Thursday, September 30, 2010

Melalak Sakan

Semalam aku keluaq dengan member-member lama
member sekolah dulu
Eddy Muz, Sham Panjang, Ali Pak Lah dan Tarim
sebenaqnya depa dok ajak aku keluaq dari Jumaat lagi (24.09.10)
tapi aku tak dapat join...banyak sangat halangan mendatang
sorrylah geng...terutamanya pada Tarim yang balik bercuti

Semalam,
untuk tidak menghampakan depa-depa semua
aku keluaq pi jumpa depa...
perancangan awai tu nak pi main bowling
tetiba Eddy Muz tukaq plan
ajak pi melalak...setelah berbincang...kami semua setuju

Eddy Muz bawa pi satu port yang sempoi
sound system dia sedap
RM15 ja sejam
kami boh dua jam....RM30
sorang RM 6 ja...

Port melalak semalam
Port ni kalau nak naik agak 'semacham' ja rasanya
tapi sebenaqnya tadak apa pun
mungkin perasaan permulaan dia

Tangga nak naik ada lampu merah tu...tak tahan aku tengok
Premis ini diawasai oleh pihak polis....perghhhhh
Lepas Ali Pak Lah kompom bilik ja...
lagu pertama dia boh
Saling Merindu dari kumpulan Leon
lagu top masa kami form 2 dulu-dulu





kat sini guna system code melalui remote control
mula tu susah gak la...kira tak tau nak tekan apa
pastu...sampai tak menang tangan bubuh lagu
dah pakat-pakat tak sabaq nak bawa kuaq skill masing-masing

Ali Pak Lah sampai takdan letak microphone punya pilih lagu
Semalam yang aku best
Si Tarim, layan lagu-lagu dari Herman Tino
mantap seh...
jarang aku pi karok dengan kawan-kawan yang layan lagu dari Herman Tino ni
mamat ni memang hebat



Eddy Muz mempertaruhkan lagu kumpulan Scoin
sememangnya dia memang minat kat kumpulan Scoin ni dari dulu lagi
he...he...he...


Sham
layan lagu dari kumpulan Amuk
Matahari...
yeahea....



Antara screen shot yang sempat aku capture
Geng melalak malam tu..dari kiri sham panjang, ali pak lah, eddy muz dan tarim
Sedaq tak sedaq
dah pukul 12 tengah malam...
lepas supper...kami pun chow
hope  dapat jumpa lagi next time


KL Time...

Lepas abis meeting kat Putrajaya aritu
aku ngan member-member ofis
masuk KL...
sebab ada benda perlu disettlekan
tetiba aku lalu kat satu area
tempat ni agak popular dalam suratkhabar sejak kebelakangan ni
korang pun mesti tau gak tempat ni


Ni la tempat tu...ofis Pengasas pruduk NV
Then, Abang Mi ajak pi amik 'barang' dia lak
kat Masjid India
banyak gedung textile kat area ni
memang rambang mata abis
tapi main dengan poket kosong
tak peraya la...he...he...he

Sempat la aku captured gambar bangunan ni masa aku dok melewaq

Lebih kurang pukul 5.30 petang
kami pun gerak keluar dari bumi KL yang begitu sibuk
tak tau la bila nak mai pulak
dalam on the way  balik tu
banyak tempat jugak la kami singgah
terutamanya untuk makan...
tapi tempat yang paling best
ni pic kat bawah ni

Mee udang Aziz Sungai Dua, Penang

Hok ni yang aku kata best  ni
mee udang Sungai Dua
malam tu Mat E makan mee udang tanpa taugeh...RM15.70
CC makan nasi goreng udang...RM16.20
Abang Mi makan mee udang dengan taugeh...RM 15.70
aku....RM 4.50 (nasik ayam + teh o ais)....kikiki
tak leh nak tumpang toi orang kata
sampai umah pukul 2.00 pagi lebih kurang
teruih...jalan.....

Tuesday, September 28, 2010

Rushing Monday

Pepagi Isnin start working day, aku dah dapat email kena pi meeting kat ibupejabat
kena ada kat sana 28.09.10 mean Tuesday jam 9.30 pagi
wargggghhhhh tension.... gila ka apa ni?
nasib baik Abang Mi mau bawa aku dan kawan-kawan lain pi ibupejabat
mau kalu tak, aku kena kilas stereng Pajero ofis la jawabnya atau naik bas
dan ka tak dan...memang kerja gila ni
pukul 5.00 petang, Abang Mi mai amik aku kat rumah 
pukul 6.30 petang kami dah sampai R&R Gurun
Mat E dan CC dah bantai nasik, aku dan Abang Mi layan minum ja

Milo tarik ni harga dia RM1.40....perghhh


Aku tengok Mat E dengan CC sibuk dok tinjau kiosk mana yang menarik
ni mesti kes nak melantak ni...hehehe
tapi apa pun R&R Gurun tak berapa sibuk petang ni
hujan renyai-renyai menyambut kedatangan kami

Keadaan R&R Gurun yang tak berapa busy


Dah selesai makan dan minum
kami pun terus bergerak ke KL mengejar masa yang semakin menggelap
dan hujan yang semakin melebat

R&R Gurun 


Dalam dok kalut-kalut nak bergerak pergi
Mat E dan lagi membeli sos untuk dia masak char koey teow kat rumah
RM 8 katanya....
mamat ni memangla
hardcore memasak
hu..hu..hu

Ni dia rupa sos char koey teow yang Mat E beli kat R&R Gurun


Lebih kurang jam 8.30 malam kami pun sampai di Petronas Simpang Pulai, Perak
Abang Mi singgah sat
untuk isi minyak Pajero
kalau tak isi mau kena tolak Pajero tu sampai KL
sanggup ka?

Suasana kat Petronas Simpang Pulai, Perak


Akibat kalut-kalut nak carik pam minyak hak mana satu
akhirnya keadaan ini berlaku
patutla orang dok tengok 'semacham' ja kat Pajero kami tu
ha...ha...ha...

Kami ka salah atau papan tanda tu salah letak?


Isi punya isi
angka pada column RM pun semakin meningkat
sehingga mencecah angka ratusan RM
Pajero ni kalau pakai sendiri
mau rabak poket jawabnya
ni nasib baik la company punya

Percaya atau tak percaya?


Dalam tak sedar
rupa-rupanya ada satu 'lembaga'
dah menumpang Pajero kami
ntah dari mana mai 'lembaga' ni
aku pun heran

Lembaga yang aku maksudkan


Lepas selesai isi minyak
kami singgah kat R&R Tapah, Perak
untuk solat terlebih dahulu
lepas solat....rasa lapaq lah pulak
aku bantai nasi putih ayam goreng dan kuah gulai ayam banjir
RM 4...oklah boleh tahan
bersama segelas teh ais
RM 1.50
lapaq punya pasai...abis licin

Cerah bai....


At last, pukul 1 pagi kami sampai kat Chow Kit
dah selesai dan check in bilik
aku pun nak have a sweet dream
kena bangun awal wei
sok takut meeting ke mana...apa ke mana
Mat E dah masuk alam mimpi dah
ok chow....

p/s : thanx to mr director coz give us a transport to HQ

Sunday, September 26, 2010

Ampang Emergency

 Jumaat...
aku ngan family bergegas ke Ampang, Selangor
ada kes emergency
ada seseorang telah masuk ke hospital kat sana
akibat side effect dari ubat dia makan

Hospital Ampang ni security dia boleh tahan jugak la
kanak-kanak di bawah umur 12 tahun diorang tak benarkan masuk
jadi, sesapa yang bawa kanak-kanak masa nak visit sesapa sakit kat sini
boleh la dok lepak depan lobby ja

Lagi satu
enviroment kat sini sempoi ja..
senyap dan sunyi
keadaan tak kelam kabut macam kat hospital-hospital lain
orang sakit pun leh cepat sembuh macam ni...hehehehe

Ni dia gambaq Hospital Ampang

Yang bestnya...
tak jauh dari hospital ni
ada McD
betul-betul bertentang dengan hospital ni
lebih kurang jarak 300 meter ja
ha...kat situlah tempat pelaburan aku
sementara tunggu family aku


Big Mac dan milo ais gelas besar...apa lagi nak dikata

Masa aku sampai kat wad 6C
aku pun ziarahla
orang sakit
tapi...orang sakit dah stabil dah
kalau takda apa-apa
dah bleh discharge hari Ahad (26.09.10)


Orang sakit makan bubur ayam McD...sslluurrppp

Lepas breakfast pagi Sabtu
Abang Fadzhil ajak family pi tengok rumah baru dia beli
kat Ukay Perdana
kalau tak silap aku
Serenia Garden
view kat situ sempoi
dia macam lembah..kebetulan time aku pi tu
hujan turun...jadi agak sejuk...


Ni gambaq belakang rumah baru Abang Fadzhil

Area ni sebenaqnya berbukit bukau
jadi kalau waktu hujan air bukit akan mencurah-curah turun
melalui laluan air yang telah dibina
kalau dapat mandi ayaq bukit ni
memang best woo..
sejuk..sejuk..
lagi satu terlupa lak
sebenaqnya aku ada captured gambaq depan rumah ni
tapi aku terdelete sebab nak clear memory handset aku
hu...hu...hu


Laluan ayaq bukit yang telah disediakan. Bersih ayaq ni.

Patutla value rumah kat kawasan ni mahal-mahal belaka
memang berbaloi la
dengan shape yang menarik di samping view yang cantik
datang dalam satu pakej
thumbs up la kepada pembeli

Erm satu lagi
Encik Yuki peliharaan Kak Sabeha pun dah semakin sihat
semakin gemuk dan semakin montel
mata dia kuning...dulu Encik Yuki ni bebas bergerak dalam rumah
tapi akibat dia nakal
dia dah kena kurung dalam sangkar...kesian


Wajah Encik Yuki yang kena kurung akibat nakal

Setelah hampir lebih 48 jam aku dan family berada di Ampang
tibalah masa untuk aku balik kat tempat aku
bukan boleh dok lama-lama kat tempat orang
ada lagi urusan yang perlu diberehkan
bertimbun-timbun
tepat jam 11 malam (Sabtu 25.09.10)...aku pun keluar dari Ampang
(tu pun selepas aku tawaf dua kali sebelum dapat naik highway DUKE...camna la leh makan buah langsat = erti kata lain tersesat...kikikiki...loqlaq sungguh)
sampai kat umah aku jam 3.30 pagi (Ahad 26.09.10)
aku sorang yang dok 'kilas' stereng
letih bai...hehehehe


Tak laju 120km/j je...4 jam lebih boleh sampai rumah....zzzzz

Thursday, September 23, 2010

Malam Hujan Renyai

Malam ni aku berkesempatan lepak dengan Black
cuma dua orang kami saja
Azril dan kawan-kawan yang lain tak join
maybe hujan kot
aku pun dah dua tiga malam tak keluar

Shah Cafe
Ramai gak customer Shah Cafe malam ni
aku ngan Black lepak kat corner ja
sebab aku dengan dia ja...so takyah meja besar-besar
tak banyak benda kami dua chatting malam ni
kebanyakkan tentang kerja si Black dan projek terkininya

Keadaan agak pack gak malam ni kat Shah Cafe
Malam ni aku dan Black order teh tarik kaw gelas besar
wif french fries
memang layan sambil bersembang
come with chilli sauce dan mayonis
mantthopp seh...

Ni dia ropanya teh tarik kaw gelas besar kat Shah Cafe
Lebih kurang pukul 10 malam
handset Black pun dah berdering...
tandanya 'mem' dia dah balik keja dan tanggunjawab member aku tu kena pi amik
jadi aku dan Black pun chow
dalam keadaan hujan yang renyai-renyai

Selalunya port ni penuh dengan Liverpool fans...hehehehe

Quiet Morning




This morning I was still a chance to have breakfast at the Pasar Besar Kangar food courts. This is the food I am a glass of ice tea. Somewhat different situation this morning like other days. It was a bit quiet around the Pasar Besar Kangar. Often, such periods of little people rushing to look for parking for their vehicles. This morning, I saw many car parking is currently empty.

From where I sit, I see some cats still wandering around looking for food at Pasar Besar Kangar. It was also still there are traders who sell their goods near the fence of the wet market. But in the wet market, the situation was so quiet. As it has long since been abandoned. Public access situation in the middle of the wet market was filled with rubbish that is not cleaned as often.

The situation indicates many traders have moved to a new place like speculated earlier. If I'm not mistaken, I have read in the newspaper today that some traders had started their business in a new place since yesterday. Good. Transfer process occurs with both and agreed by all parties. No trouble occurred. Indeed this is what we want.Although it is difficult to swallow, but many people who abide by the decision to move.

Here's the nasi kandar stall on weekdays.

The same situation occurs in the food court. It seems a bit quiet and lackluster as often.Perhaps this area is usually filled with customers who come to buy goods at the wet market and then stopped briefly at the food court area to moisten the throat. There are also several outlets have been closed since two days ago. I had asked whether the traders in the food court on the workers in a booth. He replied, they will also move in the given time but at least this Sunday. In the heart of a child I whispered, the end of memories in this area. No more nasi kandar, no more kuih-muih and no more roti canai at the booth number 15.

Nasi Kandar Perlis is unusual!

A situation in Sheikh Nasi Kandar.

Wednesday, September 22, 2010

Isu Perpindahan Pasar Besar

Cerita pasal  perpindahan peniaga-peniaga di Pasar Besar ke tempat baru di Kampung Bakau merupakan hot issue kat tempat aku sekarang. Bermacam-macam khabar angin yang aku dengar pasal isu ini sehinggakan media cetak tempatan memaparkan kisah tersebut di dada-dada akhbar masing-masing.

Sebenarnya isu ni dah lama dah aku dengaq. Kalau tak silap aku sejak tiga ke empat tahun yang lalu. Apa yang aku tahu dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, tapak Pasar Besar sekarang ni, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ada cadangan nak majukan dan nak jadikan ia sebagai arked niaga. Pada pandangan aku, itu merupakan satu langkah yang bagus dalam penyediaan infrastruktur yang lebih baik.

Tapi di sebelah pihak lagi, aku juga berpeluang untuk mendengar keluhan mereka. Alasan yang menyebabkan peniaga tidak mahu berpindah adalah faktor kawasan baru tersebut. Katanya, kawasan baru tersebut adalah berdekatan dengan Pasar Borong. Jadi mengapa perlu ada dua buah pasar di kawasan yang terlalu dekat. Kalau tak silap aku jarak di antara dua pasar tersebut cuma lebih kurang 500 ke 600 meter. Selain itu, kawasan perniagaan untuk peniaga pelbagai juadah (kueh, nasi kandar, roti canai dan lain-lain) adalah terlalu kecil.

Terdapat sesetengah dakwaan mengatakan, pihak PBT hanya menetapkan sebuah kedai hanya boleh menyediakan empat buah meja makan sahaja berbanding sekarang yang boleh menampung sehingga 9 buah meja. Mereka juga mendakwa, ruangan kedai di tempat baru adalah begitu kecil jika dibandingkan dengan keadaan kedai yang mereka miliki sekarang. Pasal isu ni, aku tak boleh nak kata apalah, mungkin pihak PBT lebih arif mengapa situasi tersebut terjadi kiranya dakwaan tersebut adalah benar. Tetapi sekiranya ia benar, ia juga merupakan alasan konkrit untuk pihak PBT mengkaji balik kenapa para peniaga di Pasar Besar enggan berpindah ke tempat baru.

Bagi aku, yang hampir saban hari, menghabiskan masa pagi aku di kawasan yang aku kenali sebagai market sejak aku kecil, ia begitu meninggalkan banyak nostalgia untuk diri aku. Di sinilah aku kenali pasar malam, di mana ia merupakan tapak pasar malam sebelum ia di ubah ke kawasan Stadium Utama Negeri. Di kawasan ini jugaklah, aku akan breakfast setiap hari dengan juadah-juadah menarik selain ia juga terkenal di kalangan pelancong-pelancong luar. Kalau sebut market saja, maka akan terbayanglah kemeriahan dan keriuhan keadaan sekelilingnya.

Mungkin sekiranya perpindahan ini betul-betul terjadi, kemeriahan pengunjung ke kawasan ini tidak lagi semeriah dulu, walaupun pihak PBT meningkatkan kemudahan infrastruktur di kawasan ini. Pada aku, aku lebih suka pihak PBT meningkatkan kemudahan infrastruktur dan mengekalkan peniaga-peniaga yang sedia ada untuk terus berniaga di kawasan ini, kerana setiap peniaga yang ada di sini merupakan ikon yang amat dikenali kerana terdapat keistimewaan pada setiap perniagaan mereka dan yang lebih penting mereka mempunyai pelanggan mereka tersendiri.

Aku berharap, pihak PBT dan Kerajaan Negeri dapatlah kiranya menyelesaikan keadaan ini dengan sebaik mungkin. Kerana yang terlibat dalam isu ini majoritinya adalah peniaga bumiputera berketurunan Melayu. Aku haraplah isu ini diselesaikan seperti ibarat kata pepatah menarik rambut di dalam tepung, rambut tak putus tepung tak bercamuk. Yang pasti aku akan tetap merindui keadaan market untuk selamanya.

Pasar yang telah berkhidmat lebih dari 20 tahun akan dipindahkan oleh PBT ke tapak baru

First Futsal After Raya

Semalam lepas kerja, aku ngan member-member kembali menyambung aktiviti bermain futsal kami waktu petang selepas lama terhenti bagi menyambut ketibaan puasa dan menyambut Aidilfitri. Mulanya agak letih, dan ada gak rasa sakit-sakit urat, almaklumlah dah lama stop. Tapi, lama kelamaan jadi seronok. Sambil main sambil dok melawak dan bergelak menyebabkan lupa sekejap keletihan dan sakit-sakit urat yang dialami.

Beg kasut dah berhabuk daa...

Pukul 5.30 ptg, aku pun pelan-pelan gerak ke port futsal aku dengan kengkawan selalu dok main tu dengan scoot kesayangan aku. Saja aku tak drive sebab cuaca amat baik semalam. Lagipun naik scoot ni seronok. Kena angin petang sebelum nak berpeluh-peluh masa main futsal nanti.

Ni dia port futsal kami
D'Futsal Centre, Batu 2, Kangar
Haa...kat sini lah port aku dan kengkawan dok main futsal selalu. D'Futsal Centre Batu 2, kaki-kaki futsal kat tempat aku tau port ni. Selain menyediakan facilities yang sempoi, tempat ni jugak merupakan tempat pelbagai events mengenai kejohanan futsal diadakan baik di peringkat dalam negeri mahupun di peringkat nasional. Kat sini jugak ada disediakan gelanggang futsal yang mengikut spec FIFA. Kalau nak try jomlah....

Court E merupakam court favourite team aku
Ni dia gambaq court E. Court favourite team aku. Tempat dia nun paling hujung dalam kawasan futsal tersebut. Court ni biasa saja, bukan court yang standard. Tapi, seronok main kat sini, mungkin disebabkan laluan angin kot, jadi bila main tak rasa panas sangat.





Ni adalah antara kengkawan sefutsal aku yang mai semalam. Hok lain-lain aku takdan nak interframe. Sebab teruja sangat nak main. Hehehehe...tapi kiranya kehadiran semalam kira oklah. Boleh buat tiga team tak la rasa penat sangat untuk permulaan main ni. Thanks to Zul kerana membuat percaturan yang sempoi semalam.


Enjoy time......
Main punya main dah tak sedaq hari dah nak meghelop dah. Aku pun stop sementara ada lagi kengkawan masih di atas pitch. Bukan apa ingat-ingat sama Maghrib. Hok tu tak boleh lupa walau apa jua alasan. Walau apa pun kira oklah dapat jugak score 3 bijik semalam, walaupun mulanya aku jadi goalie.  Manthhoppp beb. Hopefully minggu depan dapat main lagi. 

Kasut bertuah aku....

Sunday, September 19, 2010

Pertemuan Dua Musuh Tradisi Ke 151

Malam yang ditunggu-tunggu telah tiba...
dua buah pasukan tradisi dalam sejarah BPL bertemu lagi
untuk pertemuan ke 151...
rekod sebelum ini dalam 150 perlawanan
57 kemenangan berpihak kepada pasukan dari utara England iaitu Manchester United
manakala pasukan dari Merseyside iaitu Liverpool hanya baru menang 50 sahaja...
manakala 43 perlawanan lagi berkesudahan dengan seri...

Selepas sepak mula...di Old Trafford..
gelanggang yang penuh dengan hampir 65,000 penonton dan penyokong setia Man Utd
Man Utd berjaya mengawal permainan hampir keseluruhan babak pertama...
sehinggalah Dimitar Berbatov berjaya menjaringkan gol pertama untuk Man Utd menewaskan Pepe Reina..
menerusi tandukan yang begitu cantik...


Babak kedua bermula...
Man Utd meneruskan serangan bertali arus mereka ke kubu Liverpool...
dan sekali lagi...Dimitar Berbatov
berjaya menembusi gawang Liverpool dengan libasan kaki yang menarik...
untuk menewaskan Pepe Reina untuk kali kedua...


walaupun Liverpool bangkit dengan dua gol kemudiannya untuk menyamakan kedudukan...
menerusi satu sepakan penalti hasil daripada terjahan Johnny Evans ke atas Fernando Torres..
yang aku rasa tak sepatutnya reff bagi...(tapi takpa cemey la katakan...hehehe)..
dan satu lagi menerusi free kick yang sepatutnya reff pun tak bagi..
akibat daripada terjahan John O Shea ke atas sapa ntah nama player tu aku tak ingat...
namun ia tak mematahkan semangat juang Man Utd yang begitu tinggi...untuk terus bertarung
menentang Liverpool yang ada 12 pemain termasuk reff  jadi  player depa gak..
ni lah menjadikan aku...i'm really love man utd....
dan hasilnya...pada minit ke 85...
Dimitar Berbatov sekali lagi berjaya menjaringkan hatrick pertamanya untuk Man Utd
menerusi tandukan untuk gol kemenangan mutlak menjadikan kedudukan 3-2...


Selepas wisel penamat ditiupkan...
perlawanan ke 151 ditamatkan...
dengan Man Utd berjaya melebarkan rekod kemenangan kepada 58 ke atas musuh ketat mereka...
Liverpool....
dan sama-samalah kita nantikan...
adakah Man Utd akan dapat menambahkan lagi rekod kepada 59 pada aksi mereka...
ke 152 nanti...
kepada penyokong-penyokong Liverpool...
diharap terimalah kekalahan dengan hati yang terbuka...
ingatlah...
yang terbaik..akan tetap terbaik untuk selamanya...
bersabarlah untuk menunggu gelaran Premier League anda yang pertama...
walaupun dah 19 tahun BPL diperkenalkan dan juara dominannya
adalah...kekal
Manchester United
. . .




Friday, September 17, 2010

Klinik 1 Malaysia

Assalamualaikum
Salam 1 Malaysia
sebab tajuk posting pun dah ada 1 Malaysia..hehehe
ok, semalam aku berkesempatan pi Klinik 1 Malaysia
kat tempat aku...sebab ada salah seorang dari ahli keluarga aku tak berapa sihat

Ermm...kemudahan klinik ni not bad..
thanks to PM kita Dato' Seri Mohd Najib kerana menyediakan peruntukkan
untuk kemudahan ini kepada rakyat...aku sangat-sangat menyokong usaha sebegini


Klinik 1 Malaysia ni jugak merupakan satu alternatif
kepada rakyat yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan kemudahan rawatan
kalau nak dikirakan...pi ambik ubat kat klinik swasta..busuk-busuk pun
mesti kita kena spend RM2+.++
untuk nak dapatkan ubat demam sahaja
tapi kat Klinik 1 Malaysia ni dengan hanya RM 1
kita boleh dapat ubat yang setimpal dengan klinik swasta yang lain
bagus...aku suka situasi ni
situasi yang boleh menjimatkan duit rakyat
dan memberi rakyat kuasa membelanja...




Tapi...
apa yang dapat aku lihat semasa aku berada di situ
perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan yang bertugas adalah amat menyedihkan
sebenarnya, rakyat faham
walaupun perkhidmatan yang diberikan hanya dikenakan bayaran RM 1
tapi janganlah di layan rakyat seperti harga RM 1
aku nak pesan sket lah kat makcik-makcik
yang bertugas kat Klinik 1 Malaysia tempat aku pi tu
kita ni government servant
betapa tidak suka pun kita melayan para pelanggan yang mai berurusan dengan kita
sekurang-kurangnya berilah senyuman untuk pesakit-pesakit yang datang
kalau tak..sia-sialah kerajaan membelanjakan jutaan ringgit
untuk tingkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan awam
ingatlah ayat ni selalu
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
harap-harap pasni...aku dapat tengok perubahan kat situ
anyway...thanks to government again
sebab perihatin dengan masalah rakyat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...