Beberapa minggu lepas, negara kita digemparkan dengan isu telur tiruan dari China yang berada di pasaran. Pembongkaran isu tersebut oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) itu telah membawa kepada rampasan telur-telur tiruan oleh pihak PPDNKK Pulau Pinang di dalam satu operasi bersama pihak Makmal Kualiti Makanan Cawangan Pulau Pinang.
Susulan dari isu tersebut, Kementerian Kesihatan juga telah menghantar sampel telur ke Jabatan Kimia bagi memastikan sama ada telur-telur yang berada di pasaran betul-betul tulen atau tidak. Satu pengumuman melalui media menyatakan tiada telur-telur tiruan berada di pasaran di negara kita setelah keputusan dari Jabatan Kimia diperolehi.
Apa yang berlaku di Pulau Pinang sebenarnya adalah telur yang bergred rendah dan juga telur rosak. Tetapi apa yang kembali menjadi persoalan, ada lagi pengguna dari Pulau Pinang membawa sampel-sampel telur kepada pihak CAP dan memaklumkan telur yang dibeli oleh beliau di Pasar Jelutong mula berubah dari segi fizikalnya dan disiarkan di dalam Berita TV9 malam ini.
Erm, nampaknya isu telur di Pulau Pinang belum lagi selesai. Harap-harap apa yang telah diumumkan oleh 'bapak menteri' dapat meyakinkan rakyat bahawa tiada telur tiruan di pasaran dan harap-harap tiadalah perkara yang 'upset' akan berlaku hanya mengenai telur, produk harian pengguna di Malaysia.
Perbezaan di antara telur tiruan dan telur tulen |
Sumber gambar : Perak Today Portal
terkejut bila tengok berita. bila search dekat google dah lama rupanya telur tiruan ni kat china. siap ada FAULT course untuk belajar buat telur tiruan. dahsyat betul ke'kreatif'an org2 negara china ni. kalau dpt apply untuk perkara lebih berfaedah ok la jga. semoga malaysia x terkena effect telur tiruan ni.
ReplyDelete