Malam ni best
aktiviti yang memang sempoi bagi aku
BBQ...
benda yang paling aku suka
tambahan pulak menu BBQ tu ada makanan berasaskan ayam dan daging
Azril ada info aku tentang projek ni dua hari lepas
aku bagitau kat dia..."i'm follow"
projek ni pun pada asasnya Jeb Barracuda dan Azril Bab punya idea la
depa kata nak gather kawan-kawan...aku sangat-sangat setuju bab-bab gather nih
Jan, Black, Pozi, Azril, Jeb Barracuda, Azril Bab dan Aku...together forever
Tetiba Jeb Barracuda dan Azril Bab tak dapat attend
ada hal katanya...tapi takpala...projek must go on
barang-barang pun dah beli
pelenggaq pun dah sampai
apa lagi...fire it up!
Black dengan Jan dok buat dapoq tempat BBQ |
Cara nyalakan api style Black dan Jan |
Erm malam ni menu apa erk?
dalam perancangan...sosej, ayam dan jagung bakaq
menu yang sempoi bagi aku...generally aku tak kisah sangat sebenaqnya
mula-mula aku sampai kat umah Azril
aku tengok Black dengan Jan sibuk dok wat dapoq
dengan cara korek tanah...no comment
pukul berapa nak bleh makan mengkalu lagu nih
tapi takpa...hidup mau ceria bai...
Tiga orang sahabat yang tak berjaya guna dapoq tanah untuk BBQ malam ni |
Tak lama pastu...Poji sampai dengan pelenggaqnya
ni baru betoi orang panggil BBQ
lambat sket...sebab dia kata kena pi amik tang lain
sebab ada orang pinjam pelenggaq tu semalam
ada function...BBQ jugak
ramai sungguh orang buat BBQ bulan ni nooo
Ni baru betoi pelenggaq untuk BBQ |
Dok tak lama...Poji start pelekat api
tak bleh tunggu lama-lama dia kata
kalau dak kita nak buleh makan pukul berapa?
betoi gak kata dia
proses pelekat api pun berjalan dengan pantas
Tuan pelenggaq guna skill dia belajaq untuk pelekat api |
Ni baru betoi cara dia....ahahahaha |
Firework time!!!!! |
Bila api dah menyala atas pelenggaq
seronok la skit...sebab tau dah proses pembakaran akan bermula
kegembiraan jelas terpancar digambarkan dalam gambar di bawah ni
Tuan rumah dok seronok sebab api dah menyala...bermakna ayam mentah tak akan wujud |
Dalam dok kalut-kalut pelekat api
Tuan rumah dan usung mai kat kami DSLR
tengok cara macam nak interframe
tapi tak tau nak tekan button mana...hehehehe
ai bro...DSLR pinjam ker?
jangan marah arrrr....
Gaya macam photograper profesional dah ada...hehehehe |
Nasib baik aku tak ambik DSLR tu panggang sekali
mengkalu tak mau berderau ayaq mata tuan punya kamera tu
Black dah get ready dengan sosej istimewa dia
untuk di BBQkan
tengok la besaq mana Black punya sosej dia bawak mai
Sosej ni sebatang boleh makan tiga orang |
Besaq tak? Panjang kan....hehehe...hampa besa tengok ka? |
Lepas abis sosej...ayam lak kami kerjakan
nasib baik beli ayam hok dah perap dah
mengkalu dak aku tak tau la pukul berapa kami nak boleh melahap
thanks to Ayamas Kangar...sebab tolong sediakan untuk kami
kami cuma bagi duit saja
RM15 sekoq...memang berbaloi la...
Ayam kita ni agak-agak boleh makan pukul berapa, Black? |
Bila dah siap semua...sampailah menu last
menu ni lah paling lambat nak masak dan boleh makan
sebab time ni bara yang ada dalam pelenggaq dah tak kuat dah
nak tau apa dia menu tu?
cuba tengok kat bawah ni
Jagung bakaq salut dengan planta...sssllluurrppp |
Alhamdulillah...malam ni semua dapat pakat-pakat rasa sorang sket
aku tengok jam pun dah pukul 11 lebih dah
masa untuk aku chaloo...mengkalu dak...sok lewat la aku bangun
thanx to everybody who took part
harap kita dapat buat lagi next time
aku enjoy malam ni
. . .
No comments:
Post a Comment