Limpahan hujan mencurah-curah malam ni
nak keluaq pi jumpa Black tak boleh
sebab aku lebih suka keluaq naik scoot aku kalau nak jumpa kawan-kawan
kalau keluaq jugak mesti aku 'lokoih' malam ni kena hujan
Sayup-sayup aku dengaq bunyi kenderaan lalu lalang
ada dua event tak jauh dari rumah malam ni
first, macam biasa ada Pasar Malam
second, malam ni pertemuan Piala Malaysia, Singa Utara vs T Team
Sambil dok lepak atas anak larik
aku dok pikiaq
macam mana la orang hok meniaga pasar malam
hujan-hujan ni mesti income agak slow
macam tu jugakla hok dok main bola
tiket mesti merosot sebab hujan...orang tak mai tengok
hok dok ada dalam stadium nun mesti penyokong tegar orang kata
dua situasi yang berbeza, tetapi mempunyai impact yang sama
Hujan membasahi bumi berlatar belakangkan lampu limpah Stadium Utama Negeri |
Dalam aku dok layan titisan hujan yang turun
aku tengok ada sekoq kucing dok lepak kat kaki lima
sambil dok kibas-kibas ekoq dia
aku rasa kucing tu pun dok pikiaq macam aku pikiaq jugak la
nak pi tang mana malam-malam hujan ni
mesti 'lokoih' jugak la
Layan blues jugak la wahai kucing oiii
esok kita cerita lain
malam ni kita layan hujan yang turun
nikmat Illahi untuk hamba-hambanya macam kita
aminnnn.....
Kucing ni layan blues @ kesejukan....aku pun tak tau |
Tiba-tiba aku teringat ada satu lagu yang amat sesuai dengan keadaan malam ni
lagu ni lagu lama
tajuk dia pun M.A.L.A.M
yang aku tau kumpulan Shades beri nafas baru untuk lagu ni
so, aku berkesempatan upload lagu tu dalam entri kali ni
nanti hampa semua dengaq la no
aku dedikasikan lagu tu untuk kucing yang kat dalam gambaq di atas
kalau dia paham mesti dia terharu...hehehehe
No comments:
Post a Comment