Wednesday, April 6, 2011

Pesta Ikan Pening Di Simpang Empat

Siang tadi aku dimaklumkan ada kejadian ikan air tawar sedang 'pening-pening lalat' di permukaan Terusan Arau berhampiran Pekan Simpang Empat. Aku bersama Mat Imam sempat bergegas ke kawasan yang dimaklumkan dan ternyata kejadian itu benar. Bagaikan pesta menangkap ikan, penduduk tempatan telah keluar beramai-ramai untuk menangkap 'rezeki anugerah Allah' itu. Sepanjang pemerhatian aku, ikan lampamlah yang banyak tercungap-cungap di permukaan air. Kejadian tersebut menandakan kurangnya oksigen terlarut (DO) di dalam air. Tetapi mengapa hanya ikan lampam sahaja? Mengikut sumber maklumat yang aku perolehi, ikan lampam merupakan ikan yang 'kurang lasak' dalam kategori ikan air tawar. Sebab itulah banyak ikan spesis lampam ni timbul di permukaan air. Ramai juga yang mengatakan bahawa lampam enak kalau dibakar. Patutlah ramai yang serbu kawasan tersebut.


Kelihatan ikan lampam tercungap-cungap di permukaan air

Beberapa ekor lagi lampam tercungap-cungap di permukaan air

Kaki-kaki pancing menyerbu kawasan tersebut


Kawasan berhampiran rumah pam inilah lokasi hidupan akuatik yang dikatakan
'pening-pening lalat' itu 

'Tandop D' lokasi di mana banyak ikan-ikan timbul dipermukaan

Lokasi 'Tandop D' dari rumah pam milik Taliworks

Ikan Lampam yang sebesar hampir satu tapak tangan kelihatan tercungap-cungap
di permukaan air

Ikan Lampam yang beratnya hampir satu kilogram berjaya dijaring oleh
seorang penangkap ikan yang hadirke lokasi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...