilakukan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan ia masih dijual pada harga RM1.90 seliter.

Selain itu, Jabatan Taman Laut Malaysia juga sedang merancang untuk membawa replika kereta Formula 1 yang pernah dipamerkan di Petrosains untuk dijadikan tukun tiruan di perairan Pulau Perhentian. Nanti kepada para penyelam yang menyelam di sana jangan terkejut jikalau anda terjumpa kereta Formula 1 di dasar laut. Buat masa sekarang, dah ada 3 buah mesin ATM Bank Rakyat dah kat dasar laut nun.

Tak percaya? Nanti kita pi menyelam sama-sama


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...