Saturday, July 2, 2011

Dah Pun Bulan Julai

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pejam celik, pejam celik dah pun masuk bulan Julai. Cepat betoi masa berlalu aku rasakan. Dah tak sampai sebulan akan tiba pula kedatangan bulan Ramadhan yang mulia. Bermakna blog aku ni pun akan berusia setahun tak lama lagi. Yezaaaa. Diharapkan kedatangan Ramadhan yang mulia nanti akan memberi keberkatan pada diri aku dan kalian semuanya.


Ok, aku pun dah lama tak buat entri dalam blog aku ni. Apa cerita yang menarik sepanjang bulan Julai ni. Dah jemu dah asyik dok dengar cerita pasal isu-isu semasa ni. Kadang-kadang tu aku rasa mereka-mereka semua tu berperangai macam 'tak matang' ja. Baik di pihak 'A' mahupun di pihak 'B'. Berkecuali lagi baik tanpa 'menyebelahi mana-mana pihak. Rasanya lebih 'aman' kehidupan ni. Rasanya kalian pun tahu apa yang aku maksudkan tu.

Bagi peminat-peminat bola sepak. Ada satu kejohanan besar berlangsung pada bulan ini. Dah berlangsung pun sebenarnya. Copa America 2011. Di mana Argentina menjadi tuan rumah bagi kejohanan tersebut. Aku sempat melihat perlawanan pertama kejohanan tersebut pagi tadi di Astro Supersport HD. Perlawanan pembukaan di antara Argentina bertemu Bolivia di mana berkesudahan seri 1-1. Satu permulaan yang baik untuk Bolivia pada kejohanan edisi kali ini. Jangan lupa satu lagi perlawanan penting bagi peminat-peminat bola sepak tempatan. Perlawanan timbal balik pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 di antara Chinese Taipei bertemu Malaysia pada hari Ahad, 3 Julai 2011. Kalau tak silap aku ada siaran langsung kat Astro Arena bermula jam 7.00 malam. Last game tengok pasukan Malaysia main tak berapa 'sedap' sangat. Sebab aku masih 'terbuai' aksi diorang di dalam kejohanan AFF Suzuki Cup tempoh hari. Masih teringatkan aksi 'mantap' skuad senior kebangsaan bermain di dalam kejohanan tersebut. Dan di luar jangkaan aku juga melihat corak permainan bola sepak Chinese Taipei!

Bagi peminat-peminat filem sekuel Transformers, filem dah keluar pada tayangan permulaan semalam. Aku dengar cerita berduyun-duyun peminat fanatik sekuel filem ni dah turun memenuhi pawagam-pawagam di seluruh negara semalam. Sampai ada yang menangis-nangis dalam Facebook akibat tiket sold out! Aku sebagai salah seorang peminat sekuel ni akan menuruti langkah untuk ke pawagam kalau takda aral melintang. Almaklumlah aku ni gerabak banyak. Kena 'setel' satu-satu dulu kasi clear. Tadi Azril Darkmatters dah calling aku tanya "dah kompom ke belum?". Aku baca dalam paper hari ni, ada tertulis tentang artikel mengenai lakonan terakhir hero dalam cerita Transformers ni. Alasan utama beliau sebab "letih" berlakon cerita ni. Aku rasa nak tergelak pun ada.


Thursday, June 9, 2011

Cerita Sana Sini....

Dah lama aku tak 'mengarang' dalam blog ni. Dah nak dekat sebulan kot rasanya. Tapi hari ni aku tertarik nak tulis bila mana aku terpaksa membayar harga segelas teh o ais pada harga RM 1.20. Biasanya setiap pagi aku dok minum aku hanya perlu membayar RM 1.00 sahaja. Bermakna harga segelas teh o ais kat tempat aku dah naik lagi 20 sen. Satu peningkatan yang agak tinggi. Mungkin kenaikan ini bersesuaian dengan harga gula yang juga naik di pasaran akibat daripada pengurangan subsidi oleh pihak kerajaan. Tapi adakah logik untuk menaikkan segelas teh o ais kepada 20 sen berbanding kenaikan sekilo gula oleh peniaga-peniaga tempatan. Di manakan rasionalnya?

Ketika aku membeli sebiji roti Gardenia yang dijual berhampiran kedai runcit kat tempat aku sekali lagi aku terkejut apabila harga roti yang dahulunya 60 sen telah meningkat kepada 70 sen. Sekali lagi kenaikan sebanyak 10 sen telah terjadi kepada barangan keperluan harian pengguna. Mungkin juga disebabkan oleh kenaikan tarif elektrik yang diumukan oleh pihak kerajaan maka, syarikat pembuat roti Gardenia tersebut terpaksa menaikkan harga roti tersebut bagi menampung kosnya yang semakin meningkat. Persoalannya, adakah mereka tahu pengguna sekarang 'terlalu' dibebankan dengan kenaikan harga barang yang terlalu 'tinggi' pada pandangan aku. Itu belum masuk lagi harga minyak RON 95 yang mungkin akan naik pada bila-bila masa, susu, gula dan sebagainya.

Aku tertarik apabila menonton Berita TV9 semalam. Petronas Dagangan mengumumkan keuntungan sebelum cukai yang mereka perolehi adalh melebihi 90 billion ringgit. Pada fikiran aku itu keuntungan yang diperolehi ketika harga minyak masih pada harga sekarang. Sekiranya kerajaan bersetuju untuk mengurangkan lagi subsidi minyak maka keuntungan PDB mestilah berlipat kali ganda lagi. Akhirnya rakyat juga yang terpaksa menanggung bebanan 'azab' ekoran dari kenaikan harga barang tersebut.

Dalam akhbar dua tiga hari lepas, aku ada terbaca Astro akan menyusun semula pakej bulanannya dan akan berlaku peningkatan sebanyak RM 1 hingga RM 15 bagi setiap pelanggannya. Kalau tak silap aku 'bebaru' ni pun ada kenaikan jugak pada bil Astro tapi disebabkan caj cukai perkhidmatan yang naik kepada  6 %. Aku dok nampak, bila kenaikan terlalu banyak, ramai yang akan 'potong' servis televisyen satelit ni. Waktu tu kita akan nampak banyak taman perumahan yang selama ni banyak 'piring-piring' satelit mungkin akan digantikan dengan antena-antena TV1, TV2 dan TV3 macam dulu-dulu kala. Bagus jugakla. Support balik industri televisyen tempatan yang boleh ditonton secara percuma dari terjerat daripada menbayar bil Astro yang terlalu membebankan pengguna

Akhir sekali aku tertarik dengan dasar baru kerajaan yang ingin menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi suatu hari nanti. Tapi aku rasa lebih menarik jika rakyat Malaysia sendiri terpaksa kembali menonton TV tanpa Astro sambil minum air kosong dan makan biskut kering. Betul tak?......

Sunday, May 15, 2011

Maharaja Lawak Minggu Ketujuh


Rancangan realiti TV terbitan Astro Warna ini telah masuk minggu ketujuh. Untuk minggu ketujuh ini peserta-peserta yang masih bertahan adalah Kumpulan Jozan, Nabil, Kumpulan Sepah, Kumpulan Jambu, Kumpulan Balas, Man dan Amir. Tema persembahan untuk minggu ketujuh ini adalah silent comedy, seperti yang telah diprovok oleh Ahmad Idham di minggu keenam rancangan Maharaja Lawak ini. Cabaran itu telah diterima oleh para peserta dan persembahan dimulakan oleh Kumpulan Sepah bagi minggu ketujuh ini. Secara keseluruhan, persembahan para peserta adalah memuaskan walaupun masih ada terdapat seorang dua peserta yang tidak dapat mengekalkan konsistensi persembahan mereka. Mereka yang tidak dapat mengekalkan konsistensi itu cuma melakukan lawak hanya untuk diri mereka dan seperti komen Ahmad Idham kepada seorang peserta ia adalah tidak memenuhi kehendak Maharaja Lawak. Saya amat bersetuju dengan komen yang diberikan Ahmad Idham. Pentas Maharaja Lawak adalah besar dan para peserta tidak seharusnya melakukan persembahan bagai melepaskan batuk di tangga.

Minggu ketujuh telah menyaksikan Amir tersingkir dari rancangan ini. Ini adalah berdasarkan jumlah undi penonton, markah dari para juri dan juga undian penyingkiran oleh para peserta sendiri. Untuk minggu ketujuh, Kumpulan Jambu telah berjaya menduduki tempat pertama dengan lawak silent comedy ala-ala penghibur dari Itali, itu adalah komen dari Mamat Khalid. Namun untuk minggu kelapan, dikhabarkan ada undian masuk ke rancangan Maharaja Lawak ini. Jadi sama-samalah kita tunggu dan saksikan rancangan ini minggu hadapan di Astro Warna.

Manchester United Melakar Sejarah Baru BPL


Kejuaraan Liga Perdana Inggeris (BPL) telah hampir melabuhkan tirainya dengan hanya berbaki satu perlawanan bagi setiap pasukan yang bertanding. Manchester United telah dinobatkan sebagai juara untuk musim 2010/2011 ini dengan merampasnya kembali daripada genggaman pasukan Chelsea dan sekaligus memadam rekod 18 kali kejuaraan yang dicatatkan oleh pasukan Liverpool. Ini merupakan kejuaraan ke 19 untuk United, pasukan dari Utara England ini dan merupakan kejuaraan ke 12 sepanjang Liga Perdana Inggeris mula diperkenalkan sejak tahun 1992. 

Saat-saat kejuaraan adalah milik United
Pertemuan dengan Blackburn Rovers, United hanya memerlukan satu mata bagi menjamin kejayaan mutlak sebagai juara Liga Perdana Inggeris musim 2010/2011 ini. Walaubagaimanapun, United ketinggalan pada babak pertama hasil jaringan Emerton pada minit ke 20. United yang dikenali sebagai sebuah pasukan yang tidak pernah berputus asa telah menggandakan asakan pada separuh masa kedua perlawanan. Satu mata yang dicari merupakan misi yang amat penting oleh anak-anak buah Alex Ferguson dan harus dilaksanakan sebaik mungkin di Ewood Park sebelum mereka boleh berpesta di Old Trafford. Hasilnya, United telah dihadiahkan sepakan penalti selepas penyerang prolifik Manchester United iaitu Javier Hernandez dijatuhkan oleh penjaga gol Blackburn Rovers, Paul Robinson di dalam kotak penalti. Wayne Rooney dengan tenang merembat ke sebelah kanan Paul Robinson bagi menewaskannya untuk kedudukan 1-1. Kedudukan tersebut terus kekal hingga ke wisel penamat dan United memastikan satu mata berharga yang menobatkan mereka sebagai juara dapat di bawa pulang.

Dengan hanya bertemu dengan Blackpool pada perlawanan terakhir mereka di Old Trafford, apa jua keputusan yang berlaku telah memastikan United bakal menjulang trofi kejuaraan liga perdana yang ke 19 mereka di hadapan penyokong-penyokong sendiri. Setelah sah bergelar juara liga perdana untuk musim ini, United boleh memberi fokus terhadap perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Barcelona pada 28 Mei 2011 di Wembley. Glory...glory...man united!



Saturday, May 14, 2011

Masjid Al Bukhari, Alor Setar

Semalam aku turun Alor Setar. Aku berkesempatan singgah kat Masjid Al Bukhari. Terletak kat Jalan Langgar, berhampiran dengan Pasaraya Giant, Alor Setar. Dengar cerita pembinaan masjid ini adalah dana dari seorang usahawan bumiputera yang berjaya. Alhamdulillah. Rasanya ada di antara pembaca kenal kot usahawan tersebut. Tak payahla nak mention kat sini. Sebelum-sebelum ni pun aku selalu singgah solat jugak kat masjid ni. Aku suka dengan suasana kat masjid ni. Cuma untuk sebelum-sebelum ni, aku jarang bawa kamera sekali. Dikesempatan ni, aku snap beberapa pic bersama kamera murahan aku tu.





Sunday, May 8, 2011

Bukit Bendera Penang

Entri kali ni merupakan entri ke 100 blog aku
Entri tentang Bukit Bendera @ Penang Hill masa aku pi selepas singgah Pulau Sayak
Dah 'terlajak' sampai Penang...langsung pi tengok
Agak lama juga tempat ditutup dan di'renovate'
Selepas 'renovate' moh kita tengok apa yang terbaru di sana











Banyak jugakla perubahan berlaku....especially keretapi bukitnya
dah semakin laju macam LRT
stesen pun dah adaaircond di bahagian bawah...manakala stesen tengah dah tak payah interchange
tapi kat bahagian atas Bukit Bendera...still tiada perubahan
cuma masa aku pi...medan seleranya baru diorang nak renovate
itu jer....bolehla

Mee Udang Pulau Sayak


Pulau Sayak. Suatu nama tempat yang tak pernah aku dengar dan jejak seumur hidup aku. Berpunca daripada satu post di Facebook aku telah membuatkan aku mengetahui dan menjejaki ke tempat ini. Sebuah perkampungan kecil nelayan yang terletak di daerah Kuala Muda, Pulau Sayak menjanjikan suatu pengalaman baru kepada mereka yang baru mengenali tempat ini.

Terletak lebih kurang 20 km dari Bandar Sungai Petani, terdapat satu kompleks kuarantin Jabatan Perikanan di sini. Apa yang dapat diperhatikan, keadaan di Pulau Sayak ini amat menenangkan tanpa diusik oleh arus pembangunan yang sedang pesat berlaku di kawasan sekitarnya. Masyarakat nelayan di situ kelihatan begitu akrab sekali kerana mereka dilihat sentiasa berada di dalam komuniti dan duduk bersama-sama setelah mendaratkan hasil laut.





Ok, apa sebenarnya yang 'core' yang boleh didapati di Pulau Sayak ni sehingga menyebabkan orang luar sanggup datang ke kawasan pedalaman ni sehingga jam 2 pagi? Jawapannya kerana di Pulau Sayak ni terdapat beberapa gerai yang menyediakan mee udang yang sangat istimewa pada kadar harga yang amat-amat berpatutan. Ini adalah merupakan tarikan utama yang menyebabkan Pulau Sayak diketahui umum. Mee Udang Pulau Sayak.


Dijual pada harga RM 7 sepinggan ia merupakan perbelajaan yang amat-amat berbaloi sekali untuk menikmati sepinggan mee udang yang berkualiti. Dibandingkan dengan tempat-tempat lain, untuk sepinggan mee udang kita perlu berbelanja sehingga RM 15 ke atas dan ada di sesetengah tempat, udang tersebut ditimbang dahulu sebelum ia dimasak bersama dengan mee. Perkara tersebut tidak berlaku di Pulau Sayak. Jadi kepada para penggemar mee udang, moh le kita ke Pulau Sayak untuk menikmati mee udang di sana.


Jadi apa tunggu lagi. Ini adalah kedai yang aku kunjungi. Nombor telefon dah ada...kalau ada sesiapa nak bawa saudara mara dari jauh tu dialu-alukanlah. Kot-kotla nak booked dulu...mana tahu kan...sebab kat sini sentiasa 'full house'.....

Sweetheart Oh Sweetheart Episode 7 : New Engine Run Off


Dah lepas test PUSPAKOM, geran pun dah dapat. Geran baru lagi siott. Cetak nama aku lagi sebagai owner  kat bahagian depan geran tu. Fuh! Mantop seh! Aku pederas enjin baru tu tak ingat kot dalam Pekan Kangaq ni. Kecesssss sana....kecesss sini...pi kedai dekat rumah pun dah tak naik scoot lagi dah...naik Moderno ke mana-mana...hehehe...tengah dok gila blow off...hahahaha...macam 'ciwi' la pulok...

Lepas dok puaih keces-keces dalam Kangaq aku plan nak try drive enjin ni long distance. Aku ada plan nak pi Pulau Sayak weekend ni. Korang tau ka kat mana Pulau Sayak? Aku pun tak pernah sampai, tapi menurut info yang aku dapat, Pulau Sayak ni adalah sebuah perkampungan nelayan kat daerah Kuala Muda, Kedah. Adala lebih kurang dekat 200km lebih dari rumah aku. Matlamat aku nak test ketahanan enjin 'baru' ni. Asyik dok main 'short distance' ja. So kita tak tau apa masalah dia nanti...

At last aku sampai Pulau Sayak. Dah hampir jam 12 tengah hari. Aku pederas kot Jalan Yan. 130 km sejam takder masalah untuk enjin baru tu. Aku dok follow Proton Persona, sesekali aku try potong dan kecesss dia sket. Saja ja kasi 'bakar'. Kalau Proton Persona tu tekan sket memang sah-sah dia leh tinggalkan aku, tapi harus diingat dia tak boleh kecesss.....hehehe

Aku isi minyak kat Petronas Jalan Kuala Kedah. RM 17.00 jer dah full tank...sebab still ada baki lagi minyak dalam tank Moderno aku. Saja isi kasi penuh sebab senang nak 'terus' jer. Bila dah sampai Pulau Sayak, dok nampak lambaian Penang je sayup-sayup dari pantai Pulau Sayak. Apa lagi alang-alang menyeluk pekasam, aku pun cargas ikut Jalan Penaga sampai ke Penang. Sampai Penang, ronda-ronda sket last sekali aku isi minyak kat Petronas Jalan Masjid Negeri. RM 20.70 dah full tank.

Aku cargas balik ke Perlis melalui highway dengan purata kelajuan 100 km/j. Keluar ikut Plaza Tol Aloq Staq (U) dan balik Kangaq ikut jalan lama. Total semua RM37.70 untuk minyak bagi perjalanan 3++ kilometer....fuhhhh....jimat-jimat...enjin baru ni....Ini mungkin disebabkan faktor turbin standart yang aku pakai sama kot...kalau tubin lama aku tak dapat FC macam tu....mau lebih lagi....parokkkk aku...hehehehe

Itulah ceritanya untuk enjin 'baru' aku tu. Ujian pertama dah lepas. Nanti kalau diizinkan aku nak try eksperimen naik bukit pulok. Plan seterusnya.....Cameron Highland.....tungguuuuuuu......

Saturday, May 7, 2011

Maharaja Lawak Minggu Keenam


Minggu ini sekali lagi menyaksikan tiada penyingkiran bagi para peserta dalam rancangan realiti kegemaran ramai ni. Walaupun Kumpulan Balas, Man dan Amir menjadi bottom three, pihak juri telah mengumumkan tiada penyingkiran untuk minggu ini. Pihak juri yang hanya diwakili oleh Ahmad Idham dan Saiful Apek telah mengumumkan satu sistem undian terbaru untuk minggu ketujuh. Untuk minggu ketujuh peserta Maharaja Lawak dibenarkan untuk membuat undian bagi menyingkirkan pesaing masing-masing dan jikalau peserta yang diundi keluar itu mendapat tempat pertama, peserta yang mendapat tempat pertama tu pulak berhak untuk mengundi pesaing pilihannya untuk disingkirkan. Bagi minggu ini, aku merasakan Kumpulan Jambu melakukan persembahan yang mantap. Diikuti oleh Nabil bersama lawak GPSnya. Manakala Jozan pula nampaknya kehilangan rentak bersama lawak 'mengurut' diorang. Apapun, kita tunggu minggu depan apabila Ahmad Idham mengumumkan tema 'silent comedy' untuk minggu depan.

Trip Last Weekend

Last week, dalam situasi kewangan aku yang tak menentu
sempat lagi aku buat trip vacation pi KL...hehehe...saja dah boring dok ngadap Bangunan KWSP Kangar
kebetulan pulak cuti berganda Hari Buruh...apa lagi....challo bettey
on the way nak pi...aku dan singgah Lost World kat Ipoh
aku tak pernah pi lagi tang tu...nasib baik Mat Udie bagi arah GPS nak pi sana
cuma aku sedikit termakan 'buah langsat'...sesatla tu
tapi...at last sampai jugak...lokasi yang menarik
terletak berhampiran bukit...dengan rega masuk RM38....bolehla



Apa yang menarik sangat kat Lost World of Tambun ni?
Kat sini ada kolam ayaq panas, ada tempat mandi, ada 'show' rimau, ada mini zoo...but interesting
cuma...time aku sampai, hujan 'sedikit' turun....
tapi mandi jugakla...sebab dah bayaq tiket...rugi wooo....kikiki
lagi satu...kat sini ada kereta api yang boleh bawa kita 'ronda' sekeliling taman tema ni....F.O.C



Itu cerita pasal lokasi pertama yang aku pi masa cuti last weekend
lokasi kedua...iCity Shah Alam...
punyalah semangat nak pi...sebab baca dalam 'paper' macam menarik
bayaq RM 10 ja untuk parkir kenderaan...untuk nak main yang lain-lain kena bayaq asing

Apa ada kat iCity ni?
kat sini yang utamanya korang bleh tengok pokok-pokok berlampu
yang kedua....ada Snowhouse....berapa bayaran masuk aku tak pasti
pastu aku tengok ada tempat mainan untuk 'kanak-kanak'
aku layan tengok pokok-pokok berlampu ja...walaupun dalam keadaan tempat tu orang 'full house'
almaklumlah cuti kelepasan am la katakan....





Sebenaqnya aku nak post entri ni lama dah
tapi...sejak balik dari trip...asyik ter'delay' ja hajat murni aku tu...
at last dapat jugak la aku post entri ni...
bagi sesapa hok belum pi lagi dua tempat kat atas tu...
sila la berkunjung kat tempat-tempat tu...kalau ada duit lebih....

Friday, May 6, 2011

An Evening At Tennis Court

Entri kali ni aku try guna konsep 'fotoblog'
tapi gambar yang aku load masuk taklah sehebat photographer yang 'dok' ada
sebab aku belum sampai 'level' tu lagi
tambahan aku pakai kamera digital biasa ja...kecheek punya






















apa pun just 'layan' ja....

tq kepada model-model yang ada dalam pic ni
munip, mat imam, jj, mat udie, zul, mat zul, rizal dan nuar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...