Monday, October 11, 2010

Weekend Time At Penang Part 1

Lepas check out dari Park Avenue SP
aku dan family gerak slowly ke Penang...trip kali ni memang rileksla
kelajuan sekitar 80 km/j dari SP menyusuri Lebuhraya PLUS yang tenang

Jam 12.15 tengah hari
kami dah sampai ke perkarangan TM Resort, Tanjung Bungah
Encik Azni, dah get ready kat receptionist
setia menunggu dan membantu guest yang nak check in


Receptionist area

Memandangkan kami sampai awai dan apartment pun masih dikemas oleh housekeeping
kami pun lepak-lepak kat coffee house resort tu
pekena teh ais dan mee goreng...total RM 70.00
perggghh...tapi biasala tempat-tempat macam ni...sendiri mau ingat
berani makan...berani bayarla...hehehe

Sambil-sambil lepak aku sempatla captured view around resort ni
dengan harga yang ditawarkan kepada public...aku rasa ia agak berpatutan
untuk percutian keluarga

View bahagian belakang resort

Ada swimming pool...pasanggg

Selain tu, resort ni tak jauh dengan kawasan pantai
hanya beberapa langkah saja selepas melalui gate kecil
dah boleh jejak pasir pantai
kalau nak mandi laut dan selepas tu terjun swimming pool memang takdak masalah

Kawasan pantai yang hanya beberapa langkah sahaja
Myvi aku 'bersembunyi' kat tempat parking resort tu...hehehe

Hampir jam 1 tengah hari...kami dah dibenarkan check in
yang lecehnya, resort ni takder lif
penat jugakla nak 'mendaki' tangga...sambil membawa beg-beg baju
kena pulak dok kat tingkat tiga...tingkat paling atas
memang berderau peluh aku keluaq

305...nombor apartment tempat kami menginap

Kepada para readers sekalian...still remember the story of Mat Hook?
from the my last entry
kali ni...dia jadi part time waiter lak
dia buat room service kat resort ni...hahaha

Mat Hook angkut mee goreng dan teh ais masuk dalam apartment

 Sementara tunggu Abang Fadzhil sampai dari KL
aku sempat lena dulu seround
letih...bai
tujuan mai Penang ni sebenaqnya nak pi makan kenduri kat umah Pak Chaq
Pak Chaq ni abang kepada bapak mertua aku
umah dia kat area-area Air Hitam...jalan pi Bukit Bendera tu
tapi nama kampung tu aku tak ingat

Dalam jam 2 petang Abang Fadzhil sampai ke resort
lepas dia lepak-lepak...hilangkan penat baru sampai dari KL
kami semua bertolak ke rumah Pak Chaq

Sampai kat umah Pak Chaq
orang agak tak berapa ramai...mungkin sebab dah jam 4 petang
orang dah beransur pulang...tapi lauk masih ada
tunggu apa lagi....sssaarrbbbuuu
nasik minyak, ayam masak merah, masak mamak daging, buah limau dan ayaq sirap
antara menu yang ada dikenduri umah Pak Chaq


Pertemuan dua beradik...Abah dan Pak Chaq

Pengantin bersalaman dengan Abah dan Abang Fadzhil

Pukul 5 petang, kami gerak balik ke resort kat Tanjung Bungah
hehehe....masih ada masa...
masa untuk apa?...swimming pool timela
aku dok 'taram' dari mula-mula sampai lagi
memang tak bagi chance la kali ni
tak tahan dah aih....


Ramai guest mandi kat swimming pool  petang tu

Mandi punya mandi...tak ingat dah meghelop dah
aku cepat-cepat naik ke apartment
bersiap-siap...sebab nak pi dinner lak
sambil-sambil tu...dok pikiaq gak
tang mana port nak pi dinner malam ni

Langit senja dari view apartment aku stay

Lepas semuanya siap...kami pun bergerak carik port untuk dinner
almaklumlah lapaq...sebab banyak berenang dan menyelam petang tadi
dari Tanjung Bungah ke Batu Feringghi....lajak ke Teluk Bahang
tak jumpa port yang bersesuaian...kedai nasik kandaq ada la...tapi nak jugak try yang lain
selain nasik kandaq
aku pun dah mati akai nak carik port...last sekali aku call Pak Mat...minta bantuan
Pak Mat ni original made in Penang...maybe dia tau tang mana port yang best
dia pun bagila cadangan dua tiga port yang menarik
thanks a lot Pak Mat for useful info and suggestion

Selepas berbincang...kami take a deal nak pi makan pizza
at last Pizza kat Persiaran Gurney la jadi port untuk kami dinner
ok gak kawasan tu...happening


Pizza Hut kat Sunrise Tower, Persiaran Gurney


Habis ja dinner...aku pun cargas balik ke resort
mana taknya...mata dah seropa ada gam dah...
dok carik bantai la ubatnya...lepas letak ja kepala...terus 'blackout'
dah tak sedaq apa-apa dah...hehehehe


Sebelum aku balik ke resort
aku nampak 'benda' ni parking kat depan mata aku
sempat aku rakam guna handset aku
mengalir tahik telinga aku dengar deruman ekzos dia
menusuk kalbu




Tunggu part 2 nanti
aku nak cerita pasal Toy Museum
sempoi gak la....
hope someday aku dapat ajak Azril pi tengok... :D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...