Wednesday, August 11, 2010

Bulan Keberkatan Tiba Lagi...

Assalamualaikum kepada semua teman-teman Muslim yang membaca blog ini dan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak juga kepada anda semua. Bulan Keberkatan tiba lagi untuk tahun 1431 H. Sekali lagi kita masih mempunyai peluang untuk mendapat keredhaan dari Ilahi. Inilah masanya untuk kita betul-betul menambahkan amal ibadat sebagai bekalan kita di akhirat kelak. Memandangkan dalam kehidupan seharian kita, kita telah menempuh pelbagai dugaan dariNya, maka pada bulan yang mulia inilah masanya untuk kita melatih diri kita menjadi insan yang kamil. Insan yang mencari cahaya kebenaran demi menuju kehidupan yang sempurna. Dengan peluang yang diberikan inilah diharapkan dapatlah kita menambahkan amal ibadah kita seperti bersolat sunat terawih secara berjemaah di sebelah malam hari di samping kita menunaikan ibadah puasa yang dituntut di sebelah siangnya. Bulan Ramadhan ini juga merupakan bulan yang melatih kita untuk tidak terlalu menurut hawa nafsu. Untuk menjadikannya lebih berkat, eloklah diperbanyakkan dengan membaca Al-Quran, bersedekah, berzikir dan melakukan benda-benda yang berfaedah pada bulan ini. Semoga segala amalan kita diberkati dan diterima oleh Allah. Selamat menjalani ibadah puasa.

Forbidden Heart

Berpeganglah pada manual kehidupan yang telah diturunkan oleh Allah kepada junjungan kita


Kemeriahan Bazaar Ramadhan 1431 Hijrah Kat Tempat Aku


Semalam merupakan hari pertama umat Islam di Malaysia menyambut puasa. Aku berkesempatan untuk melihat kemeriahan Bazaar Ramadhan  kat tempat aku. Ok jugak la, agak meriah. Tapi pada pendapat aku, tak semeriah tahun-tahun yang lepas. Mungkin keadaan ekonomi yang agak lembap kot sekarang ni. Mungkin jer la. Tapi, apa yang menarik, aku melihat ada dari kalangan bangsa yang lain turut sama 'memeriahkan' Bazaar Ramadhan ni. Satu perkembangan yang positif untuk melambangkan prinisp "1 Malaysia". Kepada para peniaga, sumbangan anda kepada golongan yang bekerja adalah amat besar terutama di bulan yang penuh keberkatan ini. Ini kerana secara tidak langsung, anda telah menjimatkan masa anda membantu golongan bekerja menyediakan juadah untuk berbuka puasa. Tetapi, harus diingat, pekerjaan anda sebagai peniaga adalah satu ibadah. Jadi, gunakanlah peluang itu untuk mendapat sesuatu yang bermanfaat dan ganjaran pahala yang hebat dari Allah S.W.T serta keberkatan dariNya.


Kari world performed by 'mamak' yang terdapat kat Bazar Ramadhan tahun ini kat tempat aku
Antara pengunjung-pengunjung yang mencari juadah-juadah untuk berbuka
Kueh yang simple tapi menarik
Banyak pilihan sampai pening pale!


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...