Tadi aku sempat pi beli ikan kat Pasar Besar Baru
keadaan memang agak crowded
almaklumlah hari ni cuti hari Sabtu
jadi, ramai yang ambik kesempatan pi beli bekalan bahan mentah termasuklah aku
untuk dimasak di rumah masing-masing
Setibanya aku
aku tengok tempat parkir kereta dah full
mana taknya
kawasan parkir, jauh lebih kecil dari tempat lama
tu salah satu kelemahan tempat baru ni yang aku nampak
harapnya ia akan diambil perhatian oleh pihak yang berkaitan
Aku melangkah masuk ke dalam kawasan market
ermm...pandangan pertama yang dapat aku lihat
ramainya orang beratoq nak beli santan
dah la kawasan laluan bahagian buah-buahan agak sempit
tentunya keadaan ini agak kurang selesa
dan
kalau tak silap aku keadaan ni tak pernah berlaku di tempat lama
kecuali musim perayaan
memang apa pun kena beratoq
sebab semua benda menjadi keperluan
Aku terus pi cari pakcik ayam yang selalu aku dok beli
jumpa...
tempat dia dok kat bahagian tengah market
dari pandangan aku
kawasan dia agak sempit dan kecil
dan laluan public menyusuri pulak agak kecik
jammed....
Begitu jugak dengan kawasan menjual ikan dan daging
tidak ketinggalan kawasan sayur dan barang runcit
turut mengalami nasib yang serupa
cuma...tempat baru ni nampak gayanya
meja jualan lebih banyak berbanding tempat lama
itu yang aku suka
sebab ia membuka banyak peluang kepada peniaga
Inilah gambarannnya...jadi my beloved readers nilailah sendiri |
Kawasan menjual sayur juga agak sesak...senasib dengan tempat lain |
Lepas aku selesai memberi barang-barang keperluan
aku sempat pi breakfast kat gerai makanan Pasar Besar Baru
aku perhatikan
masih banyak gerai-gerai yang belum dibuka
aku lepak kat kedai Pak Usop
cuma dia saja yang aku kenal peniaga dari tempat lama
tu pun Kak Yah yang jaga gerai tu
Pak Usop masih di tempat lama
memang apa yang aku dengar selama ni betul
keadaan gerai baru ni agak kecil dari tempat lama
dan meja pula adalah fix
tapi nak wat macam mana
arahan berpindah perlu dilaksanakan
cuma lepas ni
minta pihak yang berwajib mengkaji masalah yang dihadapi para peniaga
dengar rintihan mereka
dan cuba selesaikan dengan cara yang terbaik
aku rasa ia dapat direalisasikan
Kawasan gerai pelbagai makanan...dari luar nampak ok...cuba masuk ke dalam...huhuhuhu |
No comments:
Post a Comment