Monday, December 27, 2010

Malaysia : Tanah Tumpah Darahku

Semalam, buat pertama kalinya aku menyaksikan permainan pasukan Malaysia begitu mantap sekali selepas era emas Malaysia dipertengahan tahun 80 an dan awal 90 an. Beraksi di pentas final pertama di Kejohanan Piala Suzuki AFF 2010, pasukan Indonesia dilihat bukanlah lawan kepada Skuad Kebangsaan kita. Disuntik dengan formula rahsia 'King' Gobal, Skuad Kebangsaan dilihat begitu bertenaga terutamanya pada separuh masa kedua.

Pasukan Indonesia dilihat tergapai-gapai di dalam menahan asakan bertali arus dari Skuad Kebangsaan yang dijana oleh bahagian tengah (midfield) Skuad Kebangsaan kita. Diketuai oleh Jeneral yang berasal dari Perlis iaitu Amar Rohidan banyak menjana hantaran-hantaran cantik ke bahagian serangan sambil di bantu oleh watak-watak penting lain seperti Nor Shahrul Idlan Talaha dan Safee Sali.
Saat gemilang Skuad Kebangsaan bermula pada minit 59, apabila Nor Shahrul Idlan Talaha bijak membawa bola secara solo melepasi kawalan pemain pertahanan Indonesia iaitu Maman Abdulrahman dan melorongkannya kepada Safee Sali untuk merembat masuk gol pertama Malaysia.

Pada minit ke 69 pula menyaksikan, Skuad Kebangsaan semakin selesa di hadapan dengan jaringan cantik hasil rembatan Ashari yang masuk menggantikan Mohd Amirulhadi Zainal selepas menerima umpanan cantik dari Norshahrul Idlan Talaha untuk menewaskan penjaga gol pasukan Indonesia.
Sekali lagi pada minit 71, penyokong-penyokong Malaysia yang memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil bersorak gembira apabila meraikan gol ketiga Skuad Kebangsaan melalui tandukan deras Safee Sali yang menerima hantaran lintang cantik dari S.Kunalan dari sebelah kanan untuk menewaskan Markus Harison Rihihina untuk kali ketiga.

Dengan kemenangan 3-0 pada final pertama semalam, telah meletakkan Skuad Kebangsaan sebelah kaki untuk menjulang Piala Suzuki buat kali pertama. Pertemuan final kedua akan berlangsung 29 Disember 2010 di Gelora Bung Karno.

Skuad Kebangsaan yang mengembalikan nostalgia Era Emas Skuad Harimau Malaya

Ayuh rakyat Malaysia, teruskan usaha kita menyokong pasukan kebangsaan kita

Apa yang menarik perhatian aku semalam, dan membuatkan hati aku terdetik di Stadium Nasional Bukit Jalil ialah sebuah kain rentang gergasi yang tertulis "TANAH TUMPAH DARAHKU". Aku merasakan ia merupakan ayat-ayat keramat kepada pemain-pemain Skuad Kebangsaan kita yang menghayati maksud perkataan tersebut. Aku sebagai supporters juga merasakan aura ayat-ayat tersebut di pelusuk sanubari aku. Ayat yang memberikan 1001 makna itu telah meningkatkan semangat pemain-pemain kita untuk berjuang hingga ke minit-minit terakhir perlawanan. Aku rasa kain rentang tersebut perlu di bawa merentasi Nusantara untuk di gantung di Gelora Bung Karno pada 29 Disember nanti. 

Ayat-ayat keramat yang menaikkan semangat juang pemain Skuad Kebangsaan

Banner inilah aku maksudkan
 Dari pembacaan aku dalam laman blog IJAM : Dari Bukit Jalil ke Mehraj, dari Malaysia ke Anfield, banner tersebut dimiliki oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai ULTRAS MALAYA. Kewujudan kumpulan penyokong setia Skuad Kebangsaan ini telah lama wujud sejak dari tahun 1980 an lagi. Ciri-ciri untuk menjadi seorang ULTRAS adalah seperti yang berikut :-

1. PAKAIAN: Sentiasa memakai pakaian yang berindentitikan MALAYSIA apabila ke stadium. Memakai jersey MALAYSIA, kalau tiada jersey Malaysia bolehlah memakai pakaian yang berwarna hitam (Hitam sinonim dengan pergerakkan ULTRAS), kalau tiada kedua-dua di atas, bolehlah memakai jersey pasukan negeri masing-masing. DiHARAMKAN sama sekali untuk memakai jersey pasukan/kelab LUAR NEGARA. Ingat kita datang sebagai rakyat MALAYSIA bukan rakyat England ker? Rakyat Spain, Rakyat Jepun ker? Rakyat Brazil etc

2. MUFFLER: Sila bawa Muffler. Muffler merupakan ciri-ciri penting seorang ULTRAS. Muffler penting untuk kita melakukan pelbagai aksi dan gaya sokongan apabila kita di stadium kelak.


3. BENDERA: Bendera Malaysia juga salah satu elemen penting.


4. KASUT: Sila pakai kasut. Benda ini wajib untuk sebagai imej penyokong yang yang berpakaian kemas dan cantik atau faktor kesemalatan juga. NO SELIPAR dan SANDALS.


5. BERDIRI: sebagai seorang ULTRAS, mereka perlu berdiri sepanjang 90 minit perlawanan. Ini adalah cara sokongan semua ULTRAS di seluruh dunia.

6. MENYANYI: Kita perlu menyanyi tanpa henti sepanjang 90 minit perlawanan berlansung tanpa dipengaruhi apa jua keputusan. ULTRAS menyanyi berpandukan Chants/Lagu yang diarahkan dan diketuai oleh Capo ULTRAS.


7. PATUHI ARAHAN KETUA: Di stadium, ULTRAS sentiasa patuh pada arahan CAPO. CAPO ini yang akan bertindak selaku ketua untuk memberikan arahan dan gaya bentuk sokongan kepada pasukan. CAPO jugalah akan mengetuai nyanyian Chants/Lagu


8. CURVA: Apabila berada di dalam stadium, ULTRAS akan memilih untuk duduk dikawasan berhampiran belakang sisi pintu gol, dinamakan CURVA. CURVA inilah tempat yang paling sesuai dan selamat untuk menjalankan aktiviti ULTRAS yang aggresif. Curva jauh daripada penonton biasa, golongann keluarga dan kanak-kanak.


9. DILARANG MEMBALING OBJECT: Sila menjadi penyokong yang berdisplin. Jaga tingkah laku anda. Jaga imej penyokong ULTRAS. Jangan sesekali cuba membaling object ke dalam balapan, longkang mahupun padang. Tingkah laku ini hanya dilakukan oleh PENYOKONG BODOH lagi tak BERTAMADUN. Mereka ini semua adalah LALANG di stadium, sila jauhi sikap buruk ini. Jikalau anda gagal mematuhi, kami tidak sesekali teragak-agak untuk menangkap dan menghantar anda kepada pihak bertanggunjawab.


10. EMOSI: Sebagai seorang yang berjiwa ULTRAS paling penting untuk menjaga emosi! Walaupun pasukan kita bermain tidak seperti yang diharapkan mahupun keputusan yang tidak memihak kepada kita, tetapkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan walau apa jua keadaan. Nyanyian lagu-lagu semangat penting untuk menaikkan semangat juang dan moral pemain.


11. AMBIL TEMPAT: Bila duduk bersama kami sila ambil tempat masing-masing iaitu dikawasan kerusi tempat duduk penonton, bukannya bersidai di kaki lima. Tempat itu khas untuk Capor Ultras dan orang-orang kuat Ultras untuk ketuai nyanyian dan formasi pergerakkan. Kalau nak menempel kat situ, silalah pergi ke pintu lain. Bukit Jalil besar dan 100k capacity, banyak lagi ruang untuk menyemakkan diri. Tetapi bukan di situ, kami mahu pergerakkan ini tersusun rapi dan cantik.


12. FLARE & SMOKE BOMB : Penyalaan suar atau pun bom asap hanya perlu bila mendapat arahan dari ketua. Jangan memandai-mandai untuk bakar sendiri. Bila ditangkap pihak berkuasa kami tidak akan bertanggungjawab. Kalau nak bakar sendiri pergi sertai kumpulan lain dan tempat lain. Kami tidak mahu cara sokongan ini "well organized" baru orang tidak akan pandang serong. Sebab itu serahkan pada yang arif tentang bab ini.

(sumber ciri-ciri ULTRAS MALAYA aku perolehi dari http://mforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=520042)

Akhir sekali aku mendoakan kejayan Skuad Kebangsaan walaupun aku tidak dapat bersama di Gelora Bung Karno untuk melihat mereka menjulang Piala Suzuki buat kali pertama, semoga ULTRAS MALAYA terus memberi sokongan padu di mana juga Skuad Kebangsaan kita berjuang. Ayuh Malaysia....roaaaarrr!!!!

Sunday, December 12, 2010

Setelah 18 Tahun Berlalu...

Bebaru ni, tanggal 4 Disember 2010, bertempat di Cinta Sport Cafe, Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah, tercatatlah sebuah kenangan yang terpahat kembali di hati aku. Mana tak terpahatnya, sebuah majlis reunion rakan-rakan dari Sekolah Kebangsaan Seri Perlis Tahun 1992 telah diadakan.

Sambutan majlis diadakan secara sederhana tetapi agak meriah dan menarik itu telah disusun aturkan dengan penuh jayanya oleh Korey (Mohd Erwan bin Che Makhtar). Setelah hampir 18 tahun tidak pernah bersua, majlis tersebut telah berjaya menghimpunkan kembali 17 orang bekas pelajar sekolah tersebut. 

Ada di antara rakan-rakan yang tinggal di selatan tanah air telah sanggup datang ke majlis ini demi bertemu kembali rakan-rakan yang telah sekian lama terpisah. Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih tak terhingga kepada rakan-rakan yang sudi datang bersama ahli keluarga mereka ke majlis ini walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang besar.

Ini mungkin langkah pertama dalam usaha mengumpulkan kembali rakan-rakan dari Sekolah Kebangsaan Seri Perlis Tahun 1992. Diharap usaha-usaha murni dalam mengeratkan silaturrahim antara kita sentiasa diberkati olehNya dan diharap ia akan mendatangkan kemajuan dalam mengumpul kembali rakan-rakan lama kita yang telah lama terpisah.


Antara rakan-rakan yang hadir pada malam tu

Tidak lupa juga di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli keluarga bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Perlis yang turut sama hadir memeriahkan suasana dan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap majlis yang telah diadakan pada malam tersebut. Kalian semua memang the best!!!

Hero-hero yang pernah mewarnai hari-hari di SKSP 1992

Kemesraan masih lagi terjalin walaupun sekian lama terpisah

Dikesempatan ini jugak, aku memasukkan gambar kelas 6H dan 6K (maaf, aku hanya ada dua gambar kelas ni sahaja dalam simpanan aku) untuk mengimbau kenangan pada ketika berada di Sekolah Kebangsaan Seri Perlis 1992 bagi tatapan rakan-rakan sekalian. Diharap kita akan bertemu lagi di lain kesempatan. Amin

Kelas 6K Tahun 1992

Kelas 6H Tahun 1992



Friday, December 10, 2010

KL International Motor Show (KLIMS) 2010

Isnin lepas aku berkesempatan bawa family aku pi tengok pameran kenderaan terbesar di Asia Tenggara yang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur. Pameran yang dikenali sebagai Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) telah menampilkan berbagai-bagai pengeluar kenderaan sama ada di peringkat nasional mahupun di peringkat antarabangsa.


Pintu masuk utama ke dewan pameran

Pada kali ini aku tengok banyak pengeluar kenderaan mempamerkan kenderaan-kenderaan yang menggunakan teknologi hybrid dan juga penggunaan kereta elektrik. Mungkin sudah tiba masanya, untuk pengeluar-pengeluar kenderaan memikirkan mereka harus mengeluarkan kenderaan yang enviromental friendly.


Antara kenderaan yang menggunakan elektrik

Pada pameran kali ini juga, pembuat kereta nasional iaitu Perusahaan Otomobil Kedua atau lebih dikenali sebagai Perodua telah memperkenalkan model prototaip terbaru mereka yang menggunakan teknologi hibrid iaitu Bezza. Bezza merupakan keluaran prototaip yang terunggul dari Perodua dan aku merasakan sekiranya ia dikeluarkan sebagai production mungkin ia dapat menyaingi model-model terkemuka seperti Honda dan Toyota yang telah berada di pasaran.


Perodua Bezza satu kemajuan teknologi dari Perodua


Pandangan hadapan yang mampu menyaingi model-model terkemuka

Tidak ketinggalan juga, Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) telah memperkenalkan model-model terbaru keluaran mereka. Dengan cantuman teknologi daripada Lotus, Proton juga dilihat mampu bersaing dengan keluaran syarikat-syarikat terkemuka yang lain.


Antara model yang dihasilkan oleh Proton yang mampu menambat hati pelawat

Proton Lekir merupakan salah satu model prototaip

Selain model-model keluaran syarikat tempatan, KLIMS kali ini juga menampilkan model-model terkemuka dari Jepun seperti Honda dan Toyota. Kedua-dua pengeluar gergasi Jepun ini telah menampilkan model keluaran mereka dengan penuh bergaya dengan ciri-ciri teknologi terkini.


Model prototaip Toyota yang menggunakan sistem hybrid

Insight merupakan model hybrid yang dikeluarkan Honda


Honda Type R khas untuk pasaran Eropah

Pada keseluruhannya aku tengok, KLIMS pada kali ni berjaya menarik ribuan peminat-peminat kenderaan di dalam dan di luar negara. Mungkin ini merupakan salah satu usaha kerajaan untuk menjadikan negara kita sebagai hub pengeluaran automotif terkemuka di Asia Tenggara. Diharapkan pada tahun-tahun hadapan ia akan terus direalisasikan kerana ia pasti tidak mengecewakan pengunjung yang hadir.

Thursday, November 11, 2010

Banjir Kat Area Aku

Seperti yang semua dah tau...
bebaru ni area Utara teruk mengalami banjir
Aloq Setaq dan Kangaq lumpuh sepenuhnya daripada aktiviti harian

Bagi aku, banjir kali ni memberikan pengalaman pertama aku
merasai bagaimana peritnya rumah dinaiki air
pergh...punya la letih nak melakukan kerja-kerja menyelamat
harta benda yang ada kat dalam rumah

Keadaan banjir kat rumah aku pada hari pertama


Sebabnya air banjir yang masuk ke dalam rumah aku datang dengan begitu cepat
air mulai masuk ke dalam rumah aku jam 6 pagi 2 November 2010
ketika aku dikejutkan...aku tengok air baru cecah gigi pintu rumah
sementara aku pergi meletakkan kenderaan di atas jalan
rumah aku telah digenangi dengan air banjir yang masuk begitu laju
15 minit pertama air dah mencecah bahagian buku lali




Air banjir kat dalam rumah aku pada 15 minit pertama


Setelah selesai kerja-kerja menyelamat peralatan...(kecuali perabot)
aku sempat meninjau keadaan sekitar kawasan rumah aku
dasyat jugakla penangan banjir kali ni
abis...hampir keseluruhan kampung aku ditenggalami air banjir


Jalan ni kedalamannya hampir di paras paha


Kebanyakkan penduduk kat kawasan aku
sempat menyelamatkan harta benda diorang
banyak kereta diletakkan di atas bahu-bahu jalan
cuma...apa yang aku kesal
pihak-pihak yang berwajib...tidak belajar dari kesilapan yang telah diorang lakukan
pada tahun 2005 yang lalu
dan
setelah hampir 5 tahun...kejadian yang sama kembali berulang
siapa yang menanggung kesan daripada kesilapan mereka?
rakyat yang menderita...kerana menanggung beban kerosakan harta benda
yang begitu ketara
mengharapkan bantuan yang dihulur?
mungkin tidak setimpal dengan keperitan yang dilalui...
keperitan yang tidak dapat digambarkan dengan perkataan
hanya mereka yang melalui keadaan itu sahaja yang memahami
erti keperitan sebenar


Antara kenderaan-kenderaan yang sempat diselamatkan


Daripada sumber-sumber maklumat yang aku perolehi
banjir kali ini menjadi buruk kerana
pintu air dari Empangan Timah Tasoh telah dibuka
bagi tujuan mengurangkan takungan air di dalam empangan tersebut
yang telah mencecah paras bahaya
akibat kesan banjir yang terjadi di kawasan Selatan Thailand
Keadaan seperti tahun 2005 telah kembali berulang
dengan skrip yang sama...




Berapakah kedalaman banjir pada pendapat anda?


Harapan aku...agar kita sama-sama bermuhasabah diri
mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku
hanya Allah sahaja yang mengetahui
bagi mereka yang mengalami...semoga anda tabah menghadapi dugaan dari Nya
bagi yang telah melakukan kesilapan...
ingatlah kesilapan anda...menderitakan ratusan ribu orang
betapa dasyatnya penangan anda...
harapnya anda belajarlah dari kesilapan yang anda lakukan
semoga ada perancangan di masa hadapan



Monday, November 1, 2010

Sunday Story of My Life

Aku tertidoq lepas solat Subuh tadi...
sayup-sayup aku terdengar dari bilik aku...sound system dari karnival yang diadakan berhampiran dengan
rumah aku...aku terjaga....rupanya dah jam 9.15 pagi dah...lama gak aku tertidoq rupanya...


Family aku ajak aku pi tengok karnival apa yang berlangsung sejak semalam tu?
aku mandi dan bawa family aku pi tengok...rupa-rupanya.....


Main enterance Karniva Gegaria Metro


Karnival Gegaria Harian Metro sedang berada kat tempat aku...bermula 30hb hingga 31hb Oktober 2010
maksudnya arini last day lah...macam-macam booth ada kat karnival ni...bermula dengan Celcom...sehinggala
diakhiri oleh booth Harian Metro sendiri...selain tu...bermacam-macam acara gak ada dijalankan..
kira ada gak kemeriahannya...
cuma...kehadiran pengunjung agak kurang memberangsangkan...daripada pemerhatian aku la...
maybe sebab hujan kot dalam dua-tiga hari ni kat tempat aku...mungkin tu salah satu penyebabnya...


Antara booth-booth yang terdapat pada karnival tu


Pada pemikiran aku...karnival ni boleh disamakan macam Karnival Jom Heboh anjuran TV3...
bezanya saiz karnival ni kecil sket berbanding Karnival Jom Heboh anjuran TV3...
jadi pihak pengurusan karnival ni kena memikirkan sesuatu strategi bagi menarik lebih ramai pengunjung...
pada masa akan datang....untuk permulaan aku rasa not bad...sekurang-kurangnya...pihak penganjur
tak serik untuk datang lagi berkarnival kat tempat aku ni...


Booth Modenas yang menjadi perhatian ramai dengan pameran ATVnya


Lebih kurang jam 10.30 aku pulang ke rumah...sebab member aku nak mai rumah...
tujuan member aku nak mai sebab nak ajak aku pi Kedai Steven....
Kedai Steven ni tempat geng-geng turbo dok repair turbin turbo kereta diorang...
kebetulan...aku free...dan ada sebijik turbo milik aku untu dibaiki...


Lebih kurang jam 1.00 petang dua orang member aku mai....Black dan Pali
dengan menaiki Satria Pali...aku pun tumpang sekaki ke Kedai Steven yang terletak di Pekan Changlun...
tapi lokasi pertama yang kami bertiga tuju...sebuah kedai gambar yang terletak di Jalan Langgar, Alor Setar...
Pali nak cuci gambaq orang kawen...projek yang beliau lakukan masa balik Perlis...income lumayan tuh...


Sementara dok tunggu gambaq-gambaq Pali siap dicuci...kami pun ronda-ronda la pekan Aloq Setaq ni...
mengeksplorasi kedai-kedai halfcut yang wujud di sekitar bandaraya Aloq Setaq ni...
tujuan menziarahi kedai-kedai halfcut ni...untuk cari barang-barang halfcut yang rare...
itulah hobi yang aku dan Black amat suka buat masa sekarang ni...tapi aku rasa Pali tak terkecuali...
mengkalu tak...masakan bumper Mitsubishi Cyborg Limited boleh terpasang kat kereta beliau...hehehehe


Abis semua port-port halfcut kami jelajah...ketua rombongan mencari ialah Black...
dari satu kedai ke satu kedai...dari kedai Ah Meng belakang Pizza Hut Mergong hinggala ke kedai mewah
Enzo Auto Gallery...takut aku tengok barang dalam kedai tu...seat Bride dalam kedai tu saja cecah harga...
RM 3000.00....perghhhhh...


Antara kedai barang-barang kereta yang kami pi


Lepas selesai meronda baru teringat nak pi renew lesen memandu Black kat Pejabat Pos...
nasib baik sempat....baru jam 2.00 petang...Pejabat Pos masih available untuk berurusan...
lepas renew  lesen Black...kami start  meronda balik...
sementara nak tunggu gambaq yang Pali hantaq tadi siap diproses....


Tang ni lah Black renew lesen dia


Apa pun aku nak rakamkan terima kasih banyak-banyak kat Pali...
dah la beliau yang sponsor minyak...tol pun beliau sponsor jugak...kami ni hujung-hujung bulan biasala...
ibarat ayaq dah masuk paras-paras hidung....hehehehe...




Bukan setakat kereta, dengan tuan kereta sekali kami 'pinjam'


Tepat pukul 3.30 petang...Pali contact balik kedai tempat beliau hantaq gambaq tadi...dah siap...
kami pun chalo pi amik gambaq-gambaq tu...ada 200 keping semua...banyak gila...aku tanya Pali berapa
beliau dapat untuk satu projek shoot gambaq....Pali kata RM 600....perghhh!!!...lumayan...lumayan...aku dok pikiaq...nanti la ada modal sket...aku nak sambaq jugak DSLR sebijik...nak wat projek macam Pali...
dapat beli bumper moderno limited edition mata ketam dah ler...hehehehe


Masa dok dalam kereta Pali tu...aku dan la baca paper Kosmo!...Pali beli ka, Black yang beli ka aku tatau...
aku teringat pasal final Piala Malaysia yang aku tengok semalam kat Astro Arena 801...
menang jugak akhirnya pasukan Kelantan...tahniah pada nakhoda yang membawa kejayaan kepada mereka...
Tan Sri Annuar Musa...memang seorang tokoh bolasepak yang berwibawa yang aku salute...
selain daripada beliau...yang aku rasa individu yang ada ketokohan dalam bola sepak...
ialah Dato' Ahmad Basri Akil...yang berjaya membimbing Kedah ke zaman kegemilangan pada era 90-an...
anyway tahniah kepada pasukan Kelantan...selepas 89 tahun berjaya jugak depa kuncup Piala Malaysia...
dan menjadi pasukan yang ke 14 berjaya memenangi piala berprestij tersebut...




Kosmo! yang aku baca hari ni


Lebih kurang jam 4.30 petang...kami sampai kat Kedai Steven...hujan masih renyai-renyai...
Black pi dok bersembang dengan Steven pasal turbo yang nak direpair tu...
Steven kata dia nak tengok dulu turbo tu...aku pun pi amik bawa turun dari dalam but belakang keta Pali...
Steven kata ok...RM 80 sahaja...dia nak try servis dulu....aku pun tinggal la turbo tu kat Kedai Steven...


Dalam on the way balik rumah...Black ajak pi makan nasi lemak kat depan Sekolah Tengku Budriah...
sempoi katanya...pernah dia, Mat Heron dan Adi pi makan kat situ sampai 15 bungkus...gila depa ni
makan ka mentekedarah...hehehe...Black kata tu baru test tak balun betoi-betoi lagi...hahahaha




Kedai nasi lemak hok kami pi tu

Bila dah kata sedap tu...aku pun try la...memang best pun...tambahan kena dengan teh panas gelas...
hujan-hujan pulak tu...perghhh..apa nak dikata...hehehehe

Tengok...berapa bungkuih depa balun

Black kata nanti kita return  balik...nak ajak Azril mai sekali...aku rasa tu adalah cadangan yang bernas...
lain kali return...siap aku nak balun betoi-betoi...hehehehe

Pukul 6.00 petang...baru aku sampai rumah...dalam keadaan hujan renyai-renyai...

Thursday, October 28, 2010

Tugu 1 Malaysia

Semalam time aku nak balik kerja
aku terpandang satu tugu...located depan pejabat aku
sebenaqnya tugu ni dah lama dah siap
dulu asalnya tapak tugu ni ada pokok besaq
tapi pokok tu dah tumbang...kena pukui dek ribut

Apa yang menarik pada tugu ni ialah logo "1 Malaysia"
logo yang dari budak-budak hingga ke warga veteran tau
tapi aku tak pastila sama ada depa ni ada hayati tak maksudnya


Besarnya "1 Malaysia" hehehehe

Kiranya lokasi kedudukan ni memang amat strategik
sebab terletak kat lokasi tumpuan ramai
mungkin ada sebab pihak yang bertanggungjawab bina tugu ni kat kawasan tu
apa pun sumbangan anda amatlah dihargai

Wednesday, October 27, 2010

Futsal Team Caca Marba

Petang tadi Zul dah calling semua ahli-ahli team futsal caca marba
Caca Marba nama rasmi yang Zul bagi kat team ni
puncanya aku tak tau kenapa...tapi rasanya sempoi nama tu
hehehehehe
Zul ni kira merangkap captainla untuk team ni

Kedatangan ahli-ahli untuk team ni petang tadi agak memberangsangkan
kira bleh buat 3 team kecil la untuk main bergilir-gilir
cikgu, din, li, aboh, shukri, imam, zul (c), kawan shukri, eddy muz, padil
khairul, kemey, adibayor (mai sat ja...ajak kemey balik...ada on call) dan aku
rancak gak game  petang tadi...kiranya aku tak rasa letih sangat time main tu
tu bila lepas main...sakit abih paha dengan urat keting ni...macam biasa
hehehehehehe

Suasana biasa sebelum game nak start

Court keramat team Caca Marba

Ni kat mana sebenaqnya...Everton ka Batu Dua ka?

Siap dengan warm up lagi...memang nak score betoi-betoi ni

Kasut keramat ni...paling kurang 6 bijik masuk dalam gol

Kapten Team Caca Marba yang berdedikasi tinggi

Macam lampu reban ayam ja....hehehehe

Gaya-gaya star player dok main kat atas pitch ni...hehehe

Scenery ni saja ja aku interframe...aku suka tengok awan tu...hehehehe

Tuesday, October 26, 2010

Kematian Paul Si Sotong Peramal

Tadi masa aku dok tengok Buletin Utama kat TV3
tetiba aku terbaca berita kaki yang dok lalu kat bawah screen TV
yang menarik perhatian aku
ia adalah berita mengenai kematian Paul Si Sotong Peramal

Paul menjadi terkenal setelah dengan tepat meramalkan keputusan membabitkan 
pasukan Jerman ketika Piala Dunia 2010 yang diadakan di Afrika Selatan
Paul disahkan mati di Sea Life Aquarium, Jerman
tempat di mana Paul tinggal
Paul yang berusia 2 tahun setengah itu ditemui mati di dalam akuariumnya
dan kematiannya tidak dikaitkan dengan unsur-unsur khianat
kematian Paul adalah disebabkan penyakit biasa di mana usia sotong kurita
pada kebiasaannya hanyalah dalam tempoh dua tahun

Paul Si Sotong Peramal  pada ketika usianya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...