"Titt...titt...titt" alarm handset Sony Ericsson aku berbunyi memecah keheningan pagi Sabtu di mana aku masih berada di dalam mode cuti. Aku bangun untuk mandi selepas aku tertidoq sesudah aku mengerjakan solat Subuh. Jam di dinding menunjukkan pukul 8.30 pagi.
Setelah mandi, aku bersiap. Aku start dan warm up enjin Myvi aku. Lokasi pertama, CIMB Bank untuk mengeluarkan beberapa keping kertas yang bernilai yang tertera lukisan Yang Di Pertuan Agong yang pertama. Setelah selesai urusan aku dengan mesin ATM yang berada di situ, aku berjalan kaki menuju ke Blue Cube yang hanya beberapa langkah sahaja dari CIMB Bank untuk aku jelaskan bil bulanan broadband aku.
Resit pembayaran bil telah aku terima setelah bayaran aku buat di kaunter, seterusnya aku bersama Myvi aku meluncur ke lokasi tetap setiap kali aku nak melakukan servis ke atas Myvi aku. Lokasi tersebut ialah Eng Leong Auto Supplies. Kedai menjual barang-barang spareparts kenderaan kat tempat aku. Kedai ni memang top di kalangan mekanik-mekanik kat tempat aku untuk mendapatkan alat ganti kenderaan. Harga yang ditawarkan boleh tahan jugak la. Aku senang membeli kat sini sebab aku dah biasa dengan Ah Beng, anak tokey kedai ni.
"Ah Beng, minyak Perodua semi sintetik, tapis satu dan ayaq bateri dua" aku buat pesanan.
"Ok, RM 70" sahut Ah Beng setelah barang-barang yang aku pesan diserahkan.
Aku bayar dan bergerak ke lokasi seterusnya.
Bagi mereka yang selalu beli barang di sini, mesti tau tempat ni |
Lokasi seterusnya, Taman Mutiara. Kiang Tyre Battery Allignment Service. Kedai ni dok kat betoi-betoi tepi jalan nak menghala ke Alor Setar. Senang ja kedai dia, tengok ada orang tiub tayar Michelin dok berdiri depan kedai dia. Hahaha. Penuh setia berdiri bagi menggamit kedatangan pelanggan ke kedai tersebut 'makhluk' tu.
Aku drive masuk ke dalam porch kedai tu. Seperti biasa Uncle yang berseluar three quarter bersama tshirt biru Michelinnya datang mendapatkan aku yang masih berada di dalam kereta aku.
"Uncle, arini saya mau tukar minyak sama filter boleh ka? Itu balancing dengan allignment pun kasi buat sekali Uncle" aku berbicara dengan Uncle sambil kepala aku menjengah ke luar tingkap dari dalam kereta aku.
Ni la kedai Uncle yang aku maksudkan |
Selepas beberapa ketika, Uncle dan seorang pekerja Melayunya yang aku kenali sebagai 'Abang' mula mengheret mobile jack untuk jack up Myvi aku bagi memulakan kerja-kerja mengeluarkan tayar untuk proses balancing. Setelah keempat-empat biji tayar Myvi aku telah dibalancing, barulah proses menukar minyak enjin dan filter dilakukan oleh Uncle dengan menggunakan barang-barang yang aku beli dari kedai sebelumnya.
Myvi aku tengah dijack up untuk balancing |
Selesainya penukaran minyak enjin dan balancing, Myvi aku dipandu oleh Abang untuk menjalankan kerja-kerja allignment pula. Kerja-kerja untuk meletakkan kenderaan di atas penimbang tayar kenderaan bukanlah satu kerja yang mudah. Kerja-kerja ini perlu dilakukan dengan penuh kepakaran dan memerlukan skill yang tinggi. Aku melihat, Abang merupakan individu yangmempunyai kriteria tersebut. Sebabnya diamelakukan kerja ni dengan penuh berhati-hati dan kerja-kerjanya amat memuaskan hati aku.
Myvi aku sedang menjalani proses allignment |
Bila selesai semua, macam biasa, aku tanya Uncle.
"Berapa Uncle"
"RM47" kata Uncle dari mejanya.
Aku bayaq dan terus keluaq dan pi basuh kereta.
Setelah abis cuci kereta, aku pi tinted roadtax Myvi aku yang baru diperbaharui. Baru arini aku dapat tinted sebab hari-hari sebelum ni life aku agak sibuk dengan urusan harian. Aku tinted kat Winner Auto Accessories. Bagi sapa-sapa yang tau kedai ni terletak tak jauh dengan Arked MARA dan Seri Garden Inn. (Aku tak sempat nak interframe gambaq kedai ni...sebab aku terlupa hahaha...). Masa aku sampai, kuli dia baru nak buka kedai. Lewat sebab bangun makan soq (sahur) kot semalam. Hehehe. Sahur apa depa ni non muslim. Rentas duit aku RM80 kat sini, sebab aku beli cover aircond untuk screen LCD Myvi aku sekali. Pas abis tinted, aku pun cepat-cepat balik, sebab aku rasa mata aku dah hampir separuh nak tertutup. Almaklumlah bulan posa-posa ni. Cepat letih. Lagipun tak tahan aku tengok banyak non muslim dok layan teh o ais kat kopitiam sebelah Kedai Winner ni. So, sebelum aku tenggelam, baik aku ttttthhhhuuaaannnngggg...see again in the next article....
No comments:
Post a Comment