Wednesday, May 4, 2011

Musim Harumanis Sudah Bermula


Kemeriahan pesta buah mempelam harumanis Perlis telah bermula. Spesis mempelam yang hanya boleh didapati di Negeri Perlis ini sedang rancak dijual di tepi-tepi jalan. Kebiasaannya musim harumanis bermula pada bulan April sehingga ke penghujung bulan Jun. Harumanis merupakan mempelam yang tiada tolok bandingnya dari segi rasa jika dibandingkan dengan spesis-spesis mempelam yang lain.

Terdapat beberapa lokasi di sekitar Perlis di mana mempelam harumanis ini boleh didapati. Antara kawasan-kawasan tersebut adalah :-
  • Sepanjang Lebuhraya Kuala Perlis - Changlun (kawasan Ulu Pauh)
  • Jalan Kangar - Alor Setar (sepanjang kawasan Behor Lateh sehingga ke Behor Temak)
  • Perniagaan Haji Ahmad Sekeluarga, Jalan Santan (top tempat ni...hehehe...tiap-tiap tahun fully booked)
  • Sepanjang Jalan Sungai Batu Pahat (berhampiran ladang mempelam Jabatan Pertanian)
Peniaga mempelam harumanis ini memberitahu aku bahawa pada musim ini bekalan harumanis agak berkurangan di pasaran. Ini disebabkan permintaan tinggi terhadap harumanis di pasaran luar. Trend tersebut sentiasa meningkat setiap tahun. Jikalau dulu seseorang individu hanya membeli dua ke tiga kotak, tetapi untuk tahun-tahun kebelakangan ini seseorang individu membeli dua puluh ke tiga puluh kotak. Disebabkan itulah bekalan harumanis berkurangan di pasaran tempatan.


Disebabkan rasanya yang enak berbanding mempelam spesis lain, tidak hairanlah harga harumanis boleh mencecah sehingga RM15 sekilo! Selain itu, harumanis juga boleh dihidangkan bersama pulut dan menjadi makanan kegemaran masyarakat setempat. Harumanis juga telah diadaptasikan menjadi jus mempelam harumanis dan rasanya sungguh enak. Disebabkan itulah, harumanis telah dijadikan salah satu produk komersial di Negeri Perlis.

Pokok mempelam harumanis

Kepada mereka yang datang ke Perlis, jangan lupa membawa balik harumanis ke tempat anda sebagai ole-ole yang sentiasa diingati.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...