Tuesday, August 31, 2010

Ex Seri Perlis Old Boys

Nada dering dari Kangen Band tak putus-putus berbunyi dari handset aku. Handset yang aku letakkan di atas meja masih terus berbunyi sambil aku memerhatikan screen yang tertera "Zaiful Ariff calling". Aku menekan butang jawab.

"Hello..." kedengaran suara nyaring dari speaker handset aku.

"Assalamualaikum..." aku membalas.

"Waalaikummussalam..." jawab si pemanggil lagi.

"Ai lama tak dengaq cerita bro, apa habaq hang...." aku cuba bertanya.

"Aku OK ja...bro aku balik kampung 28hb nanti, hang set la kawan-kawan lama kita. Kita keluaq pi 'pekena' apa yang patut. Aku cuti lama gak la. Sampai 31hb kot kalau takdak aral melintang" terang si pemanggil tadi dengan panjang lebar.

Bila aku terdengar ayat "hang set la dengan kawan-kawan lama kita" seraya timbul dalam kepala otak aku ni wajah-wajah Eddy Muz, Ali Pak Lah, Korey dan Pon Tok Pin. Semua ni rakan-rakan seangkatan aku masa sekolah rendah dan sekolah menengah. Kira boleh kata, kawan-kawan yang sama-sama membesar di lingkungan kawasan tempat aku tinggal.

Setelah menamatkan panggilan, aku lantas menghantar beberapa patah perkataan menerusi khidmat sms kepada penama-penama yang aku sebut di atas. Semua penama-penama tersebut mejawab kembali sms aku. Ada yang maklumkan dapat joined dan ada gak yang maklumkan tak dapat nak joined. Tak kisahlah, yang mana yang ada, yang tu kita ajak kuar.

30hb, ketika aku berada di pejabat, sekali lagi handset aku berdering.

"1 new message from Mohd Erwan Che Makhtar" terpapar pada screen handset aku.

Aku baca kandungan sms tersebut. Tetiba hati aku rasa terkejut...lantas aku menekan butang memanggil pada handset aku dan mencari nama Zaiful Ariff.

"Toot..Toot......Toot..Toot.....Toot..Toot"

"Hallo...." aku dengar suara menjawab.

"Assalamualaikum Eyban...."

"Waalaikummussalam..."

"Bro, hang habaq kat Korey lagu mana....ni dia dah tanya aku dalam sms pasai nak berbuka puasa...hang ada janji dengan dia ka?" aku bertanya lagi.

"Ooo...aritu aku ada call dia...aku bagitau la mai awai sket...sebab dia nak turun mai dari Aloq Staq nun...tu pasai kot dia ingat kita ajak dia mai bukak posa di sini...takpa kalau payah-payah sangat...aku suruh dia mai bukak posa kat umah aku ja la...pastu kita kuaq la sama-sama..." terang Eyban

"Erm lagu tu ka cerita dia...takpala hang settle dulu la dengan dia macam mana...pastu apa-apa hang info aku balik pasai ni...." aku memberitahu Eyban. 

Malam 30hb menjelma tiba. Aku seperti yang dijanjikan, pergi ke rumah Ali Pak Lah. Untuk sama-sama menuju ke port yang dijanjikan. Sampai saja di rumah Ali, aku tengok dia dah dok menunggu kat tepi jalan umah dia. Aku stop kereta kat sebelah dia. Ali tanya aku Eyban macam mana? Aku kata kita pi ambik dia kat rumah la. Car pool adalah salah satu amalan yang baik. Hehehehe.

Tak lama lepas tu, kami sampai kat rumah Eyban. Pergh malam ni member aku yang sorang ni dressing ala-ala die hard fans Liverpool FC. Berjersi Liverpool dan three quater kelabu, memang cukup bergayalah. Hehehe. Lepas tu kami bertiga pun bergerak ke port yang telah dijanjikan. Ali Pak Lah punya port ni. Dia yang atoq port ni.

Malam tu yang confirm keluaq adalah aku, Ali Pak Lah, Eyban dan Fakrul. Yang lain seperti Eddy Muz masih berada di KL atas urusan rasmi, Korey terpaksa membawa Siso dari Kumpulan Kopratasa menghadiri function di Alor Setar dan Pon Tok Pin tak dapat hadir di atas sebab-sebab peribadi. Empat orang, kira ok lah dari tak ada langsung.

Sampai ja kat port tu, ada seorang awek ni keluaq mai ambik order. Fulamak muka ala-ala Wardina. Memang best arr port ni Ali. Hang memang cekap. Aku salute! Kiranya bab-bab pemilihan port ni hang memang expert la. Malam tu menu aku, ayaq laici bertop upkan teh ais dan juga bihun tom yam ayam. Kira sekali dengan makan soq (sahur) la tuh.

Port kami malam tu. Nama kedai aku tak ingat dah.

Dari masa menunggu makanan, sehinggalah selesai makan dan bertop up ayaq pulak, macam-macam topik kami dok sembang. Tapi, main topik dia pasal official gathering yang dirancang nak buat kat Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani. Gathering ni di proposekan oleh Korey dalam FB group ex Seri Perlis 1992. Banyak sokongan untuk jalankan projek mega ni. Kami berempat dah set nak cuti pada tarikh tersebut. Walaupun lambat lagi, bulan Disember nun, tapi cuti kena selaras dari awal. Mengkalu dak..parah nanti. Selain tu, topik-topik berkisarkan imbasan kenangan lama masa di sekolah dulu masih tetap hangat untuk dibincangkan oleh kami berempat. Tak lupa juga topik mengenai keluarga dan kerjaya turut sama diheret ke dalam meja empat segi kami ni.

Eyban bersama pose istimewa
Ali Pak Lah setia bersama jersi Italinya

At last, pelbagai bunyi nada dering berkumandang dari handset rakan-rakan aku ni, tu menandakan time's up. Ada yang berbunyi dua tiga kali tapi tak diangkat sebab tak mahu mengganggu topik perbincangan. Ada yang anak call suruh balik (sebenaqnya bukan anak nak call  sangat pun, tapi bini tu yang suruh call..hahaha). Jadi, kami tamatkan gathering malam tu dengan satu harapan, semoga kami semua berkesempatan untuk bertemu lagi di lain hari.

Sunday, August 29, 2010

Segelas Teh Tarik, Sepinggan Capati

Sabtu 28 Ogos 2010. Jam 19.12. "1 Message Received from Azril Hospital" tertera pada screen handset aku. Aku baca sms yang tertulis,

"Apit kui sploh bro"

"Wonggeh" aku reply balik kepada si penghantar.

Tepat jam 22.05, aku berada di rumah selepas pulang dari mengerjakan solat sunat terawih di masjid. Aku telah menghantar satu sms yang berbunyi begini kepada Azril,

"Om (bahasa indon ni selalu aku gunakan dengan Azril) di mana?"

"Umah om" sms aku dibalas,

"Mahu keluar om?" aku menghantar sms lagi.

"Jom" ringkas sahaja sms aku dibalas lagi,

"Tunggu aku pi amik ang"

"Ok bro" Azril menamatkan smsnya.

Aku pun bergerak ke rumah Azril. Sampai sahaja di rumah kawan baik aku tu, aku tengok dia dok layan mercun "pop-pop" kat depan rumah dia (inilah akibatnya apabila kerajaan mengharamkan rakyatnya bermain mercun, tak meriah langsung...). Kebetulan, dalam masa yang sama, sorang lagi member aku, Jan, pun berada di hadapan rumah Azril. Tapi tak heranla, sebab Si Jan ni tinggal berjiran dengan Azril. Aku pun mengajak Jan sekali naik kereta aku untuk ke kedai Apit.

Ni dia rupa Jan kalau sapa nak tau
Jan bagitau aku sat lagi dia follow kami berdua dengan moto, sebab dia ada kerja nak dibereskan dahulu. Sementara tu, di kedai Apit, ada sorang lagi member kami dok menunggu kedatangan aku dan Azril dengan penuh setianya. Almaklumlah, arini dia kerja shift pukul 3.00 petang hingga 12.30 tengah malam. Jadi, senangla dia mai kat kami, sebab shift dia kerja tu takdak supervisor nak jaga. Tambahan pulak bulan posa macam ni, apalagi, ngulor la kerja kawan aku ni. Pukul 10.00 malam boleh mai lepak kat kedai makan dah dengan kami. Bahagia....bahagia!

Ni dia member aku yang mai dok tunggu di kedai Apit tu

Lebih kurang jam 10.15 malam aku dan Azril pun sampai kat kedai Apit. Cari punya cari, akhirnya kami nampakla satu 'lembaga' dok termanggu sorang-sorang kat meja dok menanti kedatangan kami. Azril terus parking kat sebelah dia. Apa lagi, bisinglah si Fauzi ni kat kami sebab mai lewat. Biasala kawan-kawan ni memang suka mengomel kalau ada apa-apa yang tak berkenan di hati. Hehehe. Bukan saja kami nak buat bagi hang tunggu Encik Fauzi oii...tapi janji Melayulah katakan...hehehehe.

Ni dia Azril the Superhero
Tak lama lepas tu, Jan pun sampai join the group. Maka lengkaplah korum malam ni, aku, Azril, Fauzi dan Jan. Cuma Black saja yang tak boleh keluaq malam ni. Katanya nak tengok Liverpool performed. Ntah ya ntah tidak. Atau mungkin dia ada urusan lain, tapi takpala, kehadiran ni bukanlah untuk dipaksa-paksa.Kalau nak mai join mai ajaaaaa.....

Setelah beberapa ketika, kami pun order la. Malam ni menu supper aku ada kelainan sket. Aku order segelas teh tarik bersama sepinggan capati berkuah sardin. Saja teringin nak makan, bukan ada apa pun. 

Segelas teh tarik dan sepinggan capati yang mempunyai sentimental value
Banyak topik yang kami sembang malam ni, antaranya ialah tentang kartunis-kartunis yang telah memeriahkan industri komik lawak negara. Mengimbau dari zaman Majalah Gila-Gila sehinggalah lahirnya Majalah Ujang. Semuanya diperkatakan oleh kami. Aku banyak bercerita kepada member-member aku tentang lukisan-lukisan yang dihasilkan oleh kartunis Aie dan Gayour. Kartunis Aie yang terkenal dengan karyanya "Abe", "Aku Hidup Dalam Blues" dan "Blues Untuk Aku" amat menarik minat aku untuk mengikutinya ketika aku di zaman persekolahan dulu manakala Kartunis Gayour yang terkenal dengan karyanya "Bersama Selamanya" berjaya menambat hati aku dengan cara menyelit unsur-unsur lagu metal dan underground di dalam hasil seninya yang menjadi ikutan para pembaca pada ketika itu. 

Cerah akhirnya semua apa yang ada di atas meja kami
Sedang asyik bercerita, jam dah menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Sedar tak sedar kami dah berada di kedai Apit dah hampir dua jam. Selepas membayar duit makanan dan minuman, aku dan Azril beransur pulang diikuti oleh Jan dan Fauzi (terus punch card kot rasanya mamat nih...hehehe). Aku nak tengok Manchester United pulak performed  malam ni bertemu West Ham United di Old Trafford. Harap-harapnya dapatlah tiga mata penuh untuk mengejar kedudukan Chelsea di persada liga.

Antara menu menarik yang ada kat kedai Apit

Saturday, August 28, 2010

Busy Saturday!

"Titt...titt...titt" alarm handset Sony Ericsson aku berbunyi memecah keheningan pagi Sabtu di mana aku masih berada di dalam mode cuti. Aku bangun untuk mandi selepas aku tertidoq sesudah aku mengerjakan solat Subuh. Jam di dinding menunjukkan pukul 8.30 pagi.

Setelah mandi, aku bersiap. Aku start dan warm up enjin Myvi aku. Lokasi pertama, CIMB Bank untuk mengeluarkan beberapa keping kertas yang bernilai yang tertera lukisan Yang Di Pertuan Agong yang pertama. Setelah selesai urusan aku dengan mesin ATM yang berada di situ, aku berjalan kaki menuju ke Blue Cube yang hanya beberapa langkah sahaja dari CIMB Bank untuk aku jelaskan bil bulanan broadband aku.

Resit pembayaran bil telah aku terima setelah bayaran aku buat di kaunter, seterusnya aku bersama Myvi aku meluncur ke lokasi tetap setiap kali aku nak melakukan servis ke atas Myvi aku. Lokasi tersebut ialah Eng Leong Auto Supplies. Kedai menjual barang-barang spareparts kenderaan kat tempat aku. Kedai ni memang top di kalangan mekanik-mekanik kat tempat aku untuk mendapatkan alat ganti kenderaan. Harga yang ditawarkan boleh tahan jugak la. Aku senang membeli kat sini sebab aku dah biasa dengan Ah Beng, anak tokey kedai ni. 

"Ah Beng, minyak Perodua semi sintetik, tapis satu dan ayaq bateri dua" aku buat pesanan.

"Ok, RM 70" sahut Ah Beng setelah barang-barang yang aku pesan diserahkan.

Aku bayar dan bergerak ke lokasi seterusnya. 

Bagi mereka yang selalu beli barang di sini, mesti tau tempat ni

Lokasi seterusnya, Taman Mutiara. Kiang Tyre Battery Allignment Service. Kedai ni dok kat betoi-betoi tepi jalan nak menghala ke Alor Setar. Senang ja kedai dia, tengok ada orang tiub tayar Michelin dok berdiri depan kedai dia. Hahaha. Penuh setia berdiri bagi menggamit kedatangan pelanggan ke kedai tersebut 'makhluk' tu. 

Aku drive masuk ke dalam porch kedai tu. Seperti biasa Uncle yang berseluar three quarter bersama tshirt biru Michelinnya datang mendapatkan aku yang masih berada di dalam kereta aku.

"Uncle, arini saya mau tukar minyak sama filter boleh ka? Itu balancing dengan allignment pun kasi buat sekali Uncle" aku berbicara dengan Uncle sambil kepala aku menjengah ke luar tingkap dari dalam kereta aku.

Ni la kedai Uncle yang aku maksudkan
Selepas beberapa ketika, Uncle dan seorang pekerja Melayunya yang aku kenali sebagai 'Abang' mula mengheret mobile jack untuk jack up Myvi aku bagi memulakan kerja-kerja mengeluarkan tayar untuk proses balancing. Setelah keempat-empat biji tayar Myvi aku telah dibalancing, barulah proses menukar minyak enjin dan filter dilakukan oleh Uncle dengan menggunakan barang-barang yang aku beli dari kedai sebelumnya.

Myvi aku tengah dijack up untuk balancing
Selesainya penukaran minyak enjin dan balancing, Myvi aku dipandu oleh Abang untuk menjalankan kerja-kerja allignment pula. Kerja-kerja untuk meletakkan kenderaan di atas penimbang tayar kenderaan bukanlah satu kerja yang mudah. Kerja-kerja ini perlu dilakukan dengan penuh kepakaran dan memerlukan skill yang tinggi. Aku melihat, Abang merupakan individu yangmempunyai kriteria tersebut. Sebabnya diamelakukan kerja ni dengan penuh berhati-hati dan kerja-kerjanya amat memuaskan hati aku.

Myvi aku sedang menjalani proses allignment

Bila selesai semua, macam biasa, aku tanya Uncle.

"Berapa Uncle"

"RM47" kata Uncle dari mejanya.

Aku bayaq dan terus keluaq dan pi basuh kereta. 

Setelah abis cuci kereta, aku pi tinted roadtax Myvi aku yang baru diperbaharui. Baru arini aku dapat tinted sebab hari-hari sebelum ni life aku agak sibuk dengan urusan harian. Aku tinted kat Winner Auto Accessories. Bagi sapa-sapa yang tau kedai ni terletak tak jauh dengan Arked MARA dan Seri Garden Inn. (Aku tak sempat nak interframe gambaq kedai ni...sebab aku terlupa hahaha...). Masa aku sampai, kuli dia baru nak buka kedai. Lewat sebab bangun makan soq (sahur) kot semalam. Hehehe. Sahur apa depa ni non muslim. Rentas duit aku RM80 kat sini, sebab aku beli cover aircond untuk screen LCD Myvi aku sekali. Pas abis tinted, aku pun cepat-cepat balik, sebab aku rasa mata aku dah hampir separuh nak tertutup. Almaklumlah bulan posa-posa ni. Cepat letih. Lagipun tak tahan aku tengok banyak non muslim dok layan teh o ais kat kopitiam sebelah Kedai Winner ni. So, sebelum aku tenggelam, baik aku ttttthhhhuuaaannnngggg...see again in the next article....











Santau Keramat

Dah hampir tiga hari tiga hari aku tak sempat melihat blog aku. Disebabkan aku terpaksa berulang-alik ke Alor Setar selama tempoh tersebut di atas urusan rasmi aku yang tak pernah ada penghujungnya.

Hari ini aku terpanggil untuk kembali berkongsi di dalam blog ini disebabkan oleh sebuah tele drama yang aku tonton petang tadi di Astro Ria. Pada pendapat aku, ia merupakan sebuah drama yang digarap dengan begitu baik dan berkesan sekali oleh pengarahnya (aku tak ingat nama pengarahnya) untuk tontonan kita sebagai orang Melayu yang beragama Islam khasnya. Seingat aku drama ini diilhamkan daripada idea Nizam Zakaria sambil dibantu dengan arahan seni daripada Ahmad Muzamil. Dengan menggunakan teknik-teknik fotografi yang terbaik, drama ini juga boleh dianggap sebagai salah sebuah drama terbaik yang pernah aku tonton di samping muzik tema bertajuk "Seperti Hidup Kembali" disampaikan oleh Andra & The Backbone menghidupkan jalan cerita teledrama tersebut.

Baiklah, sebenarnya aku berkesempatan menonton teledrama ini cuma pada separuh jalan sahaja. Bertajuk "SANTAU KERAMAT" di mana pelakon utamanya ialah Aaron Aziz yang membawa watak Najmi di dalam teledrama ini. Najmi yang telah disantau akibat daripada perbuatannya yang suka menzalimi insan lain cuba mencari siapakah individu yang cuba menyantaunya itu (fakta ni aku perolehi dari blogger-blogger lain selepas aku sendiri surf dan cari maklumat tentang telefilem ni..). Tapi akhirnya dia diketemukan hidayah di sebuah masjid ketika dia sedang menunaikan solat Asar bersama seorang lelaki misteri yang memakai pakaian putih.

Di dalam telefilem ini juga, adegan yang paling menarik perhatian aku adalah di mana, Najmi tidak tahu langsung cara-cara mengambil wudhuk di kolah yang terdapat di masjid tersebut, sehinggalah ia di bantu oleh lelaki misteri tadi untuk menyempurnakan wudhuknya dan satu lagi adegan di mana dia mengakui dia tidak tahu bagaimana untuk berniat solat Asar secara berjemaah sehinggakan dia diajar oleh lelaki misteri tersebut. Aku akui benda-benda sebegini memang betul-betul terjadi di dalam kehidupan realiti sebenar kita dan ia bolehlah dijadikan panduan untuk kita di dalam menyempurnakan tanggungjawab kita kepada Allah s.w.t.

Akhir sekali, walaupun aku hanya berkesempatan menonton teledrama ini hanya sekerat jalan, tetapi aku merasai, pengarahnya telah melakukan homework dengan sebaiknya sebelum beliau mengarahkan teledrama ini dengan begitu baik sekali berbanding dengan filem SANTAU arahan pengarah tersohor di negara kita iaitu saudara David Teo (maaf ini adalah komen ikhlas aku dalam membantu perkembangan industri filem negara...). Thumbs up! aku berikan ke atas teledrama ini, di samping lakonan berkesan oleh barisan para pelakonnya. Jadi ia seharusnya menjadi tontonan untuk anda semua.

Aaron Aziz yang membawa watak Najmi dalam teledrama tersebut

Tuesday, August 24, 2010

Pemuliharaan Tapak Pelupusan Sampah Oleh Perbadanan Sisa Pepejal

Bebaru ni aku berkesempatan untuk pi tengok tapak projek yang dipulihara kembali oleh Perbadanan Sisa Pepejal Negara kat kawasan aku. Proses ni aku tak pernah tengok sepanjang aku bekerja kat tempat aku. So, bila dah ada peluang aku pun ambil la kesempatan ni sebaik yang mungkin. Sebab kalau dari luar memang tak nampak proses perjalanan kerja membaik pulih kawasan tu, apa yang leh nampak cuma lori jer keluar masuk ke kawasan tu. Hehehe.

Tapak ni dahulunya bekas tapak pelupusan sampah pepejal, majlis perbandaran. Tapi selepas tapak ini diambil alih oleh Perbadanan Sisa Pepejal Negara, ia segera ditutup dan dibaik pulih. Aku difahamkan, oleh pemaju yang menyelia projek ni, mengikut pelan asal, diorang nak jadikan tapak ni sebagai tempat rekreasi untuk orang awam. Pada aku, bagus gak kalau projek ni dah menjadi kenyataan. So tak timbul lagilah isu bau busuk serta pemandangan yang menyakitkan mata timbul. Dari pandangan mata kasar aku, projek ni nampaknya dijalankan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Harapnya ia menjadi kenyataan.

Geo tekstil yang digunakan untuk mengelak cerun yang dibina runtuh ke sebelah lain

Selain itu, proses mengalirkan gas metana yang terperangkap di bawah timbunan sampah sarap berpuluh-puluh tahun lamanya dialirkan melalui satu saluran yang dipanggil chamber. Tahukah anda, gas metana ni kalau digunakan sebaik mungkin, ia merupakan sumber tenaga yang boleh memberi banyak manfaat kat kita. Kalau tak silap kat Filipina, rumah-rumah setinggan yang ada berhampiran tapak pelupusan sampah akan menggunakan gas metana ini bagi menghasilkan elektrik ke kawasan perumahan mereka. itu merupakan satu contoh yang boleh kita lihat.

Inilah bentuk alur yang digunakan untuk mengeluarkan gas metana dari longgokan sampah di bahagian bawah

Tempat ini jugak telah ditambak dengan lapisan-lapisan tanah yang begitu banyak dan tinggi. Kalau tak silap aku beribu biji lori jugak la digunakan untuk menambak tempat ni. Mana taknya, kan bahagian bawah kawasan ni asasnya adalah longgokan sampah sarap, jadi tanah ni digunakan untuk mengejapkan atau mengukuhkan struktur asas di bahagian bawah kawasan ni la. Kalau asas tak berapa nak kukuh, mungkin sesuatu yang tidak dikehendaki boleh berlaku nanti. Antaranya tanah jerlus atau berlakunya pemendapan di kawasan tersebut.

Kenderaan site yang aku bawa cuba memanjat tebing yang ditambak di kawasan tersebut
Tinggi tak kedudukan kenderaan site aku kat atas tambak tu?

Di sebalik pembangunan dan pemuliharaan yang dijalankan, ada jugak benda yang sepatutnya dipelihara, tapi turut musnah akibat daripada kesan pembangunan di kawasan tersebut. Apa yang aku maksudkan ialah Zon Penampan (Buffer Zone). Buffer zone yang aku maksudkan kat sini ialah hutan paya bakau yang terdapat secara semula jadi di kawasan ini. Kalau tak silap aku, kawasan ni dahulunya dipenuhi dengan kawasan hutan paya bakau. Sejak projek penambakan tapak tersebut, hutan paya bakau di kawasan tersebut dah semakin mengecil saiznya. Apa pun aku berharap, pihak yang bertanggungjawab perasan akan keadaan ini, kerana hutan paya bakau adalah amat penting kepada ekosistem hidupan di persisir pantai selain ia juga merupakan zon tebatan ombak.

Kawasan paya bakau yang diancam bahaya dari projek tersebut

Muara Sungai Perlis yang mengalir berhampiran tapak projek dikelilingi oleh hutan paya bakau












Sunday, August 22, 2010

Teh Tarik Time....


Semalam selepas aku bersolat sunat tarawih, aku pun ajak member baik aku keluar untuk lepak-lepak sambil minum dan 'pekena' apa yang patut. Kiranya orang putih kata 'supper' la.

Aku sms dia "Om, di mana?"

Dia menjawab "Umah om"

Aku bertanya lagi "Mahu keluar ka om?"

Dia menjawab lagi "Ayuh sekarang.."

Aku mengakhiri sms aku kepadanya "Aku pi amik ang bro"

Maka keluarla dua sekawan ini untuk mencari 'port' bagi mengisi aktiviti lapang di waktu malam di bulan Ramadhan yang mulia ini. Seperti yang dirancangkan,aku dan kawan baik aku ni, 'hinggap' la kat Kedai Apit. 'Port' lama kami dulu-dulu kala sebelum tukaq 'port' baru kat Ceri Corner. Kedai Apit ni atau nama rasminya Restoran PCH (aku pun tak tau PCH tu stand for what) terletak betul-betul berhadapan dengan Stesen Bas Ekspress kat tempat aku. Dah hampir dua tahun lebih dah aku tak pernah pi lepak situ. So, banyaklah perubahan yang aku nampak. Antaranya dah ada LCD screen. Satu perkembangan yang menarik. Almaklumlah la ni season baru EPL dah bermula. Kepada kaki-kaki bola apa tunggu lagi. Jom serang.

Pemandangan hadapan Kedai Apit
Dan dengan adanya perkembangan terbaru tu aku nampak adalah kemajuan dari segi perniagaan di Kedai Apit ni. Baguslah rezeki datang mencurah-curah di bulan yang penuh keberkatan ni. Oh ya! Lupalak aku nak cerita, Si Apit ni juga berjaya dah expand warung dia ni dengan membuka sepintu lagi kedai khas untuk roti canai, roti arab, capati dan beraneka jenis roti yang lain. Jadi, tak nampak sempit sangatlah kedai dia macam dulu-dulu kala aku dok mai lepak.

Pelanggan-pelanggan yang lepak sambil layan EPL
Tapi, dalam suasana kemeriahan kat Kedai Apit ni, Si Apit ni boleh pulak dok 'membuta' dalam kereta dia. Mungkin letih kot, sebab siang dah berpuasa, malam pulak nak berniaga. Jom kita tengok tang mana Si Apit ni dok sembunyi. Hehehehe.....

Cuba renung betul-betul, Si Apit tu tengah lena dalam Perodua Kancilnya
Dan setelah aku dan kawan baik aku duduk kat meja, kami pun order la apa yang nak di'baham'. Aku layan teh tarik ja manakala kawan aku mulanya 'bubuh' teh o ais bersama sepinggan capati kuah sardin, pastu top up pulak neslo ais kot atas, perghhh kalau pasai bab makan dia memang lalu punya (sori bro....hehehehe).

Kawan baik aku menunggu capatinya dengan penuh 'sabar'
Segelas teh tarik yang memberikan pengertian seribu makna
Sembang punya sembang, jam pun dah menunjukkan dah dekat pukul 12 lebih dah. Sampai terlupa sat. Dok tak lama pastu, aku dengan kawan baik aku blah balik sambil bunyi ekzos yang terhasil dari Moderno aku  memecah keheningan malam........

Bulan di malam Ramadhan telah menemani makhluk-makhlukNya

Friday, August 20, 2010

Perpindahan Valentino Rossi Dari Pasukan Fiat Yamaha Ke Ducati


Imej jentera yang mungkin digunakan oleh Rossi
Minggu ini dunia telah dikejutkan dengan perpindahan Juara Dunia MotoGP ke Pasukan Ducati. Berita ini telah tersebar dengan agak meluas di internet dan juga rangkaian-rangakaian berita di seluruh dunia. Berbagai-bagai persoalan muncul di kepala otak aku. Kenapa keadaan ini terjadi lagi kepada penunggang kesayangan aku ini. Ia boleh diibaratkan seperti kata pepatah Melayu "pisang berbuah dua kali". Kejadian sebegini seingat aku telah berlaku semasa beliau berada di kem Honda Repsol suatu ketika dulu. Selepas kejayaan demi kejayaan telah dilakarkan oleh beliau kepada pasukan tersebut, akhirnya beliau disingkirkan dan berjuang dengan pasukan Yamaha. Setelah Yamaha mengalami zaman penuh kesuraman selepas zaman kegemilangan mereka bersama Wayne Rainey, akhirnya Valentino Rossi telah mengembalikan 'mahkota kejayaan' kepada mereka yang selama ini hanya dikuasai oleh penunggang-penunggang dari Honda. Sehinggakan pasukan Yamaha sanggup melaburkan wang yang banyak bagi membawa seisi pasukan Rossi keluar dari Honda untuk menyertai mereka. Tetapi mengapa keadaan yang sama kembali berlaku kepada Rossi? Adakah sesuatu konspirasi telah berlaku ke atas Rossi bagi menjatuhkan beliau? Ataupun pasukan Yamaha boleh diibaratkan seperti "kacang lupakan kulit". Sebelum ini juga, ada kedengaran khabar-khabar angin yang bertiup kencang yang membawa berita Rossi akan berpindah, tetapi semuanya agak kurang jelas. Akhirnya segalanya terjawab selepas Rossi tampil dengan kenyataan media menyatakan bahawa beliau telah mengikat kontrak dengan pasukan pengeluar dari Itali itu selama dua tahun bagi musim 2011. Tetapi pasukan Yamaha melalui jurucakapnya menyatakan kekecewaan di atas perpindahan Rossi itu. Sama-samalah kita lihat epik baru yang akan membuka tirai perlumbaan MotoGP Sedunia musim depan.



Muka depan majalah MCN yang telah menerbitkan cerita mengenai Valentino Rossi
46 rulez! Forza Valentino Rossi
Rossi è quello di testare le sue nuove macchine nel circuito
L'articolo con la storia del movimento di Rossi alla Ducati del team







Wednesday, August 18, 2010

MMC Bersama Hari Talesemia Di UiTM Arau

Antara ahli MMC yang hadir
Pada 24 Julai 2010 lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjemput pihak Myvi Motorsport Club  (MMC) untuk bersama-sama memeriahkan Hari Talesemia Negeri Perlis yang telah diadakan di perkarangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Arau. Hari Talesemia tersebut telah dirasmikan oleh Y.B Encik Bakri bin Ali. Pelbagai acara telah dijalankan sepanjang Hari Talesemia tersebut. Antaranya ialah sukaneka, pameran, pemeriksaan kesihatan percuma, kempen menderma darah, cabutan bertuah dan lain-lain lagi. Pihak MMC dijemput untuk memeriahkan acara sukaneka bersama kanak-kanak yang mengidap talesemia. Para peserta tidak kering gusi melihatkan gelagat Abang Lan dan Abang Nasir mengacarakan pelbagai aktiviti sukaneka. Pelbagai acara sukaneka telah diadakan oleh pihak penganjur bagi memeriahkan suasana. Hadiah bagi acara sukaneka telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Pediatrik, Hospital Tuanku Fauziah, Dr. Haji Jamaluddin bin Haji Mohamad. Beliau amat mengalu-alukan penyertaan dari badan-badan bukan kerajaan untuk bersama memeriahkan acara sebegini bagi masa-masa akan datang. Tidak ketinggalan juga ucapan setinggi terima kasih kepada semua ahli MMC yang hadir untuk memeriahkan suasana. Kepada Abang Nasir dan Kak Asma diharap kerjasama di antara kita akan terus berkekalan.

Antara kenderaan myvi yang berada ditempat pertemuan sebelum bergerak ke UiTM, Arau


Barisan Myvi di dalam kawasan UiTM Arau

Mantoro (MMC) menyertai acara bowling buah kelapa


Acara mengisi air dalam botol yang melibatkan kanak-kanak talesemia


Antara posing istimewa wakil MMC sebelum mereka memulakan acara


Wakil MMC dan kanak-kanak talesemia berada di garisan permulaan bagi acara bawa bola pingpong

Acara Lambung Kasih di antara urusetia dan wakil MMC


Abang Lan dan Abang Nasir sedang menjulang 'piala' kemenangan.


Para pengunjungberpeluang menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma







Friday, August 13, 2010

Sweetheart Oh Sweetheart

"Sweetheart Oh Sweetheart! Kenapa la aku tak dapat 'tuned' engkau seperti yang dikehendaki. Oh sweetheart! Tak mengape, akan ku tunggu walaupun seribu tahun lagi. Agar terbuka limpa dan jantungmu untuk memberi 'boost' yang terbaik untuk ku terbang bersamamu. Berbagai adunan dan ramuan telah kuberikan pada mu wahai sweetheart ku, agar kau nampak anggun dan bergaya dan semoga kita akan terus kekal bersama. Demi mu wahai sweetheartku, berapa buah kedai halfcut pun sanggup aku redahi untuk mendapatkan apa yang kau idamkan."

Sembuhlah secepat mungkin wahai sweetheart ku


13 Ogos 2010

"Aku pi workshop pulak. Tengok sweetheart aku. Apa progress? Sebab hari sebelum tu aku dah hantar manifold yang baru siap di welding. Terima kasih Encik Ciko, di atas kerja kemas yang telah anda laksanakan ke atas manifold hak milik aku. Aku puas hati setakat la ni. Tapi, performancenya aku tak tau lagi la. Sebab tak test lagi. Satu lagi, aku nak bagi kredit la kat Mr Krie MMC dan Mr Qayyum (End Red Autopart) sebab banyak membantu aku dalam mencari barang-barang yang agak susah nak dapat kat kedai spare part biasa. Aku pun dah hampir naik pening kepala dah nak cari. Bila contact hamba Allah dua orang ni nasib baik dia orang cakap spare part tu ada. Phhewww! selamat sweetheart aku dan satu lagi selamat duit aku jugak. Hahaha. Semalam masa aku pi workshop, pomen tu dan pasang dah manifold dan turbin kesayangan aku tu. Cuma apa yang aku risau ayat dia. Dia kata valve seal yang baru aku pasang tu maybe tak tahan lama. Sebab minyak hasil daripada kebocoran turbo aku yang dulu-dulu ada memberi kesan kepada valve seal baru aku tu. Bila aku pikiaq balik, maybe kot atau dia ni nak kelentong aku. (Apa pandangan para expertise turbo kei car? Leh bagi pandangan anda?) Ahhh, apa pun biarkan dulu, esok-esok kalau rosak, kita pikiaq cara lain pulak. Yang penting pomen tu kata petang ni (14hb Ogos 2010) sweetheart aku dah boleh discharge! (Kalau sempat aku update nanti) Yiehaaa. Pastu, kalau sempat, aku nak bawa pi kat Ciko sat, tengok sama ada 'sarung nangka' boleh dipasang atau tak? Lokasi seterusnya ialah Lebuhraya Kuala Perlis - Changloon lepas terawih untuk tengok performance terkini....hehehehehe"

14 Ogos 2010


"Tengah hari tu, cepat-cepat aku terus pi kat bengkel pomen aku. Tujuan nak tengok apa dah progress kat sweetheart aku tu. Janjinya hari ni leh discharge dah. Bila ja aku sampai, aku tengok keadaannya dah hampir 90%. Tapi pomen tu buat pening pulak, katanya paip getah dari kotak angin untuk disambungkan ke turbin saiz dia tak cukup besar. Aku saja jer nak perati gelagat pomen aku tu. Dia ni reti ker tak reti. Sebenarnya aku dah dapat dua jenis paip. Satu dari jenis L2s dan satu lagi dari jenis L7. Paip lama yang aku pakai tu sebenarnye hanya terkopek pada mulutnya sahaja. Memang secara logiknya dah tak bleh pakai dah pun. Angin untuk masuk ke turbin akan kurang. Aku jer malas nak cari lain. Kali ni bile dah bukak bumper depan, secara tak langsung aku tukar teruslah. So, aku buat rileks. Aku cakap kat pomen tuh, nanti jap aku balik ambik satu lagi, maksudnye yang L7 punyalah. Dipendekkan cerita, aku pun gi antar kat dia. Dengan semangat yang berkobar-kobar, agar sweetheart aku dapat discharge petang ni. Dah hantar dia tak bleh buat jugak. Dasar pomen pemalas. Aku 'hangin' dah. At last, aku amik spanar dan aku pasang sendiri. Pastu aku tunjuk kat dia. Ini kicik punya hal pun dia tak leh setle. Dia senyap jer. Kekadang ni dia kena ajar camtu jer. Saja dia buat bodoh, 'kena' kat dia. Dah selesai terus aku tanya berapa semua? Dia pun cakap. Aku bayar dan aku blah balik simpan sweetheart aku"

Lepas discharge, aku bawa sweetheart aku mandi spa...hahaha...lulur susu sebelum nak 'test'


15 Ogos 2010

"Arini aku bawa sweetheart aku pi market sahaja. Pi beli ikan pagi-pagi lagi. Pastu balik, aku terus simpan sweetheart aku kat bilik tidur dia. Semoga dia selamat hendaknya.....amin"


Ni dia rupa sweetheart aku kat bilik tidoq dia





Wednesday, August 11, 2010

Bulan Keberkatan Tiba Lagi...

Assalamualaikum kepada semua teman-teman Muslim yang membaca blog ini dan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak juga kepada anda semua. Bulan Keberkatan tiba lagi untuk tahun 1431 H. Sekali lagi kita masih mempunyai peluang untuk mendapat keredhaan dari Ilahi. Inilah masanya untuk kita betul-betul menambahkan amal ibadat sebagai bekalan kita di akhirat kelak. Memandangkan dalam kehidupan seharian kita, kita telah menempuh pelbagai dugaan dariNya, maka pada bulan yang mulia inilah masanya untuk kita melatih diri kita menjadi insan yang kamil. Insan yang mencari cahaya kebenaran demi menuju kehidupan yang sempurna. Dengan peluang yang diberikan inilah diharapkan dapatlah kita menambahkan amal ibadah kita seperti bersolat sunat terawih secara berjemaah di sebelah malam hari di samping kita menunaikan ibadah puasa yang dituntut di sebelah siangnya. Bulan Ramadhan ini juga merupakan bulan yang melatih kita untuk tidak terlalu menurut hawa nafsu. Untuk menjadikannya lebih berkat, eloklah diperbanyakkan dengan membaca Al-Quran, bersedekah, berzikir dan melakukan benda-benda yang berfaedah pada bulan ini. Semoga segala amalan kita diberkati dan diterima oleh Allah. Selamat menjalani ibadah puasa.

Forbidden Heart

Berpeganglah pada manual kehidupan yang telah diturunkan oleh Allah kepada junjungan kita


Kemeriahan Bazaar Ramadhan 1431 Hijrah Kat Tempat Aku


Semalam merupakan hari pertama umat Islam di Malaysia menyambut puasa. Aku berkesempatan untuk melihat kemeriahan Bazaar Ramadhan  kat tempat aku. Ok jugak la, agak meriah. Tapi pada pendapat aku, tak semeriah tahun-tahun yang lepas. Mungkin keadaan ekonomi yang agak lembap kot sekarang ni. Mungkin jer la. Tapi, apa yang menarik, aku melihat ada dari kalangan bangsa yang lain turut sama 'memeriahkan' Bazaar Ramadhan ni. Satu perkembangan yang positif untuk melambangkan prinisp "1 Malaysia". Kepada para peniaga, sumbangan anda kepada golongan yang bekerja adalah amat besar terutama di bulan yang penuh keberkatan ini. Ini kerana secara tidak langsung, anda telah menjimatkan masa anda membantu golongan bekerja menyediakan juadah untuk berbuka puasa. Tetapi, harus diingat, pekerjaan anda sebagai peniaga adalah satu ibadah. Jadi, gunakanlah peluang itu untuk mendapat sesuatu yang bermanfaat dan ganjaran pahala yang hebat dari Allah S.W.T serta keberkatan dariNya.


Kari world performed by 'mamak' yang terdapat kat Bazar Ramadhan tahun ini kat tempat aku
Antara pengunjung-pengunjung yang mencari juadah-juadah untuk berbuka
Kueh yang simple tapi menarik
Banyak pilihan sampai pening pale!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...