Isnin lepas aku berkesempatan bawa family aku pi tengok pameran kenderaan terbesar di Asia Tenggara yang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur. Pameran yang dikenali sebagai Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) telah menampilkan berbagai-bagai pengeluar kenderaan sama ada di peringkat nasional mahupun di peringkat antarabangsa.
Pintu masuk utama ke dewan pameran |
Pada kali ini aku tengok banyak pengeluar kenderaan mempamerkan kenderaan-kenderaan yang menggunakan teknologi hybrid dan juga penggunaan kereta elektrik. Mungkin sudah tiba masanya, untuk pengeluar-pengeluar kenderaan memikirkan mereka harus mengeluarkan kenderaan yang enviromental friendly.
Antara kenderaan yang menggunakan elektrik |
Pada pameran kali ini juga, pembuat kereta nasional iaitu Perusahaan Otomobil Kedua atau lebih dikenali sebagai Perodua telah memperkenalkan model prototaip terbaru mereka yang menggunakan teknologi hibrid iaitu Bezza. Bezza merupakan keluaran prototaip yang terunggul dari Perodua dan aku merasakan sekiranya ia dikeluarkan sebagai production mungkin ia dapat menyaingi model-model terkemuka seperti Honda dan Toyota yang telah berada di pasaran.
Perodua Bezza satu kemajuan teknologi dari Perodua |
Pandangan hadapan yang mampu menyaingi model-model terkemuka |
Tidak ketinggalan juga, Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) telah memperkenalkan model-model terbaru keluaran mereka. Dengan cantuman teknologi daripada Lotus, Proton juga dilihat mampu bersaing dengan keluaran syarikat-syarikat terkemuka yang lain.
Antara model yang dihasilkan oleh Proton yang mampu menambat hati pelawat |
Proton Lekir merupakan salah satu model prototaip |
Selain model-model keluaran syarikat tempatan, KLIMS kali ini juga menampilkan model-model terkemuka dari Jepun seperti Honda dan Toyota. Kedua-dua pengeluar gergasi Jepun ini telah menampilkan model keluaran mereka dengan penuh bergaya dengan ciri-ciri teknologi terkini.
Model prototaip Toyota yang menggunakan sistem hybrid |
Insight merupakan model hybrid yang dikeluarkan Honda |
Honda Type R khas untuk pasaran Eropah |
Pada keseluruhannya aku tengok, KLIMS pada kali ni berjaya menarik ribuan peminat-peminat kenderaan di dalam dan di luar negara. Mungkin ini merupakan salah satu usaha kerajaan untuk menjadikan negara kita sebagai hub pengeluaran automotif terkemuka di Asia Tenggara. Diharapkan pada tahun-tahun hadapan ia akan terus direalisasikan kerana ia pasti tidak mengecewakan pengunjung yang hadir.
No comments:
Post a Comment