Sabtu 28 Ogos 2010. Jam 19.12. "1 Message Received from Azril Hospital" tertera pada screen handset aku. Aku baca sms yang tertulis,
"Apit kui sploh bro"
"Wonggeh" aku reply balik kepada si penghantar.
Tepat jam 22.05, aku berada di rumah selepas pulang dari mengerjakan solat sunat terawih di masjid. Aku telah menghantar satu sms yang berbunyi begini kepada Azril,
"Om (bahasa indon ni selalu aku gunakan dengan Azril) di mana?"
"Umah om" sms aku dibalas,
"Mahu keluar om?" aku menghantar sms lagi.
"Jom" ringkas sahaja sms aku dibalas lagi,
"Tunggu aku pi amik ang"
"Ok bro" Azril menamatkan smsnya.
Aku pun bergerak ke rumah Azril. Sampai sahaja di rumah kawan baik aku tu, aku tengok dia dok layan mercun "pop-pop" kat depan rumah dia (inilah akibatnya apabila kerajaan mengharamkan rakyatnya bermain mercun, tak meriah langsung...). Kebetulan, dalam masa yang sama, sorang lagi member aku, Jan, pun berada di hadapan rumah Azril. Tapi tak heranla, sebab Si Jan ni tinggal berjiran dengan Azril. Aku pun mengajak Jan sekali naik kereta aku untuk ke kedai Apit.
Ni dia rupa Jan kalau sapa nak tau |
Jan bagitau aku sat lagi dia follow kami berdua dengan moto, sebab dia ada kerja nak dibereskan dahulu. Sementara tu, di kedai Apit, ada sorang lagi member kami dok menunggu kedatangan aku dan Azril dengan penuh setianya. Almaklumlah, arini dia kerja shift pukul 3.00 petang hingga 12.30 tengah malam. Jadi, senangla dia mai kat kami, sebab shift dia kerja tu takdak supervisor nak jaga. Tambahan pulak bulan posa macam ni, apalagi, ngulor la kerja kawan aku ni. Pukul 10.00 malam boleh mai lepak kat kedai makan dah dengan kami. Bahagia....bahagia!
Ni dia member aku yang mai dok tunggu di kedai Apit tu |
Lebih kurang jam 10.15 malam aku dan Azril pun sampai kat kedai Apit. Cari punya cari, akhirnya kami nampakla satu 'lembaga' dok termanggu sorang-sorang kat meja dok menanti kedatangan kami. Azril terus parking kat sebelah dia. Apa lagi, bisinglah si Fauzi ni kat kami sebab mai lewat. Biasala kawan-kawan ni memang suka mengomel kalau ada apa-apa yang tak berkenan di hati. Hehehe. Bukan saja kami nak buat bagi hang tunggu Encik Fauzi oii...tapi janji Melayulah katakan...hehehehe.
Ni dia Azril the Superhero |
Tak lama lepas tu, Jan pun sampai join the group. Maka lengkaplah korum malam ni, aku, Azril, Fauzi dan Jan. Cuma Black saja yang tak boleh keluaq malam ni. Katanya nak tengok Liverpool performed. Ntah ya ntah tidak. Atau mungkin dia ada urusan lain, tapi takpala, kehadiran ni bukanlah untuk dipaksa-paksa.Kalau nak mai join mai ajaaaaa.....
Setelah beberapa ketika, kami pun order la. Malam ni menu supper aku ada kelainan sket. Aku order segelas teh tarik bersama sepinggan capati berkuah sardin. Saja teringin nak makan, bukan ada apa pun.
Segelas teh tarik dan sepinggan capati yang mempunyai sentimental value |
Banyak topik yang kami sembang malam ni, antaranya ialah tentang kartunis-kartunis yang telah memeriahkan industri komik lawak negara. Mengimbau dari zaman Majalah Gila-Gila sehinggalah lahirnya Majalah Ujang. Semuanya diperkatakan oleh kami. Aku banyak bercerita kepada member-member aku tentang lukisan-lukisan yang dihasilkan oleh kartunis Aie dan Gayour. Kartunis Aie yang terkenal dengan karyanya "Abe", "Aku Hidup Dalam Blues" dan "Blues Untuk Aku" amat menarik minat aku untuk mengikutinya ketika aku di zaman persekolahan dulu manakala Kartunis Gayour yang terkenal dengan karyanya "Bersama Selamanya" berjaya menambat hati aku dengan cara menyelit unsur-unsur lagu metal dan underground di dalam hasil seninya yang menjadi ikutan para pembaca pada ketika itu.
Cerah akhirnya semua apa yang ada di atas meja kami |
Sedang asyik bercerita, jam dah menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Sedar tak sedar kami dah berada di kedai Apit dah hampir dua jam. Selepas membayar duit makanan dan minuman, aku dan Azril beransur pulang diikuti oleh Jan dan Fauzi (terus punch card kot rasanya mamat nih...hehehe). Aku nak tengok Manchester United pulak performed malam ni bertemu West Ham United di Old Trafford. Harap-harapnya dapatlah tiga mata penuh untuk mengejar kedudukan Chelsea di persada liga.
Antara menu menarik yang ada kat kedai Apit |
No comments:
Post a Comment